Isu lelaki Lombok, Indonesia melarikan gadis-gadis Melayu atau masih dalam kategori kanak-kanak bukan lagi perkara luar biasa di masa ini. Hampir setiap bulan akhbar dan televisyen memaparkan kes kehilangan golongan tersebut. Setiap bulan ada saja si ayah yang menangis, si ibu yang berduka kerana anak telah dilarikan oleh lelaki yang dikatakan mencintai si anak. Merayu lah si ayah supaya anak pulang ke pangkuan, si ibu jatuh sakit dan tidak berselera makan dek kerana mengenangkan perbuatan si anak. Perbuatan melarikan anak-anak gadis atau kanak-kanak perempuan untuk dijadikan isteri ini di katakan satu budaya pahlawan Lombok. Pahlawan kah seseorang lelaki yang melarikan anak-anak gadis dari walinya yang sah? Pahlawankan lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan daripada jagaan ahli keluarganya untuk dijadikan isteri? Hebat sungguh kePAHLAWANAN lelaki Lombok. Lelaki-lelaki durjana ini bijak memilih mangsa. Dari sekecil usia 12 tahun hingga 20-an menjadi mangsa tipu helah lelaki yang dikatakan dicintai sepenuh hati. Mereka langsung tidak berfikir bahawa perbuatan mereka bukan sahaja bleh menghancurkan masa depan sendiri, bahkan mencalarkan maruah keluarga. Malahan dalam kes-kes tertentu ada mangsa-mangsa yang dilarikan ke Lombok ini menjadi mangsa dera dan hamba. Ini KEBAHAGIAAN yang dicari? Berfikirlah wahai anak-anak gadis...Anda masih muda untuk semua ini...Belajarlah dari kesilapan orang lain...Bukan belajar Melakukan Kesilapan Orang Lain... Kasihanilah ayah dan ibu...
Sunday, February 28, 2010
Thursday, February 25, 2010
Kepimpinan Persatuan/Kelab Universiti Perlu Lebih Efektif Dan Kreatif Dalam Pengurusan Persatuan
Sebagai seorang mahasiswa saya mendapati beberapa persatuan dan kelab di universiti ibarat "hidup segan mati tak mahu...Persatuan dan kelab ini ditubuhkan untuk memberi ruang kepada mahasiswa supaya dapat mengasah bakat kepimpinan sebelum berdepan dengan dunia yang sebenar yang lebih mencabar. Justeru itu untuk mengelakkan sesebuah persatuan atau kelab menjadi "mandom" atau hanya wujud pada nama maka kepimpinan yang dipilih untuk menerajui sesebuah persatuan dan kelab perlu mantap, kreatif dan mahir dalam pengurusan untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang walaupun hanya menerajui sebuah kepimpinan yang kecil. Bagi saya secara peribadi saya berpendapat sekiranya seseorang itu mampu menguruskan sesebuah organisasi dengan baik dan berjaya mengatasi sebarang masalah dengan bijaksana individu terbabit memang layak untuk diiktiraf kepimpinannya dan layak dicalonkan kepada kepimpinan atau organisasi yang lebih tinggi. Kepimpinan persatuan dan kelab yang mantap dan kreatif mampu mengangkat martabat organisasi terbabit di kalangan mahasiswa. Sesebuah persatuan dan kelab di universiti yang bergerak secara aktif akan membuka ruang kepada ahlinya untuk turut sama memberi idea yang bernas dan sama-sama berjuang dalam menjadi kepimpinan organisasi terbabit sebagai contoh yang baik...Saya berpendapat untuk mewujudkan kepimpinan yang baik terdapat beberapa kriteria yang pelu ada dalam diri individu yang ingin menerajui kepimpinan sesebuah organisasi iaitu:
- Bersedia menerima pendapat ahli persatuan/ kelab
- Bersedia menguasai pelbagai ilmu atau kemahiran yang bermanfaat untuk organisasi dan diri sendiri
- Peka terhadap kehendak ahli
- Berpandangan jauh dan matang dalam membuat keputusan
- Berfikiran Positif dan sabar serta tenang dalam menghadapi situasi sukar
- Tahu melakukan kerja dan tidak suka bertangguh.
Maulidur Rasul 1431 Hijrah: Menghidupkan Sunnah Rasulullah
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Kelahiran Rasulullan jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Bersamalah kita semua umat Islam menghayati ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh tawaduk dan insaf serta menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup... Semoga kita semua memperoleh kebaikan di Dunia dan Akhirat....Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah...
