Friday, January 29, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian 2

Sebagai golongan bergelar mahasiswa, golongan ini dipandang tinggi dan sentiasa dijadikan contoh oleh masyarakat umum. Golongan mahasiswa perlu bersedia untuk menjadi golongan penggerak utama dalam menjayakan Wawasan 2020. Malaysia mampu merealisasikan impiannya untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 sekiranya kepakaran, kemahiran, pendapat dan pandangan golongan ini diambil kira sebagai pembinaan asas menuju ke arah negara maju. Golongan mahasiswa sentiasa sarat dengan pelbagai pandangan bernas serta pendapat yang membina bagi mencari idea-idea baru dan sentiasa berfikir untuk mencipta kejayaan yang akan melonjak kejayaan Malaysia di mata dunia. Kejayaan demi kejayaan akan dikaut dengan mudah sekiranya golongan ini menjadi antara kumpulan pemikir dan penggerak kepada pembangunan yang mampu memajukan Malaysia dan merubah suasana ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa dan sebagainya ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment