Saturday, October 10, 2009

AH LONG MUSUH NEGARA: MENGANCAM KEHARMONIAN KELUARGA

Padah berhutang ah long

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Akibat tidak mampu membayar hutang ah long, sepasang kekasih dipaksa ke Beirut, Lebanon, untuk membeli barangan berharga dengan menggunakan kad kredit palsu sebagai syarat untuk melangsaikan hutang mereka.
Mangsa, S. T. Teng dan teman lelakinya yang berusia 24 tahun bagaimanapun tidak bernasib baik apabila ditangkap ketika cuba membeli seutas jam Rolex berharga USD4,000 (RM12,000) pada 30 September lalu.
Berikutan itu, mereka yang bekerja sebagai deejay dan pelayan kelab malam ditahan polis negara itu dan dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Ibu Teng, C. E. Tay yang ditemui di Wisma MCA di sini hari ini berkata, dia mendapat tahu kejadian tersebut setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya pada 1 Oktober lalu.
Dia yang bimbang dengan nasib menimpa anaknya itu kemudian meminta bantuan Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, keesokan harinya.
''Dalam SMS itu, Teng merayu agar saya menyediakan RM15,000 untuk membiayai yuran guamannya.
''Pada mulanya, dia memberitahu dia pergi bercuti ke Bangkok, Thailand, malah saya sempat ingatkan dia supaya berhati-hati. Jadi saya amat terkejut apabila mendapat tahu dia ditahan di Lebanon,'' kata suri rumah berusia 41 tahun itu.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong yang turut hadir, berjanji akan berusaha membantu Teng dan teman lelakinya.
''Ketika ditemui pegawai Kedutaan Malaysia di negara itu, mereka mendedahkan bahawa ah long yang mengarahkan mereka berbuat demikian untuk melangsaikan hutang.
''Walau apa sekali pun, saya ingin ingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan jenayah di luar negara,'' katanya lagi.
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong bimbang terhadap trend ah long memaksa peminjam melakukan jenayah sebagai syarat melangsaikan hutang mereka.
''Selain kes hari ini, pada Januari 2007, terdapat dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menyeludup dadah jenis ketamin di Taiwan,'' ujar beliau.

(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia, 10 Oktober 2009)

Friday, October 9, 2009

Jenayah Samun

3 suspek samun diberkas

JOHOR BAHRU 7 Okt. - Tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di bandar ini berjaya ditahan di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada 30 September lalu.
Polis turut merampas dua pucuk pistol renjatan elektrik, tiga pucuk pistol tiruan, sebilah parang panjang, dua nombor pendaftaran PDW 788 dan dua topeng muka daripada ketiga-tiga suspek.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 24 dan 30 tahun itu ditahan hasil maklumat awam pada pukul 10.25 pagi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bertindak daripada maklumat, polis menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di taman perumahan itu.
"Hasil pemeriksaan menemui senjata-senjata berkenaan. Polis kemudian menahan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, salah seorang suspek lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu merusuh, melakukan khianat dengan api selain disiasat berhubung kes bunuh pada 2006.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes samun dan mereka kini ditahan reman sehingga Isnin ini.
Dalam perkembangan lain, polis menahan dua beradik berusia 27 tahun dan 40 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, dekat sini, kerana memiliki pistol dan peluru.
"Polis menemui sepucuk pistol, satu kelopak peluru dengan enam peluru hidup di dalamnya, empat butir peluru .45 auto, sarung tangan hitam dan sarung pistol.
"Suspek memiliki tujuh kesalahan lampau termasuk kes samun di Bagan Serai, Perak dan dikenakan sekatan di bawah Undang-undang Pencegahan selama dua tahun, manakala kakaknya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua suspek dengan kes-kes samun bersenjata api ke atas kedai emas di sekitar Johor Bahru," katanya.

(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia,08 Oktober 2009)

