Thursday, March 25, 2010

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN UUM


Waris Alam mengucapkan Tahniah kepada semua mahasiswa yang bakal menerima Ijazah Sarjana muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Istiadat Konvokesyen UUM Ke 23. Konvokesyen ini membuktikan bahawa dengan usaha yang bersungguh dan tekad yang tinggi anda mampu mengengam kejayaan yang anda cita-citakan...Selamat Menempuhi Hidup Baru sebagai graduan yang berkarisma, berintegriti, berilmu dan bersahsiah tinggi... Semoga Kejayaan terus mendampingi anda...Selamat Berjaya...Setinggi Tahniah atas kejayaan anda semua....Kejayaan Anda Kebanggaan Kami...UUM: FIRST CHOICE UNIVERSITY....

waris alam: selepas ini giliran aku la pulak....he..he...

Konvokesyen UUM Ke 23: 25 - 29 Mac 2010

Jadual aktiviti  Karnival konvokesyen UUM Ke 23

Kepada yang berkenaan

Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam firman Allah bermaksud:Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32).

JAUHI MAKSIAT.....JAUHI 

PENZINAAN.......JAUHI SUMBANG 

MAHRAM.........ANDA SEDANG DIPERHATIKAN....

p/ s waris alam: pesanan untuk diri sendiri...berkasih dan bercinta hanya apabila anda telah melafazkan aku terima nikahnya......di depan wali dan bersaksikan dua orang saksi....

Monday, March 22, 2010

Utusan Malaysia Kami Prihatin Bela Nasib Bayi Malang

Utusan lancar Kami Prihatin elak bayi dianiaya

KUALA LUMPUR 21 Mac - Gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi, mendorong akhbar Utusan Malaysia dan karyawan tanah air berganding bahu menggerakkan kempen Kami Prihatin.
Projek amal itu bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat tentang gejala-gejala sosial yang menyebabkan berlakunya perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Ia juga bermatlamat mengajak masyarakat tampil membantu mengurangkan kes-kes sebegitu dengan cara menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa melaporkan sebarang perbuatan mendera dan menganiaya kanak-kanak.
Melalui projek itu, satu klip video yang memaparkan lagu dengan lirik bertemakan kasih-sayang dan kesedaran terhadap nasib kanak-kanak yang didera dan diabaikan serta bayi yang dibuang akan dihasilkan.
Komposer terkenal, S. Atan dan penulis lirik yang tidak asing lagi, Habsah Hassan telah bersetuju menyumbangkan idea kreatif mereka secara percuma bagi menghasilkan lagu khas itu.
Sementara itu, beberapa artis tempatan juga menyatakan kesediaan menyumbang tenaga dan suara bagi menjayakan projek amal tersebut.
Menurut Habsah, beliau terpanggil menyokong kempen tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Katanya, media terutama yang mempunyai pengaruh besar seperti Utusan Malaysia mampu bertindak sebagai ejen membangkitkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak dan bayi mempunyai hak untuk hidup bahagia di dunia ini.
"Keadaan yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Memang wajar kita memberi perhatian kepada apa yang berlaku ini," katanya.
Ditanya mengenai ilham lirik yang bakal ditulis, Habsah berkata, beliau akan cuba menyelami suara hati dan perasaan kