Monday, August 31, 2009

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
(surah Al-Fatihah ayat 1-7)

Alhamdulillah akhirnya hari ini 31 Ogos 2009, genap 52 tahun Malaysia mengharungi alam kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ke 52 kali ini amat bertuah kerana bersamaan 10 Ramadhan 1430 Hijrah. Kemerdekaan dari sudut sejarah beerti kebebasan dari belenggu penjajahan, namun erti kemerdekaan ini boleh juga dipanjangkan sebagai erti kebebasan sebuah jiwa yang bebas dari belenggu negatif dan songsang yang menyalahi norma-norma positif kehidupan. Apa yang dapat diperhatikan di media massa sama ada media cetak atau media elektronik kebanyakkan remaja kita belum lagi menjumpai erti kemerdekaan yang sebenar. Ada diantara mereka menganggap kemerdekaan itu merupakan satu festival atau majlis keramaian untuk menyambut detik 12 malam dan menjadikannya sebagai detik untuk bersama pasangan di mana sahaja. Walhal perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang jelas menyalahi hukum syarak dan juga norma positif  masyarakat. Ada golongan remaja generasi selepas merdeka menjadikan kemerdekaan sebagai satu pesta yang mesti disambut dengan pesta yang berbentuk majlis sosial yang melampau seperti seks bebas, minum arak, merempit (samseng jalanan) dan sebagainya. Pelbagai program yang dibuat oleh kerajaan, NGO, agensi swasta untuk menyedarkan remaja tentang nikmat kemerdekaan sebenar di pandang enteng oleh mereka kerana tidak mahu dipandang kolot. Walaubagaimanpun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 ini merupakan satu nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada kita sebagai generasi selepas merdeka dan kita wajar menghargainya. Kemerdekaan merupakan titik tolak yan menjadi detik kejayaan sebuah bangsa yang dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Perpaduan erat antara kaum yang menjadi dasar kemerdekaan pula wajar dikekalkan dan terus dirapatkan seperti mana 'AUR DAN TEBING' yang sentiasa menjadi penyokong antara satu sama lain. Semangat yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lok dalam meletakkan asas perpaduan sebagai identiti masyarakat ketika itu wajar diteruskan. SALAM KEMERDEKAAN KE 52: SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN MAKMUR DALAM RAHMAT ILLAHI DAN DILINDUNGI DARI BENCANA PERKAUMAN SERTA PERTELINGKAHAN PENDAPAT...SALAM 1 MALAYSIA...MERDEKA......MERDEKA......MERDEKA......

Monday, August 24, 2009

Salam Kemerdekaan yang ke 52: 1MALAYSIA ke arah Negara Gemilang

-Sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah usia kemerdekaan Malaysia telah mencapai 52 tahun dan kemajuan yang dicapai seiring dengan wawasan setiap Bapa Negara bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan sekarang negara diterajui oleh pemimpin yang berwawasan tinggi iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak. Kemerdekaan yang dinikmati oleh generasi selepas merdeka ini adalah hasil titik peluh pejuang pelbagai peringkat tanpa mengira bangsa dan agama. Kesungguhan dan ketekunan mereka dalam mewujudkan perpaduan dan persefahaman pendapat telah membuahkan hasil apabila Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan beberapa tahun kemudian bertukar nama kepada Malaysia selepas penyertaan Sabah dan Sarawak. Sebenarnya usaha menuntut kemerdekaan ini telah bemula lebih awal lagi dan diusahakan oleh pelbagai tokoh yang mempunyai rentetan perjuangan yang luas dan besar. Mereka sanggup berkorban nyawa dan harta demi menuntut sebuah kemerdekaan yang mutlak dan bebas mentadbir negara sendiri. Hari ini nikmat kemerdekaan dirasai dalam suasana negara aman damai, tenang, selamat dan disambut dengan penuh kesyukuran. Kemerdekaan negara kali ke 52 ini juga bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430 H, bulan ysng penuh dengan keberkatan dan kesuciaan. Harapan saya sebagai seorang generasi selepas merdeka supaya kemerdekaan ini kekal hingga ke hari kiamat dan dihayati sepenuhnya makna dan erti kemerdekaan..Semoga nikmat ini memberikan kita satu erti yang besar dan menjadikan kita rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan terpelihara maruahnya dari sebarang bentuk pencabulan. SALAM KEMERDEKAAN KALI KE 52...SEMOGA MALAYSIATERUS MAJU, AMAN DAMAI DAN BANGSANYA MENJADI SATU TAMADUN YANG GLOBAL DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA NEGARA LAIN...

