“ Sikap Pemimpin Cermin Kejayaan Bangsa Bertamadun ”
Kepimpinan adalah satu proses perhubungan antara individu dengan kelompok manusia yang lain. Sebagai pemimpin individu perlu mempunyai jati diri dan keyakinan yang kukuh sebagai asas kepada mekanisme untuk mempengaruhi manusia lain. Kualiti kepimpinan yang ada dalam diri seseorang individu menjadi faktor penarik kepada orang lain untuk mempercayai dirinya sebagai seorang individu yang berkaliber, berintegriti dan mempunyai karisma yang tinggi.
Keteguhan kepimpinan memerlukan satu keberkesanan yang jitu agar proses kepimpinan yang wujud adalah berteraskan kepada realistik dan bukan mengambil kesempatan terhadap individu lain untuk mencapai matlamat seperti mana kata peribahasa Melayu “meneguk di air yang keruh”. Keberkesanan kepimpinan merujuk kepada bagaimana pemimpin mempunyai pengaruh ( kuasa ), maklumat, dan kebenaran kata-kata bagi menyokong tampuk pemerintahan.
Sebagai seorang pemimpin, individu tersebut perlu tahu bagaimana untuk membahagikan hak kepada setiap individu yang berhak menerimanya dan tidak tertumpu pada pihak yang berkepentingan sahaja. Kita dapat lihat bagaimana pemimpin yang gila kuasa mencari populariti dengan membuat janji manis ibarat “menanam tebu di bibir”. Sikap ini menjadikan rakyat bosan dan inginkan perubahan. Perubahan mendadak dalam pilihan raya umum membuktikan bahawa pemimpin boleh kecundang jika menjadikan rakyat sebagai boneka untuk mereka mengaut keuntungan dan kekayaan.
Tuan2 dan puan sekalian, cuba fikirkan kenapa kita perlu kepada pemimpin. Adakan tanpa pemimpin kita akan menjadi bangsa kecundang atau bangsa merempat ?
Pemimpin perlu kerana kita memerlukan individu untuk memimpin dan melaksanakan dasar dan polisi yang memacu kepada kejayaan kita. Cuba kita fikirkan jika bapa kita bukanlah pemimpin dalam rumah tangga, apa akan jadi jika bapa tiada kuasa mendidik, membentuk anak-anaknya. Jika keadaan sedemikian berlaku maka rumah tangga akan pincang. Peranan sebagai pemimpin adalah besar kerana setiap apa yang berlaku dia bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Sebagai individu saya mendapati kepimpinan di Malaysia adalah berada di tahap yang semakin baik, namun pergolakan politik yang berlaku hari ini membuka topeng-topeng wajah pemimpin yang gilakan kuasa. Mereka sudah dikategorikan sebagai menteri, senator bahkan ada yang memegang dua atau tiga jawatan sekali gus namun belum berpuas hati dengan apa yang diperoleh. Perebutan jawatan yang berlaku ini menyebabkan struktur pentadbiran Malaysia menjadi lemah dan mudah diambil kesempatan oleh kuasa asing yang menunggu keruntuhan Malaysia.
Saban hari kita menatap berita tentang pemimpin itu bertanding itu dan ini, tapi adakah dia berfikir masih ada rakyatnya yang hidup bergelap, mandi di telaga, berulang alik di jalan tanah merah, menaiki perahu ke bandar. Bahkan masih ada penduduk yang tidur di pondok buruk umpama reban ayam, makan sekadar mengalas perut, terlantar di kaki lima tanpa pembelaan. Kenapa kelompok ini tidak dibantu. Kalau ada bantuan sekalipun hanyalah sekadar melepaskan tanggungjawab agar tidak diburu stesen TV atau syarikat akhbar bagi menjawab persoalan kebajikan penduduk.
Pemimpin yang dipilih pula hanya sekadar berjanji tanpa tindakan susulan. Sekadar menabur janji kosong kepada rakyat. Kalau bantu sekalipun mesti masuk akhbar sekurang-kurangnya KOSMO ataupun untuk lebih gah di muka depan akhbar Utusan Malaysia. Kalau itu yang dicari lebih baik pemimpin ini turun dari tampuknya. Masih ramai yang layak mengisi jawatan itu. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tahu apa tugasnya, peranannya, dan tanggungjawabnya. Jangan hanya tahu mengisi tembolok sendiri sehingga orang yang dipimpin kelaparan. Biar dikenang dengan jasa……….

No comments:
Post a Comment