Saturday, January 30, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian Akhir...

Sebagai generasi yang sentiasa berjuang menuntut ilmu dan sentiasa menyediakan diri sebagai generasi pelapis kepimpinan negara maka golongan ini perlu diberi peluang sebagai satu kumpulan pemikir dalam meneruskan kelansungan pembangunan negara. Ilmu dan kepakaran yang ada dalam kalangan golongan ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin agar kita tidak ketandusan idea-idea baru. Modal insan berkualiti yang wujud di IPTA dan IPTS negara ini boleh menjadi generasi penerus kepada kejayaan misi Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang dihormati oleh negara-negara lain di dunia serta aplikasi pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia menjadi rujukan kepada negara lain. Universiti sebagai gedung ilmu yang besar wajar memanfaatkan segala kelebihan yang ada di kalangan ahli akademik dan menggunakan secara optimum segala prasana dan kemudahan teknologi untuk meningkatkan lagi kualiti ilmu dan kepakaran. Kesungguhan pengurusan universiti dalam menjayakan sistem pendidikan negara di unversiti akan melahirkan golongan mahasiswa minda kelas pertama dan berdedikasi serta mempunyai kualiti kepimpinan yang berintegriti dalam menjayakan misi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu insitusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar/Mahasiswa perlu lebih kreatif dalam mencernakan idea-idea baru dalam membangunkan komuniti kepimpinan pelajar agar organisasi tersebut menjadi landasan kepada pembangunan generasi pelapis kepimpinan negara. Kualiti kepimpinan juga wajar diterapkan dalam organisasi kepimpinan pelajar serta segala aktiviti yang dirancang perlulah mempunyai nilai tambah untuk melahirkan mahasiswa yang berprestasi tinggi dalam kepimpinan, berdaya saing, berfikiran matang, berpandangan jauh serta kreatif dalam menyuarakan idea-idea baru untuk manfaat seluruh komponen masyarkat di Malaysia....Sekian Terima Kasih...

waris alam said: Selamat meneruskan perjuangan kepimpinan kepada barisan MPP baru universiti seluruh Malaysia...Laksanakan tanggungjawab, amanah dan janji anda dengan penuh dedikasi dan sentiasa menjadikan kebajikan pelajar sebagai teras perjuangan...Janganlah tuan2 dan puan2 terpengaruh dengan dakyah politik luar yang menjadi duri dalam daging sehingga memusnahkan masa depan anda sebagai mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Selamat Berjuang...

No comments:

Post a Comment