Sunday, March 21, 2010

Hero Lombok larikan gadis lagi...

Anak dilarikan ke Lombok


Fatimah Mat dan suaminya Azmi Sulaiman menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya Ahzlina (gambar kecil) yang menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya ke Lombok Tengah, Indonesia sejak mac 2008.


MACHANG 21 Mac - Kisah gadis yang sanggup meninggalkan keluarga atau lari dari rumah untuk membuktikan cinta terhadap lelaki Lombok nampaknya masih belum reda.
Setelah menjalani kehidupan yang sukar bersama lelaki pilihan di tempat asing, mereka mula berasa kesal dan merintih agar dibawa pulang.
Terbaru, sepasang suami isteri dari Kampung Bukit Tiu di sini merayu bantuan mana-mana pihak untuk membawa pulang anak sulung mereka Ahzlina Azmi, 22, yang dipercayai berada di Lombok Tengah sejak beberapa tahun lalu.
Fatimah Mat Nor, 62, memberitahu, dia dan suami Azmi Sulaiman, 50, simpati mendengar rayuan anaknya itu setiap kali menghubunginya untuk pulang ke negara ini kerana mendakwa hidup susah di Lombok.
''Hati saya luluh dan sedih setiap kali Ahzlina memberitahu hidup mereka susah dan ingin balik. Buat masa ini, dia dan suami yang dikenali sebagai Salleh bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit di sana.
''Hati saya belas dan meronta-ronta mahu membantu tetapi tidak berdaya kerana ayahnya hanya bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan dan tiga adiknya masih bersekolah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, anak sulung enam adik beradik itu mengikut teman lelakinya ke Lombok tanpa memberitahu keluarga terlebih dahulu.
''Sebelum dia lari ke Lombok, Ahzlina bekerja sebagai kerani di sebuah kilang kayu di Padang Tengku, Pahang. Seorang rakannya memberitahu kami hal tersebut dan saya bergegas ke tempat kerjanya tetapi mendapati Ahzlina telah berhenti dan tidak dapat dikesan.
''Kami membuat laporan polis di sana dan sejak itu Ahzlina tidak pernah balik," katanya.
Sebagai ibu, Fatimah memaafkan perbuatan anaknya itu dan berharap dapat berjumpa bagi melepas rindu sementara dia masih hidup.
Menurutnya, sebelum menghilangkan diri, Ahzlina pernah memberitahunya yang dia mengenali seorang lelaki yang bekerja di kilang berhampiran tetapi sekadar kenalan biasa.
''Hubungan antara Ahzlina dan keluarga amat rapat tetapi tindakannya sanggup meninggalkan keluarga amat mengejutkan kerana sejak bekerja di Pahang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Ahzlina pulang ke sini, sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya.
Selepas empat bulan melarikan diri, katanya, Ahzlina pernah menghubungi salah seorang adiknya memberitahu yang dia berada di Lombok Tengah, Indonesia dan telah berkahwin dengan teman lelakinya itu beberapa hari selepas tiba di sana.
''Dia minta maaf kerana berkahwin tanpa keizinan. Katanya, dia tidak sedar bagaimana boleh bersetuju mengikut teman lelakinya itu ke Lombok," katanya.
Menurut Fatimah, dia difahamkan anaknya sudah mempunyai seorang cahayamata Darwin Darlina Salleh, 2.
Sejak setahun lalu, anaknya itu kerap menghubungi keluarga untuk bertanya khabar selain mengadu kesukaran hidup di sana.
Dia berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk membawa pulang Ahzlina, suami dan anaknya kembali ke pangkuan keluarga.

sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online 22 Mac 2010

Friday, March 19, 2010

Subjek Baru di Sekolah: Pendidikan Seks

Pendedahan pendidikan seks diperingkat sekolah perlu dilaksanakan dengan bijak dan releven dengan tahap umur pelajar yang terlibat bagi mengelakkan wujudnya kesan negatif. Hal ini kerana isu berkaitan seks merupakan perkara sensitif untuk dibicarakan secara umum namun sekiranya sesuai dengan cara dan bentuk pendedahan maka hasilnya adalah baik. Walaubagaimana secara peribadi saya berpendapat, untuk menjadikan pendidikan seks sebagai satu matapelajaran baru merupakan pendekatan yang kurang bijak kerana pada masa kini para pelajar sudah terbeban dengan pelbagai subjek/matapelajaran wajib. 