Ramadhan ke 3:

Hari ini bermula Ramadhan yang ke tiga..aku memulakan pagi seawal pukul 2 pagi..niat ingin study, tapi lepas ja makan ngan roomate terus ja baring....So terbantut la lagi niat murniku..ha.ha..angan ja lebih..harap2 esok hari berjalan lancar dan tenang..semoga esok lebih baik dari semalam...apa pun esok pegi submit assignment ke en.shahrul nazim..nasib baik dah siap..kalau tak mau sampai ke siang menaip..okeh time tue sleep now...

Semua dah Beres hari nie...Tunggu nak pegi kelas Gender plak pukul 3.30

Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN KE 2: MENCARI KEBAHAGIAN DALAM CAHAYA KEBERKATAN RAMADHAN

Hari ini adalah Ramadhan ke 2...Alhamdulillah Ramadhan pertama berjalan lancar..Semoga hari-hari seterusnya dilalui dengan penuh sabar dan harapanku agar tidak ada pandangan mata yang boleh mengurangkan pahala Ramadhan..Semoga hari kedua lebih baik dari semalam..Hari cuma ada dua kelas, undang-undang dan seminar pembangunan..Kemalasan mula membelenggu diri, tambah-tambah pulak hujan lebat pagi nie...eeei nie yang bikin teman susah nak buat pilihan.. dah la kelas sampai ke petang..Apapun semua nie pilihan aku dulu juga..So lalui ja dengan redha..Untung-untung dapat kerja yang baik lepas graduate ni, so kena la berkorban sekarang..Kata orang kalau tak cuba mana kita tahu apa yang ada di depan..So aku anggap semua nie satu perjuangan untuk mendapat sesuatu yang membahagiakan kedua ibubapaku..Lagi satu aku harapkan semoga semua sahabatku berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.AMIN.......Kita jumpa lagi petang nanti..INSYAALLAH

Sijil Halal Satu Keperluan

Akhbar hari nie mengupas isu hotel yang tidak mempunyai sijl pengiktirafan halal dan dikhuatiri boleh menimbulkan was-was dikalangan umat Islam yang mengambil peluang untuk berbuka puasa di hotel. berdasarkan laporan ahkbar hari ini didapati hanya 27 buah hotel sahaja yang mempunyai sijil pegikhtirafan halal berbanding kira-kira 2000 hotel. Isu makanan halal menjadi topik utama umat Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Isu makanan halal bukan satu isu remeh tetapi amat memberi kesan dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam. Makanan halal lagi baik merupakan satu elemen utama dalam mendapat keredhaan Allah S.W.T. Makanan halal ini bukan sahaja dapat memberi kekuatan fizikal dan mental yang baik, namun dapat membentuk sahsiah dan pelerti mulia kerana makanan itu menjadi darah daging seseorang manusia. pendedahan akhbar hari ini membuktikan bahawa isu ini bukan sekecil-kecil isu tetapi berkait rapat dengan agama. Pengusaha-pengusaha hotel perlu lebih prihatin dan sentiasa mencari pakar rujuk agama yang arif agar isu halal ini tidak menjadi isu remeh. Sepatutnya isu halal ini menjadi teras utama dalam penyertaan sesebuah organisasi makanan kerana umat Islam di Malaysia merupakan majoriti. justeru itu pihak yang terlibat harus lebih mengambil perhatian seriua dalam menangani isu ini. jangan jadikan isu makanan halal sebagai isu terpencil dan diperangi ketika bulan Ramadhan sahaja. Anda perlu sentiasa membuat pemantauan agar ianya tidak dipandang sepi oleh pengusaha hotel-hotel lain..

