Sunday, September 27, 2009

Syawal ke 8: Berakhirnya Sebuah Pencarian



Pencarian yang bermula satu ketika dahulu kini mungkin berakhir...Keasyikan mencari seseorang yang aku kunci memori indah dalam ingatanku membuatkan aku sebagai seorang insan lupa akan tanggungjawab lain yang masih menanti dalam kehidupan pada hari ini, esok dan hari-hari akan datang...Namun nama insan ini tidak akan aku lupa tetapi akan tetap berlegar di ruang ingatan ku...Biarlah memori dulu berlalu dengan keindahan yang dicipta suatu ketika dulu...Mungkin ada yang lebih baik menantinya di masa depan...Namun adakalanya kita mencari sesuatu kembali selepas membuangnya satu ketika dahulu seperti aku...Aku menyedari kekhilafan aku yang tidak menjaga dengan baik silaturrahim yang wujud satu ketika dahulu...Namun masa dan takdir Ilahi menentukan bahawa aku perlu pergi dari hidupnya...Akhirnya pencarian itu menemui titik noktahnya...Semoga kenangan dahulu sentiasa segar dalam mainan kehidupan kita...Semoga persahabatan yang dibina satu ketika dahulu dapat diteruskan walaupun jauh dimata, hilang entah ke mana, anda tetap sahabat saya, hingga akhirat sana...Salam Kebahagian...

1 comment:

  1. sabar la dengan sumer ni,, jadikan ini sbgai 1 pengajaran.. mungkin ada khilaf lalu yang x sedar.. lain kali jgn dpendam perasaan tu kerna x sumer org thu isi ati kita.. mungkin Allah janjikan orang yang lebih baik untuk ang, so, jgn mudah putus asa.. jdikan kenagan semalam sesuatu yg indah dan doalah yg terbaik untuk ari esok...

    ReplyDelete