Wakil rakyat Pas cadang Baitulmal dibuka kepada bukan Islam
SHAH ALAM 10 Nov. - Seorang wakil rakyat Pas menyarankan agar Baitulmal dibuka kepada bukan Islam supaya faedahnya dapat dinikmati oleh semuaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan mengatasi kekurangan sumber Baitulmal kerana penyumbangnya terhad kepada orang Islam sahaja.
Menurutnya, konsep Baitulmal itu berbeza dengan zakat yang merupakan satu kewajipan kepada orang Islam dan hanya boleh digunakan untuk kegunaan mereka.
''Kita kena membezakan antara zakat dan Baitulmal. Baitulmal sepatutnya menggunakan konsep terbuka kepada masyarakat dan tiada kaitan dengan konsep agama.
''Masalah Baitulmal ialah kekurangan sumber kerana kita hanya membuka kepada orang Islam untuk memberi sumbangan.
''Masalah ini boleh diatasi jika ia juga dibuka kepada bukan Islam," katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kajian terperinci perlu dilakukan kerana Baitulmal biasanya dikaitkan dengan orang Islam.
Katanya, salah satu sumber Baitulmal adalah dalam bentuk amanah yang bersifat sementara dan perlu dipulangkan semula kepada pemilik asal apabila dituntut.
Menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras) yang ingin tahu prestasi Baitulmal Selangor dalam menguruskan harta masyarakat Islam, beliau berkata: ''Hasil berbentuk pendapatan dibenarkan oleh syarak untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan mengurus dan pembangunan."
Hasan berkata, sumber pendapatan Baitulmal ketika ini adalah daripada sewaan, faraid, syubhah, pulangan projek pembangunan hartanah dan sumbangan masyarakat tetapi kesemua jumlah itu terhad dan hanya digunakan untuk perbelanjaan mengurus operasi dan pembangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
(sumber Utusan Malaysia,11 November 2009)
Selepas pelbagai isu yang panas di media massa nie ada la isu yang pelik tapi benar...Sebelum nie pasal pemulangan arak yang dirampas pihak berkuasa tempatan di Selangor, isu penangkapan Dr. MAZA (singkatan nama bekas Mufti Perlis) oleh JAIS...Nie isu nak beri hasil sumbangan Baitulmal kt yg bukan Islam lak...Wahai wakil2 rakyat kamu fikirlah sikit jangan main hemus ja ketika berhujah kat Parlimen tue...Berfikir guna akal jangan hanya untuk kepentingan politik..Tak kemana kamu akhirnya nanti tersungkur juga dek perbuatan sendiri....
No comments:
Post a Comment