Monday, August 31, 2009

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
(surah Al-Fatihah ayat 1-7)

Alhamdulillah akhirnya hari ini 31 Ogos 2009, genap 52 tahun Malaysia mengharungi alam kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ke 52 kali ini amat bertuah kerana bersamaan 10 Ramadhan 1430 Hijrah. Kemerdekaan dari sudut sejarah beerti kebebasan dari belenggu penjajahan, namun erti kemerdekaan ini boleh juga dipanjangkan sebagai erti kebebasan sebuah jiwa yang bebas dari belenggu negatif dan songsang yang menyalahi norma-norma positif kehidupan. Apa yang dapat diperhatikan di media massa sama ada media cetak atau media elektronik kebanyakkan remaja kita belum lagi menjumpai erti kemerdekaan yang sebenar. Ada diantara mereka menganggap kemerdekaan itu merupakan satu festival atau majlis keramaian untuk menyambut detik 12 malam dan menjadikannya sebagai detik untuk bersama pasangan di mana sahaja. Walhal perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang jelas menyalahi hukum syarak dan juga norma positif  masyarakat. Ada golongan remaja generasi selepas merdeka menjadikan kemerdekaan sebagai satu pesta yang mesti disambut dengan pesta yang berbentuk majlis sosial yang melampau seperti seks bebas, minum arak, merempit (samseng jalanan) dan sebagainya. Pelbagai program yang dibuat oleh kerajaan, NGO, agensi swasta untuk menyedarkan remaja tentang nikmat kemerdekaan sebenar di pandang enteng oleh mereka kerana tidak mahu dipandang kolot. Walaubagaimanpun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 ini merupakan satu nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada kita sebagai generasi selepas merdeka dan kita wajar menghargainya. Kemerdekaan merupakan titik tolak yan menjadi detik kejayaan sebuah bangsa yang dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Perpaduan erat antara kaum yang menjadi dasar kemerdekaan pula wajar dikekalkan dan terus dirapatkan seperti mana 'AUR DAN TEBING' yang sentiasa menjadi penyokong antara satu sama lain. Semangat yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lok dalam meletakkan asas perpaduan sebagai identiti masyarakat ketika itu wajar diteruskan. SALAM KEMERDEKAAN KE 52: SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN MAKMUR DALAM RAHMAT ILLAHI DAN DILINDUNGI DARI BENCANA PERKAUMAN SERTA PERTELINGKAHAN PENDAPAT...SALAM 1 MALAYSIA...MERDEKA......MERDEKA......MERDEKA......

No comments:

Post a Comment