Monday, August 24, 2009

Salam Kemerdekaan yang ke 52: 1MALAYSIA ke arah Negara Gemilang

-Sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah usia kemerdekaan Malaysia telah mencapai 52 tahun dan kemajuan yang dicapai seiring dengan wawasan setiap Bapa Negara bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan sekarang negara diterajui oleh pemimpin yang berwawasan tinggi iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak. Kemerdekaan yang dinikmati oleh generasi selepas merdeka ini adalah hasil titik peluh pejuang pelbagai peringkat tanpa mengira bangsa dan agama. Kesungguhan dan ketekunan mereka dalam mewujudkan perpaduan dan persefahaman pendapat telah membuahkan hasil apabila Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan beberapa tahun kemudian bertukar nama kepada Malaysia selepas penyertaan Sabah dan Sarawak. Sebenarnya usaha menuntut kemerdekaan ini telah bemula lebih awal lagi dan diusahakan oleh pelbagai tokoh yang mempunyai rentetan perjuangan yang luas dan besar. Mereka sanggup berkorban nyawa dan harta demi menuntut sebuah kemerdekaan yang mutlak dan bebas mentadbir negara sendiri. Hari ini nikmat kemerdekaan dirasai dalam suasana negara aman damai, tenang, selamat dan disambut dengan penuh kesyukuran. Kemerdekaan negara kali ke 52 ini juga bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430 H, bulan ysng penuh dengan keberkatan dan kesuciaan. Harapan saya sebagai seorang generasi selepas merdeka supaya kemerdekaan ini kekal hingga ke hari kiamat dan dihayati sepenuhnya makna dan erti kemerdekaan..Semoga nikmat ini memberikan kita satu erti yang besar dan menjadikan kita rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan terpelihara maruahnya dari sebarang bentuk pencabulan. SALAM KEMERDEKAAN KALI KE 52...SEMOGA MALAYSIATERUS MAJU, AMAN DAMAI DAN BANGSANYA MENJADI SATU TAMADUN YANG GLOBAL DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA NEGARA LAIN...

No comments:

Post a Comment