Saturday, October 3, 2009

PTPTN: Hutang Mesti Dibayar

26,000 peminjam tegar PTPTN

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menghantar 26,000 nama peminjam tegar yang gagal menjelaskan hutang mereka kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitam daripada keluar negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, mereka adalah siswazah yang mempunyai rekod gagal membayar pinjaman dalam tempoh lebih daripada lima tahun.
"Mereka ini merupakan peminjam tegar yang tidak menghiraukan surat peringatan dan amaran supaya membayar balik pinjaman yang berjumlah RM400,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan sumbangan Etihad Airways kepada wakil dua pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.

(sumber dipetik dari Kosmo, 2 Oktober 2009)

Dari Pena Waris Alam,



 




Sebagai salah seorang pelajar yang turut meminjam dari PTPTN saya berpendapat bahawa graduan yang telah menamatkan pelajaran seharusnya tidak memberi alasan untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat. Saya merasakan bahawa sebagai peminjam kita harus bertanggungjawa ke atas liabilti yang telah kita buat semasa melanjutkan pelajaran dahulu. Saya yakin dan percaya pinjaman yang dibayar boleh digunakan untuk membantu golongan pelajar yang akan datang. Ini pendapat peribadi saya. Bukan berniat nak menyinggungkan perasaan sesiapa. Selain itu PTPTN harus memberi peluang kepada peminjam yang tidak mampu dan masih tidak bekerja untuk menyelesaikan pinjaman mereka secara beransur-ansur. Mungkin pendekatan yang berhemah dan bertolak ansur ini akan melembutkan hati para penghutang yang berat hati untuk membayar hutang mereka.

No comments:

Post a Comment