Sunday, October 11, 2009

MARI MENGUNDI WAHAI WARGA KAMPUS

Besok 12 Oktober 2009 merupakan hari berlangsungnya Pilihan Raya untuk memilih individu yang akan menduduki kabinet Majlig Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia. Ini merupakan kali ke tiga aku mengundi untuk plihan raya MPP UUM. Aku sebagai sebahagian mahasiswa UUM mengharapkan generasi baru MPP akan menerajui kepimpinan ini dengan amanah, jujur dan seniasa memastikan kebajikan pelajar UUM berada di tahap terbaik. Kepada sahabatku yang hari ini bergelar calon dan mungkin besok menduduki salah satu dari kerusi MMP mahupun kerusi kolej akademik UUM COB, UUM CAS dan UUM COLGIS selamat bertanding. Semoga kejayaan milik anda. Semoga rahmat Ilahi memayungi anda semasa memegang amananh kepimpinan...Semoga kepimpinan baru MPP UUM akan menjadi satu tunjang yang kukuh dalam menjaga kebajikan pelajar. Semoga bakal pemimpin baru ini menerajui kepimpinan dengan ikhlas, berusaha keras dan sentiasa mengingati jasa pelajar yang memilih anda. Semoga jasa anda semua akan menjadi sebutan dan kerja keras anda dihargai....Selamat Berjaya.. kepada semua pelajar UUM Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.. Pengundi Bijak, Kepimpinan Bistari, UUM sentiasa dihati....

No comments:

Post a Comment