________________________________________________________________________________
Bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi’ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.
Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.
Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.
Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.
Baginda Rasululllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.
Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :
1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab
Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana
Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :
" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".
3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna
Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :
Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.
Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.
Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.
Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Dimensi Politik: Menuju Budaya Ahli Politik Berilmu, Berintegriti dan Ikhlas Bekerja
- Istilah politik dikaitkan dengan proses atau perjalanan sesebuah negara, pemerintahan, kepartian dan juga kelakuan ahli politik itu sendiri (Ahmad Atory Hussain, 2002). Secara peribadi saya berpendapat politik ialah proses pembentukan kuasa melalui undi rakyat dan pembahagian kuasa yang wujud dalam masyarakat bagi menjalankan proses membuat keputusan. Ini bermakna politik sangat berkait rapat antara kuasa dan pengaruh dalam mewujudkan sebuah kepimpinan yang baik dalam mewujudkan persekitaran ekonomi yang seimbang serta sentiasa memastikan kesejahteraan, keharmonian serta kebajikan rakyat terpelihara. Pembentukan kuasa melalui politik memerlukan kewujudan institusi yang sah serta berfungsi dengan berkesan secara keseluruhannya kerana ia melibatkan pentadbiran dasar-dasar kerajaan dan pembentukan rancangan pembangunan negara. Menurut Ismail Ishak et al. (2008), politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara (state building) dan negara bangsa (nation state). Menurut Rahimah Abduk Aziz, (2008), politik melibatkan hubungan antara negara dan rakyat kerana ia melibatkan penggunaan kuasa dan bergantung pada kerjasama serta persetujuan rakyat yang menjadi sasaran.
- Oleh itu dalam pembangunan politik yang cemerlang dan matang perubahan besar perlu dilakukan dalam aspek politik negara bagi mewujudkan komuniti ahli politik yang berkredibiliti, berintegriti dan mempunyai misi masa depan bagi menerokai kejayaan kepada negara, bangsa dan agama. Saya sangat bersetuju dengan pendapat dan cadangan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah, Timb.Menteri Pengajian Tinggi dalam bukunya iaitu ' Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Beliau telah membuka lembaran baru dalam dunia politik dengan mencadangkan satu idealisme politik yang mementingkan ilmu tentang pemerintahan. Menurut beliau dalam buku tersebut, ahli politik seharusnya kaya dengan idealisme politik dan memiliki kepakaran atau kemahiran dalam sesuatu bidang iaitu sesuatu yang akan memberikan nilai tambah dalam partisipasi politiknya dan juga kepada rakyat.
- Menurut Datuk Saifuddin lagi untuk merealisasikan suatu idealisme politik yang matang ialah dengan menghayati Konsep Intergriti Politik. Konsep integriti politik ini ialah politik ilmu bukan politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi. Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan konsep. Konsep ini mampu membentuk komuniti ahli politik yang bijaksana dan sentiasa melakukan sesuatu yang bermanfaat serta sentiasa mencari sesuatu yang baru atau dalam bahasa mudahnya meng"UPDATE" pengetahuan dan kemahiran agar kepimpinan sentiasa cemerlang.
- Ketiga-tiga konsep ini merupakan satu formula yang perlu diterapkan dalam diri setiap ahli politk agar gejala cantas mencantas, politik wang, fitnah, kronisme dan sebagainya dapat dihapuskan dari gelanggang politik Malaysia. Budaya atau suasana politik yang menitikberatkan nilai ilmu serta mementingkan kepakaran setiap ahli politik akan membuka lembaran baru dalam politik negara. Politik negara akan lebih tenang dan tenteram tanpa sebarang rusuhan, demonstrasi, pergaduhan, fitnah dan saling menyalahkan.
- Ahli politik perlu sedar bahawa mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat yang memilih mereka untuk berada dalam komuniti kepimpinan. Jadi harapan dan kehendak rakyat ialah melihat satu perubahan dalam pemerintahan yang lebih adil, saksama, mementingkan rakyat dan peka pada setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat yang berbilang kaum.
- Perubahan dalam politik akan memantangkan demokrasi di Malaysia,kepimpinan akan lebih cemerlang serta tiada lagi budaya negatif di Parlimen. Politik Malaysia memerlukan ahli politik yang berilmu dan bukan seorang yang suka merapu sehingga menjejaskan pentadbiran negara. Politik Malaysia perlu membuka ruang kepada gologan cendekiawan yang betul-betul ikhlas dalam perjuangan politik bagi memastikan kelansungan kemajuan dan pembangunan negara berterusan.
