Penat menghambat diri hari nie kerana lepas ja kuliah, balik kolej makan and rehat kejap sebelum pegi kursus etika majlis kat EDC UUM. Kat EDC nie banyak aku belajar tentang tatacara dan peraturan bila berada di majlis sosial yang rasmi contoh mcm makan malam dan wedding ceremony. Mcm2 perkara dapat dipelajari dlm kursus ini.
Balik ja dari EDC, aku rehat kejap kerana yang pastinya malam nie ada latihan kebakaran ka DPP YAB UUM. Jangkaan aku tepat sekali kerana lebih kurang pukul 1:45 pagi kedengaran deringan loceng kecemasan yang panjang disamping suasana gelap gelita akibat bekalan elektrik diputuskan. Pelajar mula turun "menyelamatkan" diri di padang bola dengan diiringi suasana riuh rendah seperti di pasar borong. kedengaran juga suara-suara nakal dalam gelap mempertikaikan keadaan yang berlaku ini. Namun paling dikesalkan apabila ucapan dari pengetua DPP YAB dan wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak dihiraukan. Begitu banyak tips-tips penting tidak dihiraukan dan ada juga sikap-sikap biadap yang ditonjolkan oleh sebahagian pelajar yang kurang matang.
macam dh berkenan je..
ReplyDeletex pe2..
lau ang rasa dia yang terbaik, pilihlah dia tpi pastikan pilihan ang bkn sebb kecantikan atau paras rupa dia yang ang utamakan, utamakan agamanya yang pasti menjanjikan kebahagiaan ang selamanya..