Sunday, August 23, 2009

Sijil Halal Satu Keperluan

Akhbar hari nie mengupas isu hotel yang tidak mempunyai sijl pengiktirafan halal dan dikhuatiri boleh menimbulkan was-was dikalangan umat Islam yang mengambil peluang untuk berbuka puasa di hotel. berdasarkan laporan ahkbar hari ini didapati hanya 27 buah hotel sahaja yang mempunyai sijil pegikhtirafan halal berbanding kira-kira 2000 hotel. Isu makanan halal menjadi topik utama umat Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Isu makanan halal bukan satu isu remeh tetapi amat memberi kesan dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam. Makanan halal lagi baik merupakan satu elemen utama dalam mendapat keredhaan Allah S.W.T. Makanan halal ini bukan sahaja dapat memberi kekuatan fizikal dan mental yang baik, namun dapat membentuk sahsiah dan pelerti mulia kerana makanan itu menjadi darah daging seseorang manusia. pendedahan akhbar hari ini membuktikan bahawa isu ini bukan sekecil-kecil isu tetapi berkait rapat dengan agama. Pengusaha-pengusaha hotel perlu lebih prihatin dan sentiasa mencari pakar rujuk agama yang arif agar isu halal ini tidak menjadi isu remeh. Sepatutnya isu halal ini menjadi teras utama dalam penyertaan sesebuah organisasi makanan kerana umat Islam di Malaysia merupakan majoriti. justeru itu pihak yang terlibat harus lebih mengambil perhatian seriua dalam menangani isu ini. jangan jadikan isu makanan halal sebagai isu terpencil dan diperangi ketika bulan Ramadhan sahaja. Anda perlu sentiasa membuat pemantauan agar ianya tidak dipandang sepi oleh pengusaha hotel-hotel lain..

No comments:

Post a Comment