Saturday, August 22, 2009

Penantian Ramadhan 1430 Hijrah




Kehadiran Ramadhan di tunggu oleh seluruh umat Islam di seluruh pelosok alam ini. Bulan penuh keberkatan ini dinikmati di siang hari dengan puasa dan di malam harinya dengan solat sunat tarawikh. Alhamdulillah hari pertama Ramadhan kita dapat laluinya dengan penuh sabar dan tawaduk. Semoga segala ibadat kita pada hari ini diterima oleh Allah S.W.T. semoga rezeki kita diberkati dan hidup kita dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. HarapanKU Ramadhan kali akan akan membawa sinar keinsafan dan kebahagian kepada ku untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari kelmarin dan hari2 yang lepas...Aku ingin menjadi insan yang tahu asal usul KU..Tahu pilihan yang terbaik untuk ku..Semoga Ramadhan 1430 H membawa sinar keinsafan buatku...Ya Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, dosa aku,kaum keluargaku,guru-guruku,sahabat-sahabatku, kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, dosa kaum keluargaku yang talah pergi menemuimu Ya Allah...ampunkanlah dosa kami semua..jauhkanlah kami dari api neraku mu, jauhkan lah kami dari seksa kuburmu,berikanlah kami petunjukmu, berilah kami cahaya keimanan dan keinsafan, andainya kami telah melakukan perkara mungkar yang engkau benci maka engkau pulangkan lah hati kami ke jalan yang engkau redhai..sesungguhnya kami hamba mu yang sangat daif...Amin Ya Rabbalamin..............

Gula:antara harga atau permintaan?

Gula merupakan satu daripada pemanis yang digunakan dalam makanan dan minuman.namun sejak akhir ini wujud satu masalah tahunan iaitu krisis gula. buat masa ini gula didapati berkurangan di pasaran tanpa sebab yang munasabah. permainan harga gula ini menjadi tekanan kepada pengguna di pasaran. saban hari media massa melaporkan begitu banyak seruan dan tangkapan yang dibuat ke atas kumpulan yang menyorokkan dan menyeludup gula ke pasaran Thailand. inilah dia belang yang ditunjukkan oleh manusia yang bersikap mementingkan diri demi mengaut keuntungan berganda. mereka menjadi tamak sehingga menjadikan permintaan rakyat sebagai taruhan. akhirnya kerajaan yang memerintah terpaksa memikul tanggunajawab untum mencari jalan penyelesaian masalah ini....kerajaan menjadi tumpuan utama pengguna untuk mendapat hak mereka yang telah dijaja hingga ke Thailand...justeru fikir-fikirkanlah...pengeluaran gula berkurang atau manusia tamak yang mengurangkannya..di musim luar lingkungan perayaan masalah ini tidak timbul sehingga kerajaan terpaksa menjadikanya barang kawalan..musuh dalam selimut ini perlu dihapuskan demi kebahagian minoriti rakyat jelata.

KEPULANGAN YANG DINANTI..WELOCME TO UUM SINTOK

hari ini 22 Ogos 2009 merupakan tarikh akhir pelajar UUM bercuti...kepulangan mereka sentiasa dinanti oleh pensyarah yang sudah bersedia dengan kuiz,submit tugasan, midsem exam..mungkin ada pelajar yang pulang dalam keadaan ceria dan ada juga yang berduka kerana baru kali pertama berbuka puasa tanpa keluarga...ini mungkin pengalaman pertama untuk pelajar semester satu..saya doakan anda sabar dan tenang menghadapi Ramadhan 1430 di perantauan...Insyaallah pengorbanan anda itu amat bernilai kepada ayahanda dan bonda di desa yang mengharapkan kejayaan anakandanya di UUM...SELAMAT KEMBALI KE UUM kepada seluruh Warga UUM...

Thursday, August 13, 2009

DIMENSI CINTA


Cinta ibarat permata,
Sangat bernilai dan berharga,
Biar sepahit hempedu,
Tapi kenangan tetap semanis madu,
Andai cinta berlalu pergi,
jangan biarkan ia meracun diri.

Cinta ibarat permata,
Datang tanpa dipinta,
Pergi tanpa berita,
Muncul membawa sinar bahagia,
Hilang meninggal titik sengsara,
Kerana cinta sanggup segala-galanya.