6 diberkas terlibat 41 kes samun

JOHOR BAHRU 7 Okt. - Selepas terlibat dalam 41 kes samun, kumpulan yang bermaharajalela di bandar ini akhirnya tumpas berikutan penangkapan enam anggotanya di Stulang Laut dan Kangkar Pulai di sini, pada 26 September lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mereka dikesan aktif melakukan jenayah tersebut sejak lapan bulan lalu.
Menurutnya, kejayaan tersebut diperoleh setelah polis menahan dua anggota kumpulan itu berusia 25 dan 37 tahun, pada pukul 3.30 pagi, di Stulang Laut, hasil maklumat awam.
Katanya, polis kemudian berjaya menahan empat lagi suspek di Kangkar Pulai berusia antara 18 dan 29 tahun.
"Dalam tangkapan pertama, polis merampas sebilah parang panjang dan sebuah motosikal curi jenis Modenas Kriss yang dilaporkan hilang di Johor Jaya.
"Tangkapan kedua pula, polis merampas empat bilah parang panjang, sebatang cota, sebilah pisau, sebuah motosikal jenis Honda EX-5, dua buah beg tangan wanita.
"Selain itu, sebuah beg plastik mengandungi pelbagai dokumen milik mangsa ragut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, kesemua senjata yang dirampas itu dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dan ragut di sekitar bandar raya ini.
Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, polis akan terus meningkatkan risikan dan operasi bagi memastikan kegiatan jenayah jalanan seperti samun dan ragut dapat dibanteras secara menyeluruh.
"Kita dapati mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah jalanan kebanyakannya adalah penagih dadah.
"Polis akan melakukan yang terbaik bagi memastikan jenayah jalanan seperti ini dapat diatasi secara menyeluruh sehingga ke akar umbi," tegasnya.

(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia,08 Oktober 2009)


Jenayah samun satu jenayah yang wajar ditangani segera kerana selain mengancam kehilangan harta dari pemilik yang sah, penjenayah ini tidak teragak-agak untuk membunuh mangsa...Pihak polis telah bekerja keras untuk menghapuskan jenayah samun ini disamping jenayah-jenayah lain juga..Kerja kerss pihak polis wajar dhargai dan diberi penghargaan kerana sanggup menyabung nyawa demi keselamatan orang awam...Melalui kerjasama dan maklumat orang awam maka pihak polis berjaya menumpaskan kes-les samun ini dalam kadar segera demi mengurangkan risiko keselamatan kepada orang awam..penjenayah samun in wajar dibanteras segera..Penjenayah ini harus dihuku dengan hukuman yang setimpal dan sepadan dengan jenayah yang dilakukan..Jika perlu pasukan polis harus menembak mati saja penjenayah ini di tempat kejadian...Kaedah ini lebih berkesan dan memudahkan pasukan polis tanpa perlu menumpul bukti untuk mendakwa penjenayah....Ini hanya pendapat peribadi saya sebagai warganegara Malaysia....Kes di atas adalah sebahagian kejayaan pasukan polis dalam menangani kes-kes jenayah..TAHNIAH PDRM....JASAMU KAMI KENANG....

PERSEPSI

Mengikis 'Jahiilah' terhadap Wanita


Islam tidak mendiskriminasi wanita sebaliknya mereka mempunyai peluang yang sama dengan lelaki termasuk dalam bidang pelajaran. Sekadar Gambar hiasan







