Thursday, February 25, 2010

Kepimpinan Persatuan/Kelab Universiti Perlu Lebih Efektif Dan Kreatif Dalam Pengurusan Persatuan

Sebagai seorang mahasiswa saya mendapati beberapa persatuan dan kelab di universiti ibarat "hidup segan mati tak mahu...Persatuan dan kelab ini ditubuhkan untuk memberi ruang kepada mahasiswa supaya dapat mengasah bakat kepimpinan sebelum berdepan dengan dunia yang sebenar yang lebih mencabar. Justeru itu untuk mengelakkan sesebuah persatuan atau kelab menjadi "mandom" atau hanya wujud pada nama maka kepimpinan yang dipilih untuk menerajui sesebuah persatuan dan kelab perlu mantap, kreatif dan mahir dalam pengurusan untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang walaupun hanya menerajui sebuah kepimpinan yang kecil. Bagi saya secara peribadi saya berpendapat sekiranya seseorang itu mampu menguruskan sesebuah organisasi dengan baik dan berjaya mengatasi sebarang masalah dengan bijaksana individu terbabit memang layak untuk diiktiraf kepimpinannya dan layak dicalonkan kepada kepimpinan atau organisasi yang lebih  tinggi. Kepimpinan persatuan dan kelab yang mantap dan kreatif mampu mengangkat martabat organisasi terbabit di kalangan mahasiswa. Sesebuah persatuan dan kelab di universiti yang bergerak secara aktif akan membuka ruang kepada ahlinya untuk turut sama memberi idea yang bernas dan sama-sama berjuang dalam menjadi kepimpinan organisasi terbabit sebagai contoh yang baik...Saya berpendapat untuk mewujudkan kepimpinan yang baik terdapat beberapa kriteria yang pelu ada dalam diri individu yang ingin menerajui kepimpinan sesebuah organisasi iaitu:
  • Bersedia menerima pendapat ahli persatuan/ kelab
  • Bersedia menguasai pelbagai ilmu atau kemahiran yang bermanfaat untuk organisasi dan diri sendiri
  • Peka terhadap kehendak ahli
  • Berpandangan jauh dan matang dalam membuat keputusan
  • Berfikiran Positif dan sabar serta tenang dalam menghadapi situasi sukar
  • Tahu melakukan kerja dan tidak suka bertangguh.

No comments:

Post a Comment