Cinta ibarat permata,
Ungkapan seindah alam,
Perjanjian sekuat gunung,
Kesetiaan seteguh awan di langit,
Kasih seluas hamparan laut,
Itulah cinta dambaan manusia.

Cinta itu datang sendiri, tanpa disedari ia menular ke dalam diri, bermula dari mata jatuh ke hati, berpaut lah dua jiwa satu hati, mengharungi alam kasih dan sayang………salam bahagia………..

NUKILAN
waris alam

RAJA BERDAULAT

Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam hierarki kerajaan di Malaysia. seseorang raja wajar dihormati kerana baginda merupakan pemegang utama amanah rakyat jelata sama ada dari segi hak, kesamarataan, keadilan dan sebagainya. Menafikan hak raja atau menghina raja merupakan satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai penderhakaan. Penderhakaan kepada raja boleh menyebabkan seseorang penderhaka dijatuhkan hukuman berat seperti buang negeri atau negara kerana penderhaka telah menjatuhkan maruah pemerinth tertinggi negara. Isu PENDERHAKAAN ini bukan lagi isu terpencil kerana boleh menggugat kredibilti seseorang raja yang berdaulat. RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA....RAJA BERJIWA RAKYAT PAYUNG NEGARA....MENJADI TEMPAT NAUNGAN RAKYAT JELATA...DAULAT TUANKU

Tuesday, August 11, 2009

coretan hari ini

hari nie puas gak merayau gie buat asingment kat kangar....aku dan rakan group pegi melawat ladang harumanis yang ada dekat Bukit Temiang, Beseri......lepas tue pegi plak buat soal selidik kt kg padang besar.........mcm2 ada....siap buat jamu makan lagi...sebelum aku buat keja nie aku pegi melawat tok aku...dia nampak gembira sebab ada ramai orang pegi melawat dia...ya lah kalau nak harap anak cucu dia kena tunggu raya lah baru nampak muka..aku harap depa semua sedaq sebelum terlambat...walaupun tok aku tue tok tiri namun kasih sayang yang dia bagi itu seumpama seorang ibu...penuh dengan kasih sayang dan nasihat....aku bangga lihat dia harungi kehidupan dengan tabah dan sabar....semoga kebaikan dan ketulusan hati seorang nenek dan ibu itu berbalas dengan doa2 dari anak dan cucu nya...semoga apa yang beliau lakukan itu dihargai anak dan cucu........

Saturday, August 8, 2009

Lets Sintok

Hari nie aku dan membe sebilik telah meredah hutan sintok hampir 4 jam..lebih kurang pukul 12.30 P.M kami keluar dari hutan tue.......program nie memang best aaa. hari jumaat macam nie dapat juga riadah dengan kawan...suasana ka hutan tue riuh rendah gak dengan jeritan pelajar perempuan dek kerana pacat...ada gak yang tergolek jatuh...biasa la jalan licin sebab hujan.laluan jadi mencabar sikit..mandi hujan la hari nie....tapi layan lah..apa yang penting dapat gak membe2 baru...dapat juga kenal antara satu sama lain...lagi satu mudah untuk junior sem 1 berinteraksi dengan senior...besok lak ada kenduri kesyukuran kt YAB...malam nie aku ingat nak relaks ja...cas tenaga baru untuk kerja esok..dah la kena bangun 4 pagi...keja sukarela tapi wajib turun...maunya yang turun tue 10 orang ja jenuh dok melapah dua ekor lembu...silap2 daging tue tergolek ja...aku pandang ang, ang pandang aku...tapi harap2 ramai la turun membantu...apa "orang kata yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul"...aduhai peribahasa plak..hentam ja janji penuh....apa pun kita tunggu laporan Berita Terkini esok malam....tue pun klu ada masa nak menaip la...esok ada meeting lagi...ai enth bila nak dating plak...

Thursday, August 6, 2009

Aduhai Lelaki !!!!!!!!!!

