Saturday, September 5, 2009

Ketibaan Yang Dinanti: KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Kelihatan anak-anak kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak sabar untuk berlabuh dan berjumpa keluarga tersayang di tanah air.
Tanggal 03 September 2009 KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di tanah air selepas belayar selama 54 hari dengan hasil usaha gigih anak-anak kapal yang terdiri dari anak watan yang sanggup mengerah keringat serta kekuatan mental demi mengharungi cabaran samudera untuk membawa pulang kapal selam pertama Malaysia. Kapal selam buatan Perancis ini mula di tauliah pada Januari 2008 yang lalu oleh Panglima TLDM. Nama kapal selam ini diberi sempena nama pemimpin negara yang pertama iaitu Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Aset baru negara ini diharap dapat menjadi nadi utama dan tunjang pertahanan negara yang kukuh bagi memelihara kedaulatan wilayah maritim negara. Penggunaan kapal selam ini bukan bertujuan untuk menyaingi atau menakutkan mana-mana negara di rantau Asia Tenggara ini namun sekadar melengkapkan pertahanan negara dengan aset canggih dan berteknologi. Penggunaan kapal selam yang dilengkapi peralatan moden dan terkini ini menjadikan pertahanan negara semakin stabil dan kukuh. sebarang pencerobohan akan dapat dikesan dengan kadar segera disamping mewujudkan jaringan kerjasama pertahanan antara negara serantau. Kini Seluruh warga TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghitung hari menanti kepulangan kapal selam Malaysia yang kedua iaitu KD Tunku Abdul Razak...... 

No comments:

Post a Comment