Wednesday, February 10, 2010

Pilihan Raya Kampus Bukan Medan Mencari Hero Politik Liar

                                 Macam nie lulus ke kelayakan nak jadi pemimpin?

Pilihan raya kampus (PRK) merupakan satu elemen demokrasi dalam mewujudkan barisan kabinet pelajar di universiti sama ada institusi awam mahupun swasta. Barisan kabinet pelajar yang dipilih melalui undi seluruh pelajar di universiti akan membentuk satu jawatankuasa pelajar yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sistem pemilihan MPP ini sedikit sebanyak menyerupai amalan demokrasi dalam pemilihan pemimpin negara kita iaitu mempunyai hari penamaan calon, aktiviti berkempen, memasang poster dan membuang undi, namun terkawal dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan sentiasa di pantau oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap unversiti yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya Universiti. Pemilihan MPP ini bukanlah bertujuan untuk mencari tokoh politik yang berapi-api dalam hujahnya dan sentiasa berkeras dalam apa jua keputusan. MPP ini bertujuan mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil pelajar untuk menyuarakan keperluan, kepentingan, kebajikan dan suara-suara pelajar bagi memastikan semua mahasiswa di universiti sejahtera dari segi emosi,akademik,masalah dan sebagainya. 

Namun hari ini kita dapat lihat apabila PRK mula dicemari dengan insiden yang agresif dan beremosi sehingga memerlukan tindakbalas pihak berkuasa seperti pihak polis (universiti terpaksa memanggil FRU untuk mengawal kekcecohan yang tercetus akibat kegagalan pelajar mengawal emosi). Tindakan tidak matang mahasiswa tersebut tercetus hanya kerana pengurusan universiti menggunakan e-voting dalam PRK. Penggunaan sistem tersebut adalah untuk membantu pelajar bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan kehadiran pelajar ke kuliah mereka. Namun penggunaan sistem ini telah dijadikan modal dalam isu sehingga terjadinya demonstrasi dalam keadaan bere mosi dan agresif oleh sebahagian pelajar untuk menggugat ketenteraman universiti. Hal ini telah berlaku dan dilaporkan oleh media dan bukan hanya omongan kosong. Jadi sebagai mahasiswa yang bijaksana dan matang, adakah individi begini yang akan kita pilih sebagai pemimpin kita dan menjadi wakil kita untuk menemui pengurusan universiti? berfikirlah...PRK bukan satu pilihan raya yang menuntut kita terlalu agresif dalam merebut kuasa...PRK bukan tempat menunjukkan kejaguhan dan menjadi hero kampung...PRK bukan tempat untuk kita berpanas dan berhujan untuk membuat demonstrasi jalanan...Dan bila FRU datang kita mengkeji penjawat awam ini dengan pelbagai cemuhan...Jadikanlah PRK sebagai tempat melahirkan pemimpin berilmu, matang, berdedikasi,bertanggungjawab,berhemah,bertoleransi,berhikmah, berpandangan jauh dan ikhlas menjalankan amanah...Jangan kita hilang jati diri sebagai mahasiswa yang berjiwa ilmu dan sentiasa kebal dalam menempuhi halangan untuk menguasai pelbagai bidang ilmu... 

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu untuk melakukan kerja dan sentiasa menyelesaikan kerja sehingga sempurna,bukan hanya tahu bercakap tetapi orang lain yang melakukan kerjanya...

No comments:

Post a Comment