Hari ini dalam akhbar tertulis tentang pendapat yang dikemukan oleh seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya kerajaan menubuhkan Majlis Pembangunan Lelaki bagi menangani aduan lelaki yang menjadi mangsa penderaan kaum wanita. Penubuhan majlis ini bertujuan baik namun sanagt tidak praktikal kerana sebagai lelaki anda mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kuasa berfikir. Seseorang lelaki yang sentiasa mengadu bahawa dirinya sering didera oleh wanita menunjukkan bahawa seseorang itu belum mencapai tahap keupayaan sebagai lelaki yang matang. Seharusnya hal ini ditangani dengan bijak bukan dibawa sehingga ke peringkat Pentadbiran negara. Namun jika penubuhan majlis ini bertujuan untuk mewujudkan generasi lelaki yang matang, bersemangat waja dan berkualiti pendapat ini harus dipertimbangkan.

Tuesday, August 4, 2009

POLITIK PEMBANGUNAN : Kaitan dan Kesannya Kepada Pembangunan Negara Malaysia

Politik merupakan satu mekanisme untuk mengawal tingkah laku manusia atau cubaan untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan manusia supaya mengikut kehendak dan peraturan yang dibuat oleh individu tertentu yakni golongan yang mempunyai kelebihan dan kemampuan tertentu. Politik mempunyai kaitan antara kuasa dan pengaruh. Kuasa ini diperoleh sama ada melalui paksaan atau kerelaan orang ramai untuk mengiktiraf pengaruh dan keupayaan individu terbabit. Politik amat berkait rapat dengan pembangunan sama ada pembangunan modal insan mahupun pembangunan fizikal. Ideologi politik akan sentiasa mempengaruhi aliran pembangunan semasa. Kekuatan pengaruh politik akan sentiasa membayangi corak atau agenda pembangunan yang akan dibuat. Perbezaan ideologi politik akan mempengaruhi proses penyaluran pembangunan dan ini memberi tekanan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kebanyakan proses penyaluran dan pengagihan pembangunan ini mempunyai kaitan rapat dengan corak atau tingkah laku politik yang mempunyai persamaan ideologi atau fahaman.

Kepimpinan politik yang berkesan dan matang akan memberi impak positif kepada pembangunan yang lebih efektif dan menyeluruh iaitu meliputi aspek modal insan dan pembangunan fizikal ( yakni melibatkan proses pembinaan struktur konkrit yang kukuh dan kekal ). Setiap perancangan pembangunan akan melalui struktur pentadbiran politik yang menekankan kepada input positif rakyat iaitu penerimaan secara rela akan kekuatan ideologi politik yang disebarkan. Penolakan ideologi politik akan menimbulkan konflik pengaruh dan wujudnya penentangan secara senyap melalui undi yang dilakukan seperti mana yang telah berlaku dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Kesannya pembangunan yang dirancang akan ditangguhkan atau dibatalkan seperti mana penangguhan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang berikutan kekalahan Barisan Nasional kepada Democratic Action Party ( DAP ).

Ideologi politik yang berbeza akan memberi kesan kepada penyaluran atau pengagihan pembangunan. Persamaan ideologi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan memudahkan urusan dan proses interaksi antara keduanya. Faktor konflik kuasa akan dapat diatasi dengan merujuk kepada majoriti kuasa yang diperoleh. Bagi kerajaan negeri yang mempunyai ideologi yang berbeza dengan kerajaan pusat akan memberi kesan dari segi perancangan penstrukturan pembangunan yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini akan memberi kesan kepada rakyat negeri tersebut untuk memperoleh nikmat pembangunan seperti mana rakyat negeri lain. Hal ini mungkin akan berlaku di negeri - negeri yang dikuasai parti pembangkang.

Dalam konteks pembinaan modal insan rakyat akan didedahkan dengan pembangunan dari segi pendidikan ilmiah dan pendedahan moraliti yang baik. Penghasilan modal insan yang berkualiti akan memberi kesan kepada perubahan struktur politik yang matang dan mempunyai dasar yang lengkap serta meliputi kepada penstrukturan agenda politik yang kuat. Amalan politik yang matang dan bijak akan memberi kesan kepada pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal yang mantap.

