Friday, October 9, 2009

Jenayah Samun

3 suspek samun diberkas

JOHOR BAHRU 7 Okt. - Tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di bandar ini berjaya ditahan di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada 30 September lalu.
Polis turut merampas dua pucuk pistol renjatan elektrik, tiga pucuk pistol tiruan, sebilah parang panjang, dua nombor pendaftaran PDW 788 dan dua topeng muka daripada ketiga-tiga suspek.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 24 dan 30 tahun itu ditahan hasil maklumat awam pada pukul 10.25 pagi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bertindak daripada maklumat, polis menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di taman perumahan itu.
"Hasil pemeriksaan menemui senjata-senjata berkenaan. Polis kemudian menahan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, salah seorang suspek lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu merusuh, melakukan khianat dengan api selain disiasat berhubung kes bunuh pada 2006.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes samun dan mereka kini ditahan reman sehingga Isnin ini.
Dalam perkembangan lain, polis menahan dua beradik berusia 27 tahun dan 40 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, dekat sini, kerana memiliki pistol dan peluru.
"Polis menemui sepucuk pistol, satu kelopak peluru dengan enam peluru hidup di dalamnya, empat butir peluru .45 auto, sarung tangan hitam dan sarung pistol.
"Suspek memiliki tujuh kesalahan lampau termasuk kes samun di Bagan Serai, Perak dan dikenakan sekatan di bawah Undang-undang Pencegahan selama dua tahun, manakala kakaknya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua suspek dengan kes-kes samun bersenjata api ke atas kedai emas di sekitar Johor Bahru," katanya.

(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia,08 Oktober 2009)

6 diberkas terlibat 41 kes samun

JOHOR BAHRU 7 Okt. - Selepas terlibat dalam 41 kes samun, kumpulan yang bermaharajalela di bandar ini akhirnya tumpas berikutan penangkapan enam anggotanya di Stulang Laut dan Kangkar Pulai di sini, pada 26 September lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mereka dikesan aktif melakukan jenayah tersebut sejak lapan bulan lalu.
Menurutnya, kejayaan tersebut diperoleh setelah polis menahan dua anggota kumpulan itu berusia 25 dan 37 tahun, pada pukul 3.30 pagi, di Stulang Laut, hasil maklumat awam.
Katanya, polis kemudian berjaya menahan empat lagi suspek di Kangkar Pulai berusia antara 18 dan 29 tahun.
"Dalam tangkapan pertama, polis merampas sebilah parang panjang dan sebuah motosikal curi jenis Modenas Kriss yang dilaporkan hilang di Johor Jaya.
"Tangkapan kedua pula, polis merampas empat bilah parang panjang, sebatang cota, sebilah pisau, sebuah motosikal jenis Honda EX-5, dua buah beg tangan wanita.
"Selain itu, sebuah beg plastik mengandungi pelbagai dokumen milik mangsa ragut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, kesemua senjata yang dirampas itu dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dan ragut di sekitar bandar raya ini.
Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, polis akan terus meningkatkan risikan dan operasi bagi memastikan kegiatan jenayah jalanan seperti samun dan ragut dapat dibanteras secara menyeluruh.
"Kita dapati mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah jalanan kebanyakannya adalah penagih dadah.
"Polis akan melakukan yang terbaik bagi memastikan jenayah jalanan seperti ini dapat diatasi secara menyeluruh sehingga ke akar umbi," tegasnya.

(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia,08 Oktober 2009)


Jenayah samun satu jenayah yang wajar ditangani segera kerana selain mengancam kehilangan harta dari pemilik yang sah, penjenayah ini tidak teragak-agak untuk membunuh mangsa...Pihak polis telah bekerja keras untuk menghapuskan jenayah samun ini disamping jenayah-jenayah lain juga..Kerja kerss pihak polis wajar dhargai dan diberi penghargaan kerana sanggup menyabung nyawa demi keselamatan orang awam...Melalui kerjasama dan maklumat orang awam maka pihak polis berjaya menumpaskan kes-les samun ini dalam kadar segera demi mengurangkan risiko keselamatan kepada orang awam..penjenayah samun in wajar dibanteras segera..Penjenayah ini harus dihuku dengan hukuman yang setimpal dan sepadan dengan jenayah yang dilakukan..Jika perlu pasukan polis harus menembak mati saja penjenayah ini di tempat kejadian...Kaedah ini lebih berkesan dan memudahkan pasukan polis tanpa perlu menumpul bukti untuk mendakwa penjenayah....Ini hanya pendapat peribadi saya sebagai warganegara Malaysia....Kes di atas adalah sebahagian kejayaan pasukan polis dalam menangani kes-kes jenayah..TAHNIAH PDRM....JASAMU KAMI KENANG....

No comments:

Post a Comment