Rujukan
- Rahimah Abdul Aziz. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Ahmad Atory Hussain. (2002). Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
- Ismail Ishak et al. (2008). Hubungan Etnik: Konsep dan Amalannya di Malaysia. Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
- Saifuddin Abdullah. (2008). Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Tuesday, February 23, 2010
Sekitar Aktiviti Luar Kampus JPAM UUM 2009
Sarjan Nawawi memberi penerangan mengenai cara mengikat mangsa pada pengusung penyelamat dengan betul sambil diperhatikan oleh Sarjan Ali dan peserta KLK.
hati2 ikat bro..karang jatuh budak tue...
woit dengar sini aku nak bagi arahan....yang ampa dok goyang2 tangan apa pasal....
latihan operasi menyelamat....woit nak ke mana tue?...cepatla baring...lari pulak...
woit hati2 sikit...lemas aku karang...dah la kena ikat mcm gini..
woit sembur air betul2 la....
begini ya kalau nak memasak puan2...tengok betul2...
PT pagi...rutin harian nie..buat betul2 jangan curi tulang...
sekarang kita belajar kawad lak...baris....barisss....sedia...
Wednesday, February 10, 2010
Buang Bayi....Sanggup anda lihat ada lagi bayi dibuang?
Apa dosa bayi perempuan ini?
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
________________________________________________________________________________
Kejadian buang bayi merupakan bencana sosial yang berlaku di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan dan menular di kalangan generasi muda bagaikan 'virus'. Hampir setiap masa media cetak dan elektronik di Malaysia memaparkan dan menyiarkan berita berkaitan gejala pembuanga bayi ini. Bencana sosial ini wujud akibat pergaulan bebas serta lenyapnya perasaan malu dikalangan individu yang terlibat. Kejadian pembuangan bayi ini seringkali berakhir dengan tragedi maut akibat bayi dihurungi semut, ksejukkan, lemas,cedera akibat dipukul dan sebagainya. Keadaan tragis yang dialami oleh bayi malang ini menunjukkan bahawa bencana sosial ini bukan setakat berlakunya hubungan seks terlarang dan tanpa nikah, bahkan lebih teruk sehingga meragut nyawa bayi yang tidak bersalah dan tidak mampu menyelamatkan diri sendiri. Justeru itu masalah ini wajar diambil berat oleh ibubapa, masyarakat,agensi terlibat untuk mengelakkan masalah ini terus berlarutan sehingga menjadi budaya 'syaitan'.
Ibu bapa atau keluarga wajar memantau anak-anak mereka dengan lebih perhatian dan sentiasa mengambil tahu berkaitan pergaulan anak-anak, pergerakan anak-anak, perubahan tingkahlaku anak-anak dan sebagainya. Bagi keluarga yang anak-anaknya bermasalah ibu bapa perlu bijak menangani masalah ini dengan matang dan bertindak secara bijak dan berhikmah bukan secara melulu atau menghalau anak-anak dari rumah. Tindakan agresif dan menyisihkan anak-anak akan memberi kesan emosi yang kadangkala anak-anak akan mengambil tindakan nekad sehingga terjadinya bencana sosial ini. Kita perlu tahu bahawa setiap kejadian yang berlaku ini adalah kesan atau hasil perbuatan kita yang terlepas pandang terhadap generasi muda yang mula mengenal dunia dan baru belajar menghadapi cabaran dalam hidup. Kadang-kadang golongan ini terlupa diri atau hilang kawalan terhadap fikiran yang matang dan positif hanya kerana menghayati nikmat yang bakal menjahanamkan diri ke lembah hina. Justeru itu sama-samalah kita rakyat Malaysia untuk berjuang membanteras bencana sosial yang mengancam kehidupan anak-anak muda kita... Jangan biarkan mereka bersendirian dalam menjalani kehidupan mereka... Bantulah perjalanan hidup mereka dengan kata nasihat...Pandanglah mereka dengan kasih sayang...Dekatilah mereka dengan berhikmah...Berilah didikan agama yang sempurna...Tunjukkanlah mereka etika dan moral seorang insan...Insyaallah saya yakin dan percaya mereka akan berjaya dalam hidup mereka...Maka bencana sosial akan lenyap dari bumi Malaysia tercinta...
Pilihan Raya Kampus Bukan Medan Mencari Hero Politik Liar
Macam nie lulus ke kelayakan nak jadi pemimpin?