Pendidikan seks lebih sesuai diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam kerana dengan pendekatan keagamaan maka pendidikan ini lebih relevan dan efektif. Dalam pendekatan agama pendidikan seks yang diajar akan lebih menjurus kepada etika pergaulan, perhubungan antara muhrim dan bukan muhrim, hubungan sosial dan juga interaksi akademik (kelas yang bercampur jantina) dan sebagainya. Perbincangan dalam pendidikan seks ini perlu lebih menjurus kepada batas pergaulan antara bukan muhrim, sentuhan badan berlainan jantina, isu sumbang mahram, batas aurat antara lelaki dan perempuan dan etika pakaian menurut perspektif Islam. Perbincangan seperti ini lebih bermanfaat untuk melahirkan peribadi yang baik dan melahirkan komuniti pelajar yang sentiasa menjaga batas pergaulan agar tidak bebas dan melampaui batas.

Walau dengan apa cara sekali pun bentuk pendedahan pendidikan seks, pendidik yang terlibat perlu bijak menyampaikannya kerana seperti yang kita maklum peringkat insan yang berstatus pelajar minda dan nafsunya ingin mencuba. Perbincangan yang dibuat dalam pendidikan seks perlu lebih ilmiah yakni menggunakan pendekatan agama agar tidak timbul isu pelajar mencuba di rumah mahupun di sekolah. 

Pendidikan seks bukanlah perkara penting yang menjadi keutamaan tetapi menjaga batas pergaulan dan maruah diri sendiri yang lebih perlu diterapkan. Batasan Pergaulan perlu dijaga terutamanya anak gadis agar tidak terlampau bebas.Fesyen berpakaian juga perlu diubah. Janganlah memakai mengikut sesedap rasa atau mencuba fesyen seksi yang mengundang padah. Dan yang paling penting jagalah tangan anda agar tidak bebas di pegang oleh individu bukan muhrim kerana dari tangan ia akan bergerak lebih jauh...mungkin lebih jauh....Dan penghujungnya akan menyaksikan anak luar nikah yang dibuang dalam tong sampah/longkang, dipam dalam mangkuk tandas, dibakar, ditanam dan dimakan binatang...

Sunday, February 28, 2010

Lombok dan Cinta Si Gadis Melayu

Isu lelaki Lombok, Indonesia melarikan gadis-gadis Melayu atau masih dalam kategori kanak-kanak bukan lagi perkara luar biasa di masa ini. Hampir setiap bulan akhbar dan televisyen memaparkan kes kehilangan golongan tersebut. Setiap bulan ada saja si ayah yang menangis, si ibu yang berduka kerana anak telah dilarikan oleh lelaki yang dikatakan mencintai si anak. Merayu lah si ayah supaya anak pulang ke pangkuan, si ibu jatuh sakit dan tidak berselera makan dek kerana mengenangkan perbuatan si anak. Perbuatan melarikan anak-anak gadis atau kanak-kanak perempuan untuk dijadikan isteri ini di katakan satu budaya pahlawan Lombok. Pahlawan kah seseorang lelaki yang melarikan anak-anak gadis dari walinya yang sah? Pahlawankan lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan daripada jagaan ahli keluarganya untuk dijadikan isteri? Hebat sungguh kePAHLAWANAN lelaki Lombok. Lelaki-lelaki durjana ini bijak memilih mangsa. Dari sekecil usia 12 tahun hingga 20-an menjadi mangsa tipu helah lelaki yang dikatakan dicintai sepenuh hati. Mereka langsung tidak berfikir bahawa perbuatan mereka bukan sahaja bleh menghancurkan masa depan sendiri, bahkan mencalarkan maruah keluarga. Malahan dalam kes-kes tertentu ada mangsa-mangsa yang dilarikan ke Lombok ini menjadi mangsa dera dan hamba. Ini  KEBAHAGIAAN yang dicari? Berfikirlah wahai anak-anak gadis...Anda masih muda untuk semua ini...Belajarlah dari kesilapan orang lain...Bukan belajar Melakukan Kesilapan Orang Lain... Kasihanilah ayah dan ibu...



