Thursday, January 28, 2010

Character Building (Pembinaan Perwatakan)

Character Building atau pembinaan perwatakan merupakan elemen penting dalam membina modal insan berkualiti. Masa kini kita sering menekankan tentang kesungguhan kepada menuntut ilmu serta kejayaan yang berjaya dicapai oleh seseorang individu terutamanya pelajar, tetapi kita lupa bahawa pembinaan perwatakan sangat penting dalam memastikan ketinggian ilmu tidak menjadi punca kepada keruntuhan prinsip2 kemanusiaan dan integriti individu. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya di Kolokium Pendidikan Negeri Kedah mengatakan bahawa amat penting dalam membentuk perwatakan individu terutamanya pelajar kerana gologan tersebut merupakan generasi pelapis negara dalam menerajui kegemilangan dan kecemerlangan negara. Perwatakan diri yang baik dalam diri setiap individu mampu menjadi benteng kepada perilaku dan amalan negatif. Individu yang mempunyai ilmu tinggi, pakar dalam sesuatu bidan atau lapangan jika gagal dalam membina karakter diri akan menyebabkan dirinya sering tersempit di antara dua jalan yakin baik dan buruk. Penerapan karakter yang positif dalam diri individu akan membolehkannya membuat pertimbangan untuk mengelakkan tindakan negatif menjadi pilihan kerana tindakan yang melawan norma dan undang-undang ini boleh mengundang padah di masa depan. Oleh itu, kita harus menerapkan nilai-nilai positif dan amalan-amalan baik di samping setiap ilmu dan kemahiran yang kita berikan kepada anak-anak. Kekukuhan perwatakan positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti, berintegriti, bersahsiah tinggi dan bermaruah.

No comments:

Post a Comment