Untuk merencanakan agenda pembangunan negara sesebuah kerajaan bergantung pada ideologi pembangunan yang dirancang seperti mana menurut model kelas Marxist. Menurut model Marxist undang- undang dikeluarkan untuk menjadi kawalan kepada masyarakat umum. Kawalan dan pengaruh ini dilakukan oleh golongan kapitalis iaitu kelompok yang menguasai ekonomi dan mempunyai kekayaan. Golongan kapitalis yang menguasai ekonomi akan menindas golongan miskin dan meminggirkan mereka dari rencana pembangunan. Akibatnya golongan miskin akan bangun menentang kerajaan untuk menuntut keadilan. Situasi ini akan melahirkan golongan pembangkang yang akan menentang setiap dasar-dasar kerajaan.

Monday, August 3, 2009

Demonstrasi jalanan bukan pilihan terbaik

Demonstrasi jalanan bukan satu platform kpd masyarakat Malaysia untuk meluahkan rasa tidak puas hati, ketidakselesaan dan sebagainya. Demonstrasi jalanan telah menyekat peluang untuk individu aKJtau organisasi menjalankan urusan ekonomi dan program sosial...semuanya terpaksa ditangguhkan kerana perbuatan pihak yang tidak betanggungjawab dalam hal ini..... Malaysia mempunyai satu saluran yang jelas dan setiap rakyat mempunyai wakil di Parlimen yang mulia..Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah kemajuan rakyatnya harus berfikiran matang dan bijak menilai sama ada tindakan itu bijak atau tidak....ada lunas undang2 yang akan menjaga setiap hak rakyat untuk bersuara..jadi gunakan saluran yang betul untuk melontarkan rasa ketidakpuasan dan ketidakselesaan itu...jangan jadikan budaya demonstrasi jalanan sebagai satu pendekatan untuk mendapatkan sesuatu..

Sejarah

Andai hari ini kita mencipta sejarah
Biar sejarah itu sebaik sejarah
Biar rentetan sejarah menjadi lingkungan ilmu
Kerna dari ilmu bermulanya falsafah
Dari dari falsafah bermulanya sebuah tamadun
Biar berbicara dengan ilmu jangan rasa jemu
Biar bosan mengamit perasaan
Menghambat keinginan sebuah kejayaan
Demi mengharungi sebuah harapan
Untuk ke puncak kejayaan

Andai hari ini terukir sebuah nama kerana jasa
Biar jasa itu menjadi peniup semangat untuk terus berjasa
Jangan jasa jadi ungkitan tapi biar jadi ikutan
Biar yang manis menghalau kepahitan
Biar kegembiraan memahat kebahagian
Biar usaha menjerat kejayaan
Agar beroleh usaha kemenangan
Kerna kemenangan akan mencipta kemanisan
Kemenangan juga membuah kebahagiaan
Kekuatan akal, fikiran dan usaha ketekunan
nukilan
waris alam
20090803

kuliah hari ke 3

bangun awal pagi....ready utk pergi kelas integriti hari nie.......semangat sikit tajuk dah siap......draft pembentangan pundah siap...group nie mmg cekap la..mujur group ok......klu tak boleh hancur paper nie..........

Keberkesanan Kepimpinan

“ Sikap Pemimpin Cermin Kejayaan Bangsa Bertamadun ”