Thursday, February 25, 2010

Kepimpinan Persatuan/Kelab Universiti Perlu Lebih Efektif Dan Kreatif Dalam Pengurusan Persatuan

Sebagai seorang mahasiswa saya mendapati beberapa persatuan dan kelab di universiti ibarat "hidup segan mati tak mahu...Persatuan dan kelab ini ditubuhkan untuk memberi ruang kepada mahasiswa supaya dapat mengasah bakat kepimpinan sebelum berdepan dengan dunia yang sebenar yang lebih mencabar. Justeru itu untuk mengelakkan sesebuah persatuan atau kelab menjadi "mandom" atau hanya wujud pada nama maka kepimpinan yang dipilih untuk menerajui sesebuah persatuan dan kelab perlu mantap, kreatif dan mahir dalam pengurusan untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang walaupun hanya menerajui sebuah kepimpinan yang kecil. Bagi saya secara peribadi saya berpendapat sekiranya seseorang itu mampu menguruskan sesebuah organisasi dengan baik dan berjaya mengatasi sebarang masalah dengan bijaksana individu terbabit memang layak untuk diiktiraf kepimpinannya dan layak dicalonkan kepada kepimpinan atau organisasi yang lebih  tinggi. Kepimpinan persatuan dan kelab yang mantap dan kreatif mampu mengangkat martabat organisasi terbabit di kalangan mahasiswa. Sesebuah persatuan dan kelab di universiti yang bergerak secara aktif akan membuka ruang kepada ahlinya untuk turut sama memberi idea yang bernas dan sama-sama berjuang dalam menjadi kepimpinan organisasi terbabit sebagai contoh yang baik...Saya berpendapat untuk mewujudkan kepimpinan yang baik terdapat beberapa kriteria yang pelu ada dalam diri individu yang ingin menerajui kepimpinan sesebuah organisasi iaitu:
  • Bersedia menerima pendapat ahli persatuan/ kelab
  • Bersedia menguasai pelbagai ilmu atau kemahiran yang bermanfaat untuk organisasi dan diri sendiri
  • Peka terhadap kehendak ahli
  • Berpandangan jauh dan matang dalam membuat keputusan
  • Berfikiran Positif dan sabar serta tenang dalam menghadapi situasi sukar
  • Tahu melakukan kerja dan tidak suka bertangguh.

Maulidur Rasul 1431 Hijrah: Menghidupkan Sunnah Rasulullah

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Kelahiran Rasulullan jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Bersamalah kita semua umat Islam menghayati ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh tawaduk dan insaf serta menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup... Semoga kita semua memperoleh kebaikan di Dunia dan Akhirat....Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah...
________________________________________________________________________________
Bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi’ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.
Maulidur Rasul

Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Rasululllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dimensi Politik: Menuju Budaya Ahli Politik Berilmu, Berintegriti dan Ikhlas Bekerja

  • Istilah politik dikaitkan dengan proses atau perjalanan sesebuah negara, pemerintahan, kepartian dan juga kelakuan ahli politik itu sendiri (Ahmad Atory Hussain, 2002). Secara peribadi saya berpendapat politik ialah proses pembentukan kuasa melalui undi rakyat dan pembahagian kuasa yang wujud dalam masyarakat bagi menjalankan proses membuat keputusan. Ini bermakna politik sangat berkait rapat antara kuasa dan pengaruh dalam mewujudkan sebuah kepimpinan yang baik dalam mewujudkan persekitaran ekonomi yang seimbang serta sentiasa memastikan kesejahteraan, keharmonian serta kebajikan rakyat terpelihara. Pembentukan kuasa melalui politik memerlukan kewujudan institusi yang sah serta berfungsi dengan berkesan secara keseluruhannya kerana ia melibatkan pentadbiran dasar-dasar kerajaan dan pembentukan rancangan pembangunan negara. Menurut Ismail Ishak et al. (2008), politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara (state building) dan negara bangsa (nation state). Menurut Rahimah Abduk Aziz, (2008), politik melibatkan hubungan antara negara dan rakyat kerana ia melibatkan penggunaan kuasa dan bergantung pada kerjasama serta persetujuan rakyat yang menjadi sasaran.

