Sunday, September 6, 2009

Tamak Membawa Padah

11.8 tan gula cuba diseludup dirampas


LUNDU 5 Sept. - Polis daerah ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup 11.8 tan gula pasir ke negara jiran menerusi sempadan Biawak-Kalimantan Barat pagi semalam.Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, polis menahan tujuh lelaki bersama dua lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah pick up.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wong Chee Keong berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis terdiri 14 anggota dikejarkan ke lokasi berhampiran bangunan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Biawak yang baru kira-kira pukul 10.30 malam. Katanya, setibanya di lokasi, polis membentuk empat pasukan sebagai langkah menghalang sebarang usaha melarikan diri oleh kumpulan berkenaan yang telah kelihatan berada di sebuah kedai di situ. Setelah melihat tonto daripada kumpulan lelaki itu cuba memasuki kawasan sempadan menerusi CIQ terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi, pasukan polis bertindak menyerbu suspek dan berjaya menahan mereka.
"Hasil daripada serbuan itu, kita berjaya menemui sejumlah 5,544 paket gula pasir seberat dua kilogram di dalam kenderaan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Chee Keong memberitahu, suspek dipercayai mengambil kesempatan daripada ketiadaan anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal kawasan berkenaan pada waktu malam untuk membawa gula itu ke negara jiran.Katanya, suspek dan barang yang dirampas itu kemudian di bawa ke Balai Polis Lundu sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk tindakan lanjut.
Beliau menambah, rampasan berkenaan merupakan tangkapan yang terbesar pernah dilakukan polis di daerah itu untuk tahun ini.

(Sumber di petik dari Utusan Malaysia Online,6 September 2009)
p/s : Sikap tamak beginilah yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Namun kecekapan pihak polis dalam mematahkan usaha penyeludupan ini harus dipuji dan dihargai. Jumlah gula yang diseludup ini hampir 18.8 tan yang bernilai hampir puluhan ribu ringgit. Ketamakan penjenyah ini lah yang sering memberi kesan kepada ekonomi negara. Tahniah kepada kejayaan pihak polis dalam membanteras kes-kes seperti ini...

No comments:

Post a Comment