Kepimpinan adalah satu proses perhubungan antara individu dengan kelompok manusia yang lain. Sebagai pemimpin individu perlu mempunyai jati diri dan keyakinan yang kukuh sebagai asas kepada mekanisme untuk mempengaruhi manusia lain. Kualiti kepimpinan yang ada dalam diri seseorang individu menjadi faktor penarik kepada orang lain untuk mempercayai dirinya sebagai seorang individu yang berkaliber, berintegriti dan mempunyai karisma yang tinggi.
Keteguhan kepimpinan memerlukan satu keberkesanan yang jitu agar proses kepimpinan yang wujud adalah berteraskan kepada realistik dan bukan mengambil kesempatan terhadap individu lain untuk mencapai matlamat seperti mana kata peribahasa Melayu “meneguk di air yang keruh”. Keberkesanan kepimpinan merujuk kepada bagaimana pemimpin mempunyai pengaruh ( kuasa ), maklumat, dan kebenaran kata-kata bagi menyokong tampuk pemerintahan.
Sebagai seorang pemimpin, individu tersebut perlu tahu bagaimana untuk membahagikan hak kepada setiap individu yang berhak menerimanya dan tidak tertumpu pada pihak yang berkepentingan sahaja. Kita dapat lihat bagaimana pemimpin yang gila kuasa mencari populariti dengan membuat janji manis ibarat “menanam tebu di bibir”. Sikap ini menjadikan rakyat bosan dan inginkan perubahan. Perubahan mendadak dalam pilihan raya umum membuktikan bahawa pemimpin boleh kecundang jika menjadikan rakyat sebagai boneka untuk mereka mengaut keuntungan dan kekayaan.
Tuan2 dan puan sekalian, cuba fikirkan kenapa kita perlu kepada pemimpin. Adakan tanpa pemimpin kita akan menjadi bangsa kecundang atau bangsa merempat ?
Pemimpin perlu kerana kita memerlukan individu untuk memimpin dan melaksanakan dasar dan polisi yang memacu kepada kejayaan kita. Cuba kita fikirkan jika bapa kita bukanlah pemimpin dalam rumah tangga, apa akan jadi jika bapa tiada kuasa mendidik, membentuk anak-anaknya. Jika keadaan sedemikian berlaku maka rumah tangga akan pincang. Peranan sebagai pemimpin adalah besar kerana setiap apa yang berlaku dia bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Sebagai individu saya mendapati kepimpinan di Malaysia adalah berada di tahap yang semakin baik, namun pergolakan politik yang berlaku hari ini membuka topeng-topeng wajah pemimpin yang gilakan kuasa. Mereka sudah dikategorikan sebagai menteri, senator bahkan ada yang memegang dua atau tiga jawatan sekali gus namun belum berpuas hati dengan apa yang diperoleh. Perebutan jawatan yang berlaku ini menyebabkan struktur pentadbiran Malaysia menjadi lemah dan mudah diambil kesempatan oleh kuasa asing yang menunggu keruntuhan Malaysia.
Saban hari kita menatap berita tentang pemimpin itu bertanding itu dan ini, tapi adakah dia berfikir masih ada rakyatnya yang hidup bergelap, mandi di telaga, berulang alik di jalan tanah merah, menaiki perahu ke bandar. Bahkan masih ada penduduk yang tidur di pondok buruk umpama reban ayam, makan sekadar mengalas perut, terlantar di kaki lima tanpa pembelaan. Kenapa kelompok ini tidak dibantu. Kalau ada bantuan sekalipun hanyalah sekadar melepaskan tanggungjawab agar tidak diburu stesen TV atau syarikat akhbar bagi menjawab persoalan kebajikan penduduk.
Pemimpin yang dipilih pula hanya sekadar berjanji tanpa tindakan susulan. Sekadar menabur janji kosong kepada rakyat. Kalau bantu sekalipun mesti masuk akhbar sekurang-kurangnya KOSMO ataupun untuk lebih gah di muka depan akhbar Utusan Malaysia. Kalau itu yang dicari lebih baik pemimpin ini turun dari tampuknya. Masih ramai yang layak mengisi jawatan itu. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tahu apa tugasnya, peranannya, dan tanggungjawabnya. Jangan hanya tahu mengisi tembolok sendiri sehingga orang yang dipimpin kelaparan. Biar dikenang dengan jasa……….

INTEGRITI AMALAN KITA

Penjawat awam di Malaysia terikat dengan pelbagai garis panduan dan polisi bagi mewujudkan komuniti penjawat awam yang berintegriti. Integriti penjawat awam ini mencerminkan amalan yangbersih, cekap dan amanah dalam melaksanakan urusan pentadbiran awam. Kealpaan penjawat awam dalam mengamalkan integriti boleh mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan rakyat. Oleh itu, garis panduan yang wujud seperti Etika Penjawat Awam, Tonggak 12 dan sebagainya sebenarnya diadakan untuk melahirkan penjawat awam yang bermaruah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas.......

Sunday, August 2, 2009

Menerjah Samudera Biru

Hari ini hari ketiga kuliah...Pelajar UUM kembali ke kampus dgn tenang selepas masins-masing dalam kekalutan seminggu yang lalu akibat khabar angin tentang kes Influenza H1N1.....semuanya dakyah karut kerana belum ada kes dicatatkan oleh UUM