Tuesday, February 2, 2010

Pembangunan Lestari: Antara Kebahahagian dan Kesengsaraan

 
sekadar gambar hiasan

Pembangunan merupakan satu proses yang melepaskan manusia daripada pelbagai bentuk pergantungan, eksploitasi dan penindasan dalam aspek ekonomi, politik dan sosial (Rahimah Abdul Aziz, 2001). Selain itu,menurut Syed Husin Ali (seperti dipetik dalam Rahimah Abdul Aziz, 2001,59) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat di samping menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang lain. Manakala bagi Seers (seperti dipetik dalam Zaheruddin Othman & Yusuf Pon,2005,2) menyatakan bahawa pembangunan boleh ditunjukkan dengan kurangnya kadar kemiskinan, kurang jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketidaksamaan. Dalam sesuatu pembangunan terutamanya pembangunan fizikal yang melibatkan pembinaan prasarana moden seperti bangunan komersil atau pentadbiran, kemudahan awam dan prasarana lain seperti jalan raya atau lebuh raya bagi memberi kemudahan kepada seluruh rakyat jelata. Kita melaungkan pembangunan lestari yang mementingkan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keseuluruhan rakyat, namun kita lupa bahawa kegembiraan komuniti lain memberi derita kepada sesuatu komuniti yang lain. Adakalany himpitan pembangunan ini dengan rakus menafikan hak seseorang individu sehingga menutup punca rezeki. Hal ini telah berlaku bilamana sebuah kafe yang dikenali Kafe Do Re Mi yang mengasaskan konsep tempat makan di pondok atas pokok yang telah menarik perhatian ramai sehingga mewujudkan peluang ekonomi di kawasan tersebut. Namun pihak berkuasa yang memerintah di kawasan tersebut mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis untuk merobohkan tempat tersebut namun operasi merobohkan kafe tersebut sempat dihalang oleh pemiliknya. Inikah contoh pembangunan lestari yang cuba dlaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Tindakan ini sangat drastik kerana ianya menutup punca rezeki individu terbabit dan mungkin menambah lagi jumlah kemiskinan tegar bumiputera di Pulau Pinang. Kalau ini konsep pembangunan yang cuba dibawa eloklah dihentikan saja kerana lebih banyak penderitaan akan wujud berbanding kebahagiaan hasil pembangunan. Saya memohon selaku rakyat bumiputera Malaysia yang sah dari segi kerakyatan dan mempunyai hak mutlak terhadap kedaulatan Malaysia supaya pihak yang mempunyai kuasa agar berfikir dengan sedalam-dalamnya sebarang tindakan agar tindakan terbabit tidak menjadi permulaan kepada kehancuran dan kemusnahan kepada komunit masyarakat. Gunakaln pendekatan yang bijak agar anda disegani kerana toleransi dan kematangan dalam tindakan penguatkuasaan. Kebijaksanaan anda dalam setiap tindakan mencerminkan etika kerja dan mempunyai nilai profesionalisme tinggi.

Rujukan:
Rahimah Abdul Aziz.(2002). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaheruddin Othman & Yusuf Pon. (2005). Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga. Sintok. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment