Wednesday, September 30, 2009

Bingkisan dari Waris Alam buat Putera dan Puteri





Senyumanmu mampu menarik perhatian si Lelaki, Namun kau harus ingat terlajak perahu boleh diundur, Namun terlajak perbuatan membawa sengsara, Kencantikan dan Kemanisan dijadikan Makhota Impian untuk sang suami, Maruah dipelihara agar IbuBapa merasa bahagia, Tutur kata lembut menjadi 'trademark', Kesopanan dan kesantunan menjadi amalan,

Tuesday, September 29, 2009

Mencari Sinar Kehidupan

Menghayati kehidupan Islam di Perkim












SEBAHAGIAN daripada saudara baru membaca al-Quran di Pusat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia di Kota Bharu, baru-baru ini.













KOTA BHARU 28 Sept. – “Saya dilahirkan sebagai Islam tetapi sejak kecil amalan hidup sebagai orang Islam suatu yang asing dan tidak pernah ada dalam diri saya.
‘‘Saya terlibat dengan banyak aktiviti yang lari daripada ajaran agama suci ini kerana budaya hidup di sana tidak sama dengan masyarakat di sini.”
Demikian luahan Hassan Mohd. Ali, 37, seorang peguam yang dilahirkan dan membesar di Perth, Australia dan menjadi warga negara itu di mana keluarganya menetap.
Ibunya berasal dari Perak dan bapanya berasal dari Amerika Selatan, dan Hassan jarang sekali berpeluang datang ke Malaysia untuk melihat budaya masyarakat Islam, Melayu di tanah kelahiran ibunya.
Ketika ditemui di Pusat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini baru-baru ini, jejaka bertubuh sasa dan berkulit gelap ini mengakui bahawa kehidupannya sekian lama tidak ada bezanya dengan rakan-rakan yang berlainan agama.
“Saya buat banyak perkara yang bercanggah dengan agama. Aktiviti sosial saya sangat bebas dan tidak ada batu penghalangnya.
“Budaya di sana tidak sama dengan di negara ini sebab itulah ajaran Islam langsung tidak pernah saya amalkan dalam hidup ini,” katanya.
Bagaimanapun, semua perkara itu hanya tinggal sejarah dalam diri Hassan.
Hassan kini mengabdikan dirinya mempelajari semula ajaran agama yang diwarisinya walaupun terpaksa tidur di sebuah kediaman yang usang di Perkim Kota Bharu.
Menurutnya, gelaran ‘Serambi Mekah’ yang diberi kepada negeri Kelantan berjaya membuka hatinya untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu agama di sini.
“Kalau dulu saya tidak tahu apa-apa, kini saya sudah boleh mengaji dengan lancar dan melakukan sembahyang iaitu perkara yang diwajibkan.
“Kini saya faham kenapa perlu sembahyang, saya faham kenapa perlu berpuasa sebab itulah cara untuk kita mengelakkan diri daripada perbuatan tidak baik,” katanya.
Ketika diminta menceritakan pengalamannya berpuasa pada bulan Ramadan lalu, Hassan sendiri mengakui pada mulanya mengalami kesukaran bagaimanapun semua itu hanya dianggap sebagai dugaan.
Menurutnya, walaupun dilahirkan Islam, namun inilah kali pertama beliau menikmati ibadah puasa sepenuhnya dan merasai keghairahan serta kegembiraan menyambut Aidilfitri sebagai hari kemenangan.
“Saya sungguh gembira, dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang mempunyai niat sama menjadi seorang umat Islam yang baik,” katanya.
Sementara itu, rakannya, Mohd. Ashfar Abdullah, 25, yang berasal dari Beufort, Sabah turut menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang mendalami Islam.
Menceritakan pengalamannya, Ashfar yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang elektronik di Negeri Sembilan berkata, dia telah memeluk agama Islam sejak dua tahun lepas.
Namun ujarnya, tanpa bimbingan rapi daripada rakan sesama Islamnya sebelum ini menyebabkan dia tidak tahu apa-apa pun mengenai agama suci itu.
“Walaupun lepas peluk Islam, saya tetap hidup seperti bukan beragama Islam kerana tidak dibimbing dengan baik.
“Sehinggalah pada suatu hari rakan saya mendapat surat tawaran untuk belajar di sini tetapi dia tidak dapat datang sebab ada masalah.
“Saya segera menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya kerana sedar inilah peluang yang tidak boleh saya lepaskan,” ujarnya pemuda berbangsa Kadazan ini.
Hassan dan Ashraf kini merupakan sahabat baik yang sama-sama menghambakan diri mendalami ilmu pengajian Islam di Perkim.
Mereka bersama-sama mendaftarkan diri di pusat Islam itu sejak Januari lalu dan akan menghabiskan pengajian pada penghujung tahun 2010.

(Sumber dipetik dalam Utusan Malaysia, 29 September 2009)

Monday, September 28, 2009

Sekadar menulis



Penat menghambat diri hari nie kerana lepas ja kuliah, balik kolej makan and rehat kejap sebelum pegi kursus etika majlis kat EDC UUM. Kat EDC nie banyak aku belajar tentang tatacara dan peraturan bila berada di majlis sosial yang rasmi contoh mcm makan malam dan wedding ceremony. Mcm2 perkara dapat dipelajari dlm kursus ini.


  Balik ja dari EDC, aku rehat kejap kerana yang pastinya malam nie ada latihan kebakaran ka DPP YAB UUM. Jangkaan aku tepat sekali kerana lebih kurang pukul 1:45 pagi kedengaran deringan loceng kecemasan yang panjang disamping suasana gelap gelita akibat bekalan elektrik diputuskan. Pelajar mula turun "menyelamatkan" diri di padang bola dengan diiringi suasana riuh rendah seperti di pasar borong. kedengaran juga suara-suara nakal dalam gelap mempertikaikan keadaan yang berlaku ini. Namun paling dikesalkan apabila ucapan dari pengetua DPP YAB dan wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak dihiraukan. Begitu banyak tips-tips penting tidak dihiraukan dan ada juga sikap-sikap biadap yang ditonjolkan oleh sebahagian pelajar yang kurang matang.

Sunday, September 27, 2009

Persahabatan


sedang merenung masa depan



  -gambar diatas sekadar gambar hiasan-

Persahabatan ialah satu ikatan yang wujud dalam setiap diri manusia. Kadangkala prsahabatan ini wujud secara kebetulan. Pertemuan yang tidak pernah dirancang membenihkan buah persahabatan antara insan. Namun pertemuan adakalanya akan berakhir dengan sebuah perpisahan sama yang secara semulajadi mahupun perbezaan haluan kehidupan. Persahabatan merupakan detik paling indah dalam sebuah kehidupan yang seringkali menghadiahkan kebahagiaan dan kegembiraan. Namun ada juga persahabatan yang membawa kedukaan tetapi kedukaan juga kadang-kadang membawa memori manis namun sangat pahit untuk dirasai. Memetik kata seorang teman " kita dipertemukan satu arah, satu perjuangan, satu akidah, satu pegangan, mengasaskan ikatan silaturrahim, pertemuan bermula dengan salam dan perpisahan berakhir juga dengan ucapan salam".








Peragut: Ancaman Jenayah Jalanan Umpama Raja Lanun




Pelajar mangsa ragut meninggal

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my






























JOHOR BAHRU 26 Sept. - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang terlantar koma selama seminggu selepas cedera parah di kepala dalam kejadian ragut, akhirnya menemui ajal petang semalam.
Tan Shu Fang, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini 2 itu, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Dalam kejadian pada 17 September lalu, mangsa bersama ibunya, Leong Akooi, 52, yang sedang berjalan kaki ke sebuah bank berdekatan rumah mereka di Taman Ungku Tun Aminah di sini, tersungkur apabila beg tangannya tiba-tiba direntap dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala, pengsan manakala ibunya pula mengalami lebam di badan.
Menceritakan kembali kejadian itu, Akooi berkata, mereka berdua leka berbual mengenai peperiksaan Shu Fang sehingga tidak menyedari kehadiran penjenayah terbabit.
"Shu Fang begitu yakin dan bersungguh-sungguh akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
"Tiba-tiba seorang lelaki merentap beg tangan anak saya menyebabkan kami berdua jatuh ke tanah dan bila saya bangun, saya lihat anak saya pengsan," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirvana di sini hari ini.
Akooi berkata, orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut telah menghantar mereka ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Dia yang tidak dapat menahan kesedihan berkata, Shu Fang adalah pelajar pintar dan sering mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Dia juga mempunyai ramai kawan walaupun agak pendiam. Saya kini tinggal seorang anak lelaki dan pemergian Shu Fang menyedihkan kami semua.
"Saya mahu mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu dihukum dengan setimpal," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau berharap polis dapat menangkap suspek secepat mungkin dan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Taman Ungku Tun Aminah supaya kejadian sama tidak berulang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut.
"Kita akan berusaha memburu suspek secepat mungkin, apatah lagi melibatkan kematian," katanya di sini hari ini.

www.utusanmalaysia.com.my


(sumber dipetik dalam Utusan Malaysia, 27 September 2009)
----------------------------------------------------------------------------------

Jenayah ragut hari ini sekali lagi meragut nyawa seorang pelajar tingkatan lima. Perbuatan peragut ini tidak boleh dimaafkan kerana jenayah yang dilakukan mereka menyebabkan ada insan yang kehilangan nyawa. Peragut ini wajar diberi hukuman yang berat dan setimpal dengan jenayah mereka. Mungkin hukuman gantung mandatori sangat bersesuaian dengan jenayah ragut ini. Sebagai salah seorang warganegara Malaysia saya sangat berasa sakit hati dengan penjenayah seperti ini. Mereka menjadikan nyawa individu lain untuk kesenangan mereka memperolehi wang. Jenayah seperti ini wajar ditangani segera kerana penjenayah kini sudah semakin ganas. Nyawa orang awam terutama wanita ibarat 'telur di hujung tanduk'. Bersama-samalah kita menghapuskan Jenayah Ragut...Jenayah Ragut Membawa Padah..Jangan biarkan keluarga anda menjadi mangsa ragut...

Syawal ke 8: Berakhirnya Sebuah Pencarian



Pencarian yang bermula satu ketika dahulu kini mungkin berakhir...Keasyikan mencari seseorang yang aku kunci memori indah dalam ingatanku membuatkan aku sebagai seorang insan lupa akan tanggungjawab lain yang masih menanti dalam kehidupan pada hari ini, esok dan hari-hari akan datang...Namun nama insan ini tidak akan aku lupa tetapi akan tetap berlegar di ruang ingatan ku...Biarlah memori dulu berlalu dengan keindahan yang dicipta suatu ketika dulu...Mungkin ada yang lebih baik menantinya di masa depan...Namun adakalanya kita mencari sesuatu kembali selepas membuangnya satu ketika dahulu seperti aku...Aku menyedari kekhilafan aku yang tidak menjaga dengan baik silaturrahim yang wujud satu ketika dahulu...Namun masa dan takdir Ilahi menentukan bahawa aku perlu pergi dari hidupnya...Akhirnya pencarian itu menemui titik noktahnya...Semoga kenangan dahulu sentiasa segar dalam mainan kehidupan kita...Semoga persahabatan yang dibina satu ketika dahulu dapat diteruskan walaupun jauh dimata, hilang entah ke mana, anda tetap sahabat saya, hingga akhirat sana...Salam Kebahagian...

Saturday, September 26, 2009

Syawal,Bermaafan dan Ikatan Persaudaraan



Salam Aidilfitri 1430 Hijrah kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia. Hari ini kalendar mencatatkan Syawal yang ke tujuh, masih dalam suasana hangat dan majlis rumah terbuka Aidilfitri sedang meriah diadakan sama ada dikampung mahupun di bandar. Suasana meriah dan harmoni dalam bulan Syawal ini memberi petanda positif kepada negara dari segi perpaduan kaum walaupun beberapa ketika suasana aman damai ini dipanaskan dengan beberapa peristiwa kecil antara kaum yang pelbagai. Namun peristiwa tersebut tidak sedikit pun mengugat keamanan negara kita.Hari Raya Aidilfitri ini menjadi penghubung ikatan silaturrahim yang kuat antara komuniti rakyat dan menjadi satu titik tolak ke arah keakraban kaum yang harmoni. Semoga Aidiifitri kali ini menjadi permulaan yang baik kepada perpaduan kaum yang lebih erat dan kukuh. Sebulan Aidilfitri ini menjadi bulan bermaafan diantara satu sama lain. Kesalahan dan kekhilafan insan sama ada saudara, rakan mahupun jiran tertangga diharapkan dapat ditamatkan dengan kemaafan dan keinsafan. Kemaafan yang diberikan mungkin boleh mencipta ikatan silaturrahim yang baru, yang lebih baik dan penuh dengan kejujuran dalam persaudaraan. Jadikanlah Aidilfitri 1430 Hijrah kali ini sebagai permulaan persaudaraan yang lebih dari sebelumnya...Kejujuran, Kesetiaan, dan Keakraban dalam perhubungan persaudaraan akan membuka pintu kebahagian yang lebih luas dan penuh dengan kasih sayang....

Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI 1430 H

Suasana Aidilfitri kian dirasai bilamana kita melihat anak-anak muda di perantauan mula kembali ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan hari lebaran ini bersama keluarga tercinta. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat ini sekali lagi akan pergi meninggalkan kita dengan kenangan bertarawikh di malam hari serta membina semangat baru dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang muslim. Bulan yang pernuh berkat ini telah mengajar individu muslim erti berkongsi,bersedekah dan bersangka baik diantara satu sama lain disamping menyeru umatnya untuk mepunyai nilai-nilai moral sahsiah yang terpuji. Dalam meraikan hari lebaran ini janganlah kita melupakan kepada individu yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Masih ada individu yang menderita dan bersedih dihari kemenangan umat Islam ini..dan akhir sekali jangan lupa membayar zakat fitrah serta meninta maaf daripada individu yang pernah kita sakitkan mereka disamping bersedia memaakan orang lain...SALAM AIDILFITRI....MAAF ZAHIR dan BATIN......Selamat memandu pulang ke rumah..Hati-hati di jalan raya...

Monday, September 14, 2009

Berpantang maut sebelum ajal

NYARIS MAUT




KERETA Proton Iswara Aeroback yang terbalik dan dihempap sebuah kereta lain pada kemalangan di Kampung Jabi, Besut, semalam. Kesemua mangsa terselamat dengan hanya mengalami cedera ringan.




Seorang wanita terselamat meskipun keretanya, Proton Iswara Aeroback terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas dan dihempap pula oleh sebuah kereta Proton Persona dalam kemalangan di Kampung Jabi, Besut, Terengganu, semalam. Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut cedera parah berikutan keadaan kedua-dua kenderaan berkenaan.
Namun sebenarnya ia melibatkan dua kejadian kemalangan berasingan. Kedua-dua pemandu kereta termasuk pemandu sebuah van roti yang turut terlibat dalam kejadian itu terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

(sumber dipetik dari Utusan Maklaysia, 14 September 2009 )

Sunday, September 13, 2009

Jasa ATM di Sempadan Negara

Operasi di perbatasan dipertingkat

Oleh ZULHISHAM ISHAK
utusansabah@utusan.com.my


TAWAU 12 Sept. – Ops Balasah dan Ops Pasir akan dipertingkatkan di kawasan sempadan khususnya pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin.

Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Masrani Paiman berkata, operasi di darat dan laut itu perlu bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menceroboh sempadan negara pada musim perayaan.“Semua operasi akan berjalan seperti biasa. Kita mempunyai enam pos tentera yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia iaitu di Serudong, Kalabakan, Seliku, Bantul, Saliliran dan Long Pasia.

“Cubaan penyeludupan memang ada tetapi dapat kita dipatahkan. Begitu juga operasi di pulau-pulau yang melibatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan lain akan tetap diteruskan sepanjang raya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada media sempena lawatannya ke Pos Serudong, kira-kira satu jam perjalanan menggunakan bot laju dari sini, semalam.Dalam lawatan ke pos yang hanya terletak kira-kira empat kilometer dari Indonesia itu, Masrani turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada semua anggota tentera yang akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

Masrani berkata, pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) bagi memastikan kawasan sempadan masing-masing tidak dicerobohi.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan anggota tentera yang bertugas di sempadan supaya terus mengekalkan disiplin yang tinggi dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Menurutnya, faktor tersebut penting kerana anggota tentera Malaysia diiktiraf oleh pihak antarabangsa sebagai pasukan yang mempunyai disiplin yang tinggi.

(SUMBER DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA, 13 SEPTEMBER 2009)

Zakat Bawa Kemakmuran

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my


PEKAN 12 Sept. - Umat Islam akan mencapai tahap kemakmuran ekonomi yang tinggi jika setiap penganut agama itu menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membayar zakat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegas Perdana Menteri, umat Islam perlu melihat kewajipan zakat daripada perspektif yang lebih luas dalam meningkatkan ekonomi.
''Pemberian zakat perlu dilihat daripada sudut yang lebih luas. Zakat wajib ke atas mereka yang sepatutnya membayar zakat sama ada perniagaan atau perseorangan. Zakat ada kaitan dengan prinsip tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian zakat dan sumbangan kepada kira-kira 4,000 penerima yang terdiri daripada fakir miskin dalam Parlimen Pekan di sini hari ini.
Bantuan zakat itu disumbangkan oleh Bank Rakyat, Uda Holdings Berhad, Lebuhraya Kedah Selatan, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Yayasan Harmoni.Pada majlis sama, seramai 359 orang bukan Islam turut menerima sumbangan daripada institusi-institusi berkenaan.
Najib yang mewakili Yayasan Rahah juga menerima sebuah van jenazah daripada Uda Holdings.
Perdana Menteri menjelaskan, tanggungjawab membayar zakat membuktikan keindahan agama Islam dalam memelihara keharmonian daripada sudut ekonomi masyarakat.
selain zakat, tambah beliau, Islam turut mengajak umatnya melakukan sedekah jariah atau infak bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.
''Jika kita hendak tambah lagi amalan, kita lakukan menerusi sedekah jariah atau infak," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan para penerima zakat supaya membelanjakan wang yang diperoleh kepada perkara yang memanfaatkan diri dan keluarga seperti untuk persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.''Bagi penerima, mereka juga ada tanggungjawab masing-masing iaitu tidak mempersia-siakan sumbangan yang diperoleh. Belanja untuk jalan yang baik dan jangan beli benda yang tidak patut dibeli," tegasnya.
Beliau juga mengingatkan para pemimpin di semua peringkat supaya menjalankan amanah mengikut syariat Islam.Sikap sedemikian jika diamalkan, jelasnya, akan menjadikan masyarakat hidup dalam harmoni apabila semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dikehendaki.
''Setiap kita ada tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Sebagai pemimpin negara, dia bertanggungjawab memimpin negara dengan baik. Begitu juga sebagai ketua badan korporat, yayasan atau koperasi, dia bertanggungjawab mengendalikan harta syarikat dengan sempurna.''Masyarakat akan menjadi lebih makmur hasil daripada tanggungjawab yang kita sempurnakan itu," katanya.
(sumber Utusan Malaysia,13 September 2009)

Tuesday, September 8, 2009

BICARA AGAMA: Memandu kehidupan ke arah menjadi mukmin sejati

BERDOSA TIDAK BAYAR ZAKAT FITRAH

SOALAN 1:


Ada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya? Saya keliru kerana ada yang kata boleh.

Jawapan:

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hikmah zakat fitrah adalah untuk membersihkan orang-orang yang berpuasa daripada kelalaiannya, Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor". (riwayat Abu Daud).

Ulama fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran.

Namun, jika kerana terlupa, maka hendaklah segera dia menunaikannya walau sudah terlepas waktunya (menjadi qada) dan segeralah memohon ampun kepada Allah SWT di atas kelalaiannya sebelum itu. Wallahua'lam.

Soalan 2:

Adakah zakat fitrah boleh ditunaikan seawal Ramadan atau sebaik-baiknya ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri?

Jawapan:

Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: "Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan".

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Tsuri dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan.

Abu Hanifah, Imam Laits dan Abu Tsaur pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.

Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri.

Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu Syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.

Soalan 3:

Seorang miskin tidak wajib menunaikan zakat harta tetapi wajib pula menunaikan zakat fitrah, bolehkah dijelaskan keadaan ini?

Jawapan:

Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Abu Hurairah r.a menyatakan: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya - daripada kalangan kaum muslimin. (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, rujuk Hukum Zakat, al-Qardhawi, hal. 927).

Ini kerana, zakat harta mempunyai syarat nisab (batas minima kekayaan) yang berbeza dengan zakat fitrah. Nisab zakat harta adalah 85 gram emas pada harga semasa; sedangkan zakat fitrah meletakkan, mereka yang mempunyai makanan dari malam raya sehingga keesokan harinya (sehari semalam) adalah dianggap wajib menunaikan zakat fitrah. Di samping itu, kadar zakat fitrah juga disandarkan kepada nilai segantang Baghdad makanan asasi (2.7 kg), iaitu kadar yang dianggap rendah dan tidak membebankan golongan miskin bagi menunaikannya.

Jika seseorang itu tidak mempunyai makanan yang mencukupi bagi diri dan keluarganya pada sehari semalam pada hari raya, maka terlepaslah kewajipan zakat fitrah ke atas dirinya

(sumber daripada Utusan Malaysia, 08 September 2009)

Program Menjana Insan Terbiang: Menguji kesabaran dan Keutamaan masa dalam bulan Ramadhan

Program Menjana Insan Terbilang 2009 yang diterajui oleh aku sangat memberi cabaran kerana aku terpaksa melaksanakannya seorang diri, tambahan pulak program nie kena dok handle dalam bulan Ramadhan. Pergh memang tertekan sebab buat permulaan semua kerja aku terpaksa mulakan dulu..Semua aku jadi termasuk Pengarah, Setiausaha, Bendahari, bukan saja tue peranan ahli jawatankuasa pun kau terpaksa handle dulu.. Ya lah projek buat kat luar takkan aku nak mintak budak2 tue pegi..Aku bimbang nanti keja tak jadi isu lain plka timbul...Tempat jauh nak pegi dah tue jaminan keselamatan plak tak dak.. Jadi baik aku ja yang handle dulu..Penat pun berbaloi kalau hasil kerja tangan sendiri..Betul tak....

Sunday, September 6, 2009

Tamak Membawa Padah

11.8 tan gula cuba diseludup dirampas


LUNDU 5 Sept. - Polis daerah ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup 11.8 tan gula pasir ke negara jiran menerusi sempadan Biawak-Kalimantan Barat pagi semalam.Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, polis menahan tujuh lelaki bersama dua lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah pick up.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wong Chee Keong berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis terdiri 14 anggota dikejarkan ke lokasi berhampiran bangunan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Biawak yang baru kira-kira pukul 10.30 malam. Katanya, setibanya di lokasi, polis membentuk empat pasukan sebagai langkah menghalang sebarang usaha melarikan diri oleh kumpulan berkenaan yang telah kelihatan berada di sebuah kedai di situ. Setelah melihat tonto daripada kumpulan lelaki itu cuba memasuki kawasan sempadan menerusi CIQ terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi, pasukan polis bertindak menyerbu suspek dan berjaya menahan mereka.
"Hasil daripada serbuan itu, kita berjaya menemui sejumlah 5,544 paket gula pasir seberat dua kilogram di dalam kenderaan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Chee Keong memberitahu, suspek dipercayai mengambil kesempatan daripada ketiadaan anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal kawasan berkenaan pada waktu malam untuk membawa gula itu ke negara jiran.Katanya, suspek dan barang yang dirampas itu kemudian di bawa ke Balai Polis Lundu sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk tindakan lanjut.
Beliau menambah, rampasan berkenaan merupakan tangkapan yang terbesar pernah dilakukan polis di daerah itu untuk tahun ini.

(Sumber di petik dari Utusan Malaysia Online,6 September 2009)
p/s : Sikap tamak beginilah yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Namun kecekapan pihak polis dalam mematahkan usaha penyeludupan ini harus dipuji dan dihargai. Jumlah gula yang diseludup ini hampir 18.8 tan yang bernilai hampir puluhan ribu ringgit. Ketamakan penjenyah ini lah yang sering memberi kesan kepada ekonomi negara. Tahniah kepada kejayaan pihak polis dalam membanteras kes-kes seperti ini...

Keseronokkan di cari PADAH menanti !!!!!!!