Pilihan raya kampus (PRK) merupakan satu elemen demokrasi dalam mewujudkan barisan kabinet pelajar di universiti sama ada institusi awam mahupun swasta. Barisan kabinet pelajar yang dipilih melalui undi seluruh pelajar di universiti akan membentuk satu jawatankuasa pelajar yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sistem pemilihan MPP ini sedikit sebanyak menyerupai amalan demokrasi dalam pemilihan pemimpin negara kita iaitu mempunyai hari penamaan calon, aktiviti berkempen, memasang poster dan membuang undi, namun terkawal dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan sentiasa di pantau oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap unversiti yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya Universiti. Pemilihan MPP ini bukanlah bertujuan untuk mencari tokoh politik yang berapi-api dalam hujahnya dan sentiasa berkeras dalam apa jua keputusan. MPP ini bertujuan mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil pelajar untuk menyuarakan keperluan, kepentingan, kebajikan dan suara-suara pelajar bagi memastikan semua mahasiswa di universiti sejahtera dari segi emosi,akademik,masalah dan sebagainya.
Namun hari ini kita dapat lihat apabila PRK mula dicemari dengan insiden yang agresif dan beremosi sehingga memerlukan tindakbalas pihak berkuasa seperti pihak polis (universiti terpaksa memanggil FRU untuk mengawal kekcecohan yang tercetus akibat kegagalan pelajar mengawal emosi). Tindakan tidak matang mahasiswa tersebut tercetus hanya kerana pengurusan universiti menggunakan e-voting dalam PRK. Penggunaan sistem tersebut adalah untuk membantu pelajar bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan kehadiran pelajar ke kuliah mereka. Namun penggunaan sistem ini telah dijadikan modal dalam isu sehingga terjadinya demonstrasi dalam keadaan bere mosi dan agresif oleh sebahagian pelajar untuk menggugat ketenteraman universiti. Hal ini telah berlaku dan dilaporkan oleh media dan bukan hanya omongan kosong. Jadi sebagai mahasiswa yang bijaksana dan matang, adakah individi begini yang akan kita pilih sebagai pemimpin kita dan menjadi wakil kita untuk menemui pengurusan universiti? berfikirlah...PRK bukan satu pilihan raya yang menuntut kita terlalu agresif dalam merebut kuasa...PRK bukan tempat menunjukkan kejaguhan dan menjadi hero kampung...PRK bukan tempat untuk kita berpanas dan berhujan untuk membuat demonstrasi jalanan...Dan bila FRU datang kita mengkeji penjawat awam ini dengan pelbagai cemuhan...Jadikanlah PRK sebagai tempat melahirkan pemimpin berilmu, matang, berdedikasi,bertanggungjawab,berhemah,bertoleransi,berhikmah, berpandangan jauh dan ikhlas menjalankan amanah...Jangan kita hilang jati diri sebagai mahasiswa yang berjiwa ilmu dan sentiasa kebal dalam menempuhi halangan untuk menguasai pelbagai bidang ilmu...
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu untuk melakukan kerja dan sentiasa menyelesaikan kerja sehingga sempurna,bukan hanya tahu bercakap tetapi orang lain yang melakukan kerjanya...
Pilihan raya kampus (PRK) merupakan satu elemen demokrasi dalam mewujudkan barisan kabinet pelajar di universiti sama ada institusi awam mahupun swasta. Barisan kabinet pelajar yang dipilih melalui undi seluruh pelajar di universiti akan membentuk satu jawatankuasa pelajar yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sistem pemilihan MPP ini sedikit sebanyak menyerupai amalan demokrasi dalam pemilihan pemimpin negara kita iaitu mempunyai hari penamaan calon, aktiviti berkempen, memasang poster dan membuang undi, namun terkawal dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan sentiasa di pantau oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap unversiti yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya Universiti. Pemilihan MPP ini bukanlah bertujuan untuk mencari tokoh politik yang berapi-api dalam hujahnya dan sentiasa berkeras dalam apa jua keputusan. MPP ini bertujuan mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil pelajar untuk menyuarakan keperluan, kepentingan, kebajikan dan suara-suara pelajar bagi memastikan semua mahasiswa di universiti sejahtera dari segi emosi,akademik,masalah dan sebagainya.