  • Oleh itu dalam pembangunan politik yang cemerlang dan matang perubahan besar perlu dilakukan dalam aspek politik negara bagi mewujudkan komuniti ahli politik yang berkredibiliti, berintegriti dan mempunyai misi masa depan bagi menerokai kejayaan kepada negara, bangsa dan agama. Saya sangat bersetuju dengan pendapat dan cadangan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah, Timb.Menteri Pengajian Tinggi dalam bukunya iaitu ' Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Beliau telah  membuka lembaran baru dalam dunia politik dengan mencadangkan satu idealisme politik yang mementingkan ilmu tentang pemerintahan. Menurut beliau dalam buku tersebut, ahli politik seharusnya kaya dengan idealisme politik dan memiliki kepakaran atau kemahiran dalam sesuatu bidang iaitu sesuatu yang akan memberikan nilai tambah dalam partisipasi politiknya dan juga kepada rakyat.
  • Menurut Datuk Saifuddin lagi untuk merealisasikan suatu idealisme politik yang matang ialah dengan menghayati Konsep Intergriti Politik. Konsep integriti politik ini ialah politik ilmu bukan politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi. Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan konsep. Konsep ini mampu membentuk komuniti ahli politik yang bijaksana dan sentiasa melakukan sesuatu yang bermanfaat serta sentiasa mencari sesuatu yang baru atau dalam bahasa mudahnya meng"UPDATE" pengetahuan dan kemahiran agar kepimpinan sentiasa cemerlang.

  • Ketiga-tiga konsep ini merupakan satu formula yang perlu diterapkan dalam diri setiap ahli politk agar gejala cantas mencantas, politik wang, fitnah, kronisme dan sebagainya dapat dihapuskan dari gelanggang politik Malaysia. Budaya atau suasana politik yang menitikberatkan nilai ilmu serta mementingkan kepakaran setiap ahli politik akan membuka lembaran baru dalam politik negara. Politik negara akan lebih tenang dan tenteram tanpa sebarang rusuhan, demonstrasi, pergaduhan, fitnah dan saling menyalahkan.

  • Ahli politik perlu sedar bahawa mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat yang memilih mereka untuk berada dalam komuniti kepimpinan. Jadi harapan dan kehendak rakyat ialah melihat satu perubahan dalam pemerintahan yang lebih adil, saksama, mementingkan rakyat dan peka pada setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat yang berbilang kaum.

  • Perubahan dalam politik akan memantangkan demokrasi di Malaysia,kepimpinan akan lebih cemerlang serta tiada lagi budaya negatif di Parlimen. Politik Malaysia memerlukan ahli politik yang berilmu dan bukan seorang yang suka merapu sehingga menjejaskan pentadbiran negara. Politik Malaysia perlu membuka ruang kepada gologan cendekiawan yang betul-betul ikhlas dalam perjuangan politik bagi memastikan kelansungan kemajuan dan pembangunan negara berterusan. 

Rujukan

  1. Rahimah Abdul Aziz. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 
  2. Ahmad Atory Hussain. (2002). Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
  3. Ismail Ishak et al. (2008). Hubungan Etnik: Konsep dan Amalannya di Malaysia. Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  4. Saifuddin Abdullah. (2008). Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Tuesday, February 23, 2010

Sekitar Aktiviti Luar Kampus JPAM UUM 2009

 
Sarjan Nawawi memberi penerangan mengenai cara mengikat mangsa pada pengusung penyelamat dengan betul sambil diperhatikan oleh Sarjan Ali dan peserta KLK.

 
 
hati2 ikat bro..karang jatuh budak tue...
 
woit dengar sini aku nak bagi arahan....yang ampa dok goyang2 tangan apa pasal....
 
latihan operasi menyelamat....woit nak ke mana tue?...cepatla baring...lari pulak...



woit hati2 sikit...lemas aku karang...dah la kena ikat mcm gini..



woit sembur air betul2 la....

  
begini ya kalau nak memasak puan2...tengok betul2...


 PT pagi...rutin harian nie..buat betul2 jangan curi tulang...


sekarang kita belajar kawad lak...baris....barisss....sedia...