Mercun merupakan sebahagian dari alat letupan yang menjadi bahan larangan oleh kerajaan kerana boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan kehilangan nyawa. Setiap kali musim perayaan terutamanya Aildilfitri maka media cetak dan elektronik akan sarat dengan berita berkaitan akibat bermain mercun. Hari ini dalam akhbar Utusan Malaysia memaparkan tentang seorang pelajar Kuala Terengganu,Terengganu yang menerima nasib malang apabila mercun buatan sendiri memakan diri sendiri. Akibat letupan mercun tersebut dia nyaris kudung tangan kanan.Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, tulang jari hantu dan manis mangsa, Wan Amirul Faiz Wan Abdullah, 14, hancur, manakala tulang ibu jarinya patah.Segalanya berlaku setelah mangsa cuba mengubahsuai mercun bola dengan membuka dan memasukkan belerang ke dalam sebotol minyak gamat.Namun ketika cuba menyalakan lilin, api secara tiba-tiba menyambar botol berisi belerang itu yang terletak berdekatan dengannya lalu meletup (Utusan Malaysia, 6 September 2009)...Cuba anda bayangkan kesan buruk yang menimpa akibat perbuatan tersebut...Akibatnya anda mungkin kehilangan pancaindera anugerah tuhan ini..Berfikirlah wahai adik-adikku di luar sana..Anda harus tahu bermain mercun itu bahaya dan salah di sisi undang-undang..Kebijaksanaan adik-adik harus digunakan untuk tujuan yang bermanfaat bukan UNTUK MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI..Ingatlah bahawa kebodohan kita dalam sebarang tindakan boleh menyebabkan kita menyesal seumur hidup....MERCUM MEMBAWA PADAH

Majlis Perpisahan Panglima Tantera Udara Diraja Malaysia:JASAMU DIKENANG BAKTIMU DISANJUNG

Subang 2 Sept 09 – Satu perbarisan penuh istiadat telah diadakan Sempena Perpisahan Mantan Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM yang telah dilantik menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Panglima ATM. Pada perbarisan itu juga turut diadakan upacara pemakaian pangkat dan penyerahan tugas kepada Panglima Tentera Udara yang baru iaitu YBhg Jen Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM yang akan menerajui Tentera Udara Diraja Malaysia bermula dari 1 September 2009. Majlis itu telah disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM. Di akhir majlis berkenaan, sebagai simbolik hari terakhir bersama TUDM, Jen Tan Sri Azizan bersama isteri dibawa berarak menaiki pesawat pejuang F/A 18D Hornet sambil diringi warga TUDM sebelum meninggalkan majlis.
SELAMAT BERTUGAS sebagai PANGLIMA ATM baru....

Saturday, September 5, 2009

Ketibaan Yang Dinanti: KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Kelihatan anak-anak kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak sabar untuk berlabuh dan berjumpa keluarga tersayang di tanah air.
Tanggal 03 September 2009 KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di tanah air selepas belayar selama 54 hari dengan hasil usaha gigih anak-anak kapal yang terdiri dari anak watan yang sanggup mengerah keringat serta kekuatan mental demi mengharungi cabaran samudera untuk membawa pulang kapal selam pertama Malaysia. Kapal selam buatan Perancis ini mula di tauliah pada Januari 2008 yang lalu oleh Panglima TLDM. Nama kapal selam ini diberi sempena nama pemimpin negara yang pertama iaitu Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Aset baru negara ini diharap dapat menjadi nadi utama dan tunjang pertahanan negara yang kukuh bagi memelihara kedaulatan wilayah maritim negara. Penggunaan kapal selam ini bukan bertujuan untuk menyaingi atau menakutkan mana-mana negara di rantau Asia Tenggara ini namun sekadar melengkapkan pertahanan negara dengan aset canggih dan berteknologi. Penggunaan kapal selam yang dilengkapi peralatan moden dan terkini ini menjadikan pertahanan negara semakin stabil dan kukuh. sebarang pencerobohan akan dapat dikesan dengan kadar segera disamping mewujudkan jaringan kerjasama pertahanan antara negara serantau. Kini Seluruh warga TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghitung hari menanti kepulangan kapal selam Malaysia yang kedua iaitu KD Tunku Abdul Razak...... 

Tuesday, September 1, 2009

SALAM TAKZIAH

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Mahathir Mohamad diatas kepulangan kakak sulung beliau kerahmatullah akibat sakit tua.Difahamkan bahawa jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai di sini kira-kira pukul 11 pagi esok.Alfatihah....................Semoga Tun dan keluarga tabah menghadapi kehilangan orang tersayang....