Thursday, March 25, 2010

Pesawat Pilatus PC 7 Mark II terhempas di UUM, Mejar Maut


sekadar gambar hiasan. Model pesawat yang sama terhempas di Hutan berhampiran Kampus UUM Sintok.

Juruterbang Terbunuh Pesawat TUDM Terhempas Di Hutan Sintok

ALOR SETAR, 25 Mac (Bernama) -- Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis.

Juruterbang pesawat itu, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Setar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan, pesawat tersebut berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas, dekat Alor Setar pukul 10.03 minit pagi untuk tujuan latihan apabila kejadian itu berlaku.

Jenazah Mejar Muhammed Zulrihan ditemui pasukan mencari dan menyelamat TUDM berdekatan pesawat yang terhempas dan dibawa keluar dari hutan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat, kata kenyataan itu.

Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani dan tiga orang anak. Allahyarham menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 dan berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di kolej itu sejak 1 Januari 2008.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak serta semua ahli keluarga Allahyarham.

"TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA 
sumber dipetik daripada www.bernama. com, 25 April 2010
Pesawat Pilatus TUDM Terhempas, Juruterbang Maut
PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dusun dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok awal pagi ini.
Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.
Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.
Sebelum itu, TNC UUM, Prof. Dr. Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.
Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukkan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.

sumber dipetik daripada www.mstar.com.my, 25 April 2010

Waris Alam mengucapkan takziah kepada keluarga Mejar Muhammed Zulhiran Yusof yang kembali kerahmatullah akibat pesawat kendaliannya yang terhempas di Sintok...Semoga rohnya dicucuri rahmat...Jasa dan Pengorbanannya dalam pasukan tentera akan dihargai seluruh rakyat Malaysia dan warga UUM Sintok...


2 comments:

  1. sy tgk sendiri pesawat tu terbakar dalam utan sintok
    http://lamalipmim.blogspot.com/2010/03/tudm-aircraft-crashed-in-uum.html

    ReplyDelete
  2. sya xtau pun pesawat tu dtg utk wat akrobatik bgi pembukaan konvo UUM.. msa tu baru blik kelas... terkejut la tgok pesawat kat atas.. nk tgok la, agak mgkin ada akrobatik udara.. sya lihat progress dari mula2 dy menjunam... sya lihat sndiri mcam mna dy nk elak dari terbabas ke kolej sya.. kalau dy pk nywa dy, dy akan terjun msa tu gak n biar pesawat itu merempuh kolej TM ( y terdekat msa tu), sya di blok A n kalau dy x menjunam le dusun, mmg akan kna Blok C kolj TM.. mmg dkat sgat... al-fatihah utk arwah...

    ReplyDelete