Namun hari ini kita dapat lihat apabila PRK mula dicemari dengan insiden yang agresif dan beremosi sehingga memerlukan tindakbalas pihak berkuasa seperti pihak polis (universiti terpaksa memanggil FRU untuk mengawal kekcecohan yang tercetus akibat kegagalan pelajar mengawal emosi). Tindakan tidak matang mahasiswa tersebut tercetus hanya kerana pengurusan universiti menggunakan e-voting dalam PRK. Penggunaan sistem tersebut adalah untuk membantu pelajar bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan kehadiran pelajar ke kuliah mereka. Namun penggunaan sistem ini telah dijadikan modal dalam isu sehingga terjadinya demonstrasi dalam keadaan bere mosi dan agresif oleh sebahagian pelajar untuk menggugat ketenteraman universiti. Hal ini telah berlaku dan dilaporkan oleh media dan bukan hanya omongan kosong. Jadi sebagai mahasiswa yang bijaksana dan matang, adakah individi begini yang akan kita pilih sebagai pemimpin kita dan menjadi wakil kita untuk menemui pengurusan universiti? berfikirlah...PRK bukan satu pilihan raya yang menuntut kita terlalu agresif dalam merebut kuasa...PRK bukan tempat menunjukkan kejaguhan dan menjadi hero kampung...PRK bukan tempat untuk kita berpanas dan berhujan untuk membuat demonstrasi jalanan...Dan bila FRU datang kita mengkeji penjawat awam ini dengan pelbagai cemuhan...Jadikanlah PRK sebagai tempat melahirkan pemimpin berilmu, matang, berdedikasi,bertanggungjawab,berhemah,bertoleransi,berhikmah, berpandangan jauh dan ikhlas menjalankan amanah...Jangan kita hilang jati diri sebagai mahasiswa yang berjiwa ilmu dan sentiasa kebal dalam menempuhi halangan untuk menguasai pelbagai bidang ilmu...
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu untuk melakukan kerja dan sentiasa menyelesaikan kerja sehingga sempurna,bukan hanya tahu bercakap tetapi orang lain yang melakukan kerjanya...
Monday, February 8, 2010
Siswa Jabatan Pertahanan Awam Universiti Utara Malaysia sesi 2006-2009
Sesi bergambar setelah sama2 berjuang dalam JPAM UUM selama lebih kurang 4 semester....Selamat Berjaya dalam hidup masing....Semoga anda semua mencapai kejayaan dalam setiap lapangan dan mendapat yang terbaik dalam mencari sebuah kehidupan...GOOD LUCK...JUMPA LAGI
dari 12/02/1987 hingga 12/02/2010
- Menjadi individu yang berfikir secara matang dan berhati-hati dalam melaksanakan tindakan, percakapan agar tiada hati-hati yang terguris.
- Melebihkan Senyuman dalam setiap pertemuan...Tidak mahu digelar insan serius lagi
- Membuang amalan menangguhkan kerja
- Membuang sikap buruk dan tidak bermoral
- Berintegriti dan bermatlamat dalam setiap tindakan
- Sentiasa memastikan aku berjoging demi kesihatan
- Menjaga Solat dan Ibadah lain
- Menjadi lebih bertanggungjawab
Saturday, February 6, 2010
Aku Terima Nikahnya........
Perkahwinan merupakan satu jalan yang menghubungkan dua insan yang berlainan jantina melalui ikatan syarak yang sah,berwali, berijab kabul, bersaksi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh agama. Perkahwinan menuntut setiap pasangan untu bertanggungjawab dan saling memenuhi keperluan diantara satu sama lain yakni suami dan isteri. Kedua pasangan sangat memainkan peranan penting dalam mewujudkan keluarga bahagia dan sentiasa peka akan tanggugjawab yang dipikul. Sisuami yang bertanggungjawab membentuk keluarganya, memberi nafkah kepada keluarga, memastikan keselamatan keluarga dan pelbagai tanggungjawab lain. Manakala si isteri pula, bertanggungjawab untuk menjaga keperluan suami,mendidik anak-anak,menjaga kehormatan diri dan harta suami sebaik mungkin dan pelbagai lagi tanggungjawab yang dipikul oleh golongan yang telah berkahwin.Tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan ini menjadi garis panduan kepada pasangan untuk memastikan keluarganya berada di asas dan laluan yang betul.
Kepincangan dalam memenuhi tanggungjawab sebagai suami atau isteri akan membawa kepada pergolakan dan pertelingkahan dalam rumah tangga yang akhirnya boleh mengundang kepada perceraian. Perceraian ini bukan sahaja meruntuhkan institusi keluarga bahkan memberi kesan kepada anak-anak kerana tersepit diantara ayah dan ibu. Hal ini akan memberi tekanan emosi kepada anak-anak dan menjadikan mereka yang dulunya aktif menjadi pasif, yang bersikap lembut menjadi individu yang bersikap agresif. Justeru itu, tanggungjawab dalam perkahwinan ini wajar dipikul sebaik mungkin dan perlu menjadi antara agenda perbincangan antara pasangan dalam mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Ikatan kekeluargaan ini merupakan satu perhubungan yang suci dan menjadi satu elemen penting dalam melahirkan perasaan kasih dan sayang. Setiap kekhilafan pasangan wajar diselesaikan berdasarkan ajaran agama dan mengikut saluran perbincangan yang terbaik agar ikatan perkahwinan yang dibina tidak terputus begitu sahaja hanya kerana hambatan nafsu dan ego. Pengabaian tanggungjawab bukan satu langkah menyelesaikan masalah dalam rumah tangga tapi mengundang kepada masalah yang lebih besar seperti perceraian. Binalah keluarga bahagia kerana dari situ akan lahir masyarakat yang harmoni, mendamaikan negara dalam membina kehidupan yang sejahtera.
Tips menghindar Jenayah di Rumah
Peringatan dari PDRM
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
sumber diambil daripada : http://buaya-merah.blogspot.com
Tuesday, February 2, 2010
Pembangunan Lestari: Antara Kebahahagian dan Kesengsaraan
sekadar gambar hiasan
Pembangunan merupakan satu proses yang melepaskan manusia daripada pelbagai bentuk pergantungan, eksploitasi dan penindasan dalam aspek ekonomi, politik dan sosial (Rahimah Abdul Aziz, 2001). Selain itu,menurut Syed Husin Ali (seperti dipetik dalam Rahimah Abdul Aziz, 2001,59) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat di samping menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang lain. Manakala bagi Seers (seperti dipetik dalam Zaheruddin Othman & Yusuf Pon,2005,2) menyatakan bahawa pembangunan boleh ditunjukkan dengan kurangnya kadar kemiskinan, kurang jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketidaksamaan. Dalam sesuatu pembangunan terutamanya pembangunan fizikal yang melibatkan pembinaan prasarana moden seperti bangunan komersil atau pentadbiran, kemudahan awam dan prasarana lain seperti jalan raya atau lebuh raya bagi memberi kemudahan kepada seluruh rakyat jelata. Kita melaungkan pembangunan lestari yang mementingkan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keseuluruhan rakyat, namun kita lupa bahawa kegembiraan komuniti lain memberi derita kepada sesuatu komuniti yang lain. Adakalany himpitan pembangunan ini dengan rakus menafikan hak seseorang individu sehingga menutup punca rezeki. Hal ini telah berlaku bilamana sebuah kafe yang dikenali Kafe Do Re Mi yang mengasaskan konsep tempat makan di pondok atas pokok yang telah menarik perhatian ramai sehingga mewujudkan peluang ekonomi di kawasan tersebut. Namun pihak berkuasa yang memerintah di kawasan tersebut mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis untuk merobohkan tempat tersebut namun operasi merobohkan kafe tersebut sempat dihalang oleh pemiliknya. Inikah contoh pembangunan lestari yang cuba dlaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Tindakan ini sangat drastik kerana ianya menutup punca rezeki individu terbabit dan mungkin menambah lagi jumlah kemiskinan tegar bumiputera di Pulau Pinang. Kalau ini konsep pembangunan yang cuba dibawa eloklah dihentikan saja kerana lebih banyak penderitaan akan wujud berbanding kebahagiaan hasil pembangunan. Saya memohon selaku rakyat bumiputera Malaysia yang sah dari segi kerakyatan dan mempunyai hak mutlak terhadap kedaulatan Malaysia supaya pihak yang mempunyai kuasa agar berfikir dengan sedalam-dalamnya sebarang tindakan agar tindakan terbabit tidak menjadi permulaan kepada kehancuran dan kemusnahan kepada komunit masyarakat. Gunakaln pendekatan yang bijak agar anda disegani kerana toleransi dan kematangan dalam tindakan penguatkuasaan. Kebijaksanaan anda dalam setiap tindakan mencerminkan etika kerja dan mempunyai nilai profesionalisme tinggi.
Rujukan:
Rahimah Abdul Aziz.(2002). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaheruddin Othman & Yusuf Pon. (2005). Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga. Sintok. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)