SEBELUM Islam datang dan disebarkan oleh Rasulullah SAW, kehidupan atau hubungan sosiolisasi manusia tidak seimbang. Sejarah tamadun dunia mencatatkan wujudnya penindasan kaum lelaki terhadap kaum wanita melalui anggapan negatif dan diskriminasi yang menebal dalam kehidupan sosial, budaya dan agama masyarakat ketika itu.
Zaman jahiliah menggambarkan zaman kejatuhan masyarakat Arab, Yahudi, dan penganut agama yang lain sesudahnya. Wanita pernah dianggap sebagai hamba dan harta yang tidak menguntungkan.
Kedudukan wanita tidak terbela dan tidak diberi perlindungan yang sewajarnya. Nilai dan maruah wanita adalah rendah apabila bayi-bayi perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup demi mengelakkan daripada sebuah keluarga itu mendapat malu dan kepapaan di kemudian hari.
Sejarah ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): Adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu. (al-Nahl: 58)
Masyarakat Jahiliah Arab pada ketika itu tidak mempunyai batas-batas ketentuan tentang keutamaan budi, moral, atau agama. Tidak ada aturan tentang soal perkahwinan dan penceraian.
Mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh undang-undang dan adat masyarakat. Penceraian adalah salah satu cara untuk menyeksa wanita.
Contohnya, isteri yang kematian suaminya dipaksa tinggal di bilik kurungan dan dilarang menyentuh sesuatu, tidak boleh memakai harum-haruman sebelum satu tahun dan tidak menerima harta warisan.
Kedatangan Islam mengubah fenomena ini dan mengikis sosiobudaya Jahiliah yang jelas menzalimi kaum wanita.
Intipati ajaran Islam dalam soal ini antara lain: penyamaan taraf wanita sebagai manusia, penyamaan taraf dari segi seks dan, sikap menghormati wanita dan larangan keras mengambil sikap prejudis terhadap mereka. (Rahimin Affandi: Persoalan Gender di dalam Perundangan Islam: 2)
Al-Quran telah menentukan kedudukan yang sewajarnya bagi wanita dan menjamin hak-hak mereka supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.
Apa yang membezakan antara sesama manusia ialah ketakwaan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain".
Bicara Sunnah kali ini akan mengupas dan menolak kepercayaan masyarakat Jahiliah bahawa wanita adalah punca ketidakberuntungan bagi lelaki. Ini kerana tanpa memahami maksud hadis dengan pemahaman yang sebenar akan mengakibatkan sikap berbelah bagi (ambivalen) terhadap maksud sabda baginda SAW.
Sumber Hadis
Al-Imam al-Bukhari mengeluarkan sebuah hadis dalam kitab sahihnya dengan sanad dan matan sebagaimana berikut: Telah berkata Abu al-Yaman telah memberitahu kami, Shuayb memberitahu kami dari al-Zuhri telah berkata: Salim ibn Abdullah memberitahuku bahawa Abdullah ibn Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sumber ketidakberuntungan itu disebabkan tiga hal iaitu kuda, wanita dan rumah." (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Ma Yuzkar Min Shu'm al-Mar'ah, hadis 2703, jil 3 hlm. 1049).
Analisis Sanad
Dari segi riwayat para perawi hadis yang dikemukakan oleh al-Imam al-Bukhari di atas seperti Abu al-Yaman al-Hakam, Shuayb, al-Zuhri, Salim dan Ibn Umar adalah thiqah dan terjamin keaslian mereka dalam meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. (Ibn Hajar: Taqrib al-Tahzib).
Justeru sanad hadis di atas dihukum sebagai sahih.
Selain al-Imam al-Bukhari, hadis di atas turut dikeluarkan oleh beberapa pengeluar hadis (mukharrij) seperti al-Imam Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Nasa'i , Malik, dan Ahmad.
Analisis Teks hadis (Matn al-Hadith) dan Pemahamannya
Matan hadis di atas walaupun datang dengan kepelbagaian bentuk riwayat oleh para perawi dan mukharrij hadis, namun ia tetap menunjukkan atau mempunyai persamaan dengan setiap matn hadis Rasulullah SAW.
Pengertian hadis secara tekstual menunjukkan tidak berlaku pertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan hujah akal. Sebabnya, hadis ini menerangkan amalan praktik masyarakat jahiliah yang suka bertenung nasib dengan menggunakan kuda, wanita dan rumah. Perbezaan matan hadis tentang al-syu'm tidak merubah maksud dan tujuan hadis.
Dalam riwayat Ibn Umar yang lain Baginda SAW ada bersabda: Jika seandainya wujud ketidakberuntungan maka kebarangkaliannya adalah disebabkan wanita, tunggangan dan rumah. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari)
Justeru tidak ada ruang untuk memahami bahawa ketiga-tiga hal di atas sebagai penyebab utama ketidakberuntungan secara mutlak.
Baginda SAW menikahi para wanita, mendirikan rumah sebagai tempat tinggal dan menunggang tunggangan ketika keluar bermusafir.
Dakwaan bahawa wanita merupakan penyebab mutlak ketidakberuntungan tertolak oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim dalam kitab al-Mustadraknya, "...Di antara kebahagiaan seseorang ialah jiran yang soleh, tempat tinggal yang selesa dan tunggangan yang baik". (al-Hakim: al-Mustadrak 4:184)
Ibn Hajar mengatakan Ibn al-Arabi berpendapat, penyebutan tiga hal pada hadis di atas hanyalah adat atau kebiasaan yang berlaku dan bukan penciptaan mereka sebagai pembawa kesialan.
Ibn Qutaybah mengatakan, kaum jahiliah suka membuat ramalan dan bertenung nasib. Hal sedemikian dilarang pada zaman Rasulullah SAW. Namun di kalangan orang jahiliah terdapat mereka yang enggan meninggalkan amalan khurafat tersebut sehingga tiga hal di atas masih wujud dalam kehidupan mereka untuk digunakan dalam amalan menenung nasib. (Ibn Hajar: Fath al-Bari 6: 61)
Tambahan Ibn Hajar, maksud daripada al-shu'm dalam hadis bukan berdasarkan tekstual zahirnya, tetapi maksudnya adalah kebarangkalian ketidaksesuaian ketiga-tiga hal tersebut pada seseorang.
Apabila dikatakan kesialan rumah maka ia bermaksud sempitnya rumah itu atau kejahatan jiran-jirannya. Kesialan perempuan bermaksud kerana ia tidak dapat memiliki anak atau lidahnya yang tajam menyakitkan hati dan keinginannya terhadap perkara-perkara yang meragukan dan tidak berfaedah.
Kesialan kuda bermakna ia tidak dapat digunakan dalam peperangan atau ketidaktaatannya atau berkemungkinan harganya yang mahal. Adapun kesialan pembantu adalah kejelekan akhlaknya dan kecuaiannya terhadap tanggungjawab yang diserahkan kepadanya. (Ibn Hajar: Fath al-Bari 6: 61)
Ketidakberuntungan atau sial kerana tiga hal di atas merupakan hikmah yang diberikan oleh Allah agar manusia melakukan perkara yang lebih baik.
Pendapat yang sama turut diketengahkan oleh Dr. Mohd Baltaji bahawa gambaran yang diceritakan oleh baginda SAW adalah berkenaan dengan perbuatan orang-orang jahiliah.
Justeru perkara-perkara jahiliah terdahulu telah dibatalkan, dan Islam tidak mengenal al-shu'm dan altatayyur. Seorang muslim mestilah bersih daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah terhadap Allah SWT. (Mohd Baltaji: Makanah al-mar'ah fi al-qur'an al-karim wa al-sunnah al-sahihah: 373).
Al-Sheikh Muhammad ibn Salih al-Uthaymin dalam fatwanya mengatakan, "…berkemungkinan sejumlah tempat tinggal, kenderaan, atau isteri dianggap mendatangkan sial atau ketidakberuntungan. Tersirat hikmah Allah SWT menjadikan kesialan itu berpunca dari tiga hal tersebut. Mungkin ia berupa bahaya atau tidak ada manfaat yang diperolehi daripadanya.
"Seandainya seseorang mengalami hal sedemikian maka hendaklah ia menyedari bahawa semuanya terjadi kerana takdir Allah SWT. Tambahan beliau, tasha'um adalah perasaan atau keyakinan akan ditimpa suatu musibah disebabkan oleh sesuatu hal yang dilihat, didengar, atau kerana waktu. Orang jahiliah beranggapan jika melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal maka mereka akan mendapat sial.
"Menurut al-Uthaymin, tasha'um tidak dibolehkan kerana ia akan menumbuhkan sikap buruk sangka kepada Allah, akibatnya pelaku enggan melakukan hal-hal yang sebenarnya akan mendatangkan kebaikan baginya. Segala urusannya dibayangi oleh rasa bimbang dan hal ini hanya akan mendatangkan sikap was-was pada akhirnya menimbulkan penyakit jiwa. Justeru, Rasulullah SAW melarangnya". (al-Uthaymin: Majalah Fatwa: 10-11)
Nabi SAW menjelaskan, dalam Islam tiada sebarang perkara yang membawa ketidakberuntungan sama ada dalam bentuk tasha'um ataupun tafa'ul.
Baginda menggalakkan umatnya memberi nama dengan nama yang baik dan indah serta mengandungi makna kegembiraan, kerana ia akan melahirkan perasaan gembira, keredaan bagi yang mendengarnya. Islam sentiasa memberi amaran untuk merubah nama-nama yang tidak baik kepada nama yang baik.
Sebabnya, ia mempunyai kesan dari segi pendidikan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian seorang muslim dan masyarakat muslim secara umum.

(sumber dipetik daripada Bicara Agama, Utusan Malaysia, 09 Oktober 2009)

Thursday, October 8, 2009

DADAH MUSUH NEGARA

Panduan untuk Ibu Bapa dan ahli masyarakat

Ibu Bapa dan ahli masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada DADAH...
5 sebab remaja dan belia terjebak dengan DADAH:
  1. Merasa telah dewasa
  2. Untuk bersama rakan dan mudah diterima dalam kelompok rakan sebaya
  3. Untuk tenang dan merasa selesa
  4. Untuk mengambil risiko dan memberontak
  5. Untuk memenuhi rasa ingin tahu
Awasi Keluarga Anda dan Sedari dengan Perkara-perkara Berikut:
  • ...Mempunyai rakan yang negatif dan berkelakuan buruk
  • ...tidak menghormati ahli-ahli keluarga, biadap
  • ...Apabila barangan tertentu di dalam rumah hilang
  • ...Menemui bahan-bahan yang aneh di dalam bilik dan pakaian seperti jarum
  • ...Prestasi akademik merosot dan sering ponteng sekolah
  • ...Sering pulang lewat, tidur lewat dan lama
Ibu Bapa perlu menitik beratkan perkara berikut bagi mengelakkan anak remaja dan belia terjebak dengan pengaruh DADAH
  1. Berikan kasih sayang
  2. Mengambil berat
  3. Wujudkan suasana kemesraan keluarga
  4. Mendengar dengan aktif
  5. Tidak ada prasangka
  6. Adil
  7. Menyelesaikan masalah
  8. Hormat
  9. Bercakap benar
  10. Arahan yang jelas dan khusus
Petua mencegah penyalahgunaan DADAH dikalangan anak-anak                                                                       
  1. Mengawasi pergerakan dan pergaulan anak anda
  2. Sering membuat pemeriksaan ke atas barangan anak-anak
  3. Ketahui siapa rakan sebaya anak anda
  4. Meneliti peragai luar biasa anak anda
DADAH adalah bahan berbahaya yang boleh merosakkan kehidupan pengamalnya...Dadah merupakan musuh utama masyarakat dan juga negara...BERSAMA KITA HAPUSKAN DADAH PEMUSNAH KEHARMONIAN NEGARA..

Tuesday, October 6, 2009

Hari Esok

Besok aku, Amir n Hazarul join dalam satu seminar sebagai presenter atau dalam bahasa Melayu, pembentang kertas kerja. Pembentangan ini anjuran kelas Seminar Isu-isu Pentadbiran, UUM COLGIS. Kumpulan aku membentangkan tentang Skop Pertanian iaitu Mempelam Harumanis sebagai Sumber Ekonomi Baru Negeri Perlis. Penat juga buat kertas kerja seminar nie...Tapi hasil kerjasama kwn dan letrure mampu juga kami siapkan tugasan nie..Malam nie berdebar juga hati nak prepare utk esok..Letrure mmg banyak membantu sejak dari awal penyediaan kerta kerja lagi...Terima Kasih banyak2 pd En. Syahril kerana sumbangan buah fikiran dan pendapat..JASAMU DIKENANG....Apa pun aku harap pembentangan ini berjalan sempurna...Ini kali pertama kami terlibat dalam presentation yang besara-besaran mcm nie...Yela Penolong Naib Canselor turun padang melihat hasil kerja anak buah dia..Bukan senang nak jumpa tokoh2 berilmu nie..Cuma time program cam gini ja..Apa pun ALL THE BEST TO MY FRIEND..GOOD LUCK..

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA TEMAN2 YANG AKAN MEMBUAT PEMBENTANGAN ESOK
 
 




Monday, October 5, 2009

Impian Waris Alam





Cantik ker? mesti aar kan..klu tak cantik buat apa aku nak upload kt blog nie..buat semak ruang jer..nie impian 5 tahun dari sekarang....klu bleh dapat kediaman mcm model ini memang best giler aaa...tapi klu rumah biasa pun ok jer..asalkan selesa dan selamat sudah...yang penting takdak hutang kt sekeliling pinggang....klu tak jenuh teman mau bayar daaa...apapun manusia hanya merancang...yang menentukannya ialah Allah S.W.T...manusia perlu merancang kehidupan klu tak bleh terumbang-ambing...mungkin klu tak dapat sesuatu ada tersembunyi hikmah disebaliknya...kerana setiap pilihan ada alasan...dan setiap yang terjadi juga ada alasan...tapi bukan alasan yang dicari tapi apa yang kita pelajar si sebalik setiap yang terjadi...betul tak? Klu asyik mencari alasan manusia takkan maju...apapun aku harap impian ini terlaksana satu hari nanti..klu pun bukan untuk aku mungkin untuk ibu dan ayah dan mungkin jua keluarga....nie entry yang mampu ditulis selepas memerah keringat dan menahan tidur semalaman utk bikin jadual kuliah semester depan..

Sunday, October 4, 2009

Berfikirlah Sejenak

400 penduduk ditelan bumi




SEORANG wanita berjalan di hadapan sebuah masjid yang runtuh di kampung Patamuan di bandar pinggir pantai Padang Pariaman, semalam. – Reuters





JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.
Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.
Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.
Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.
Kira-kira 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.
Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - BERNAMA

(sumber: Utusan Malaysia, 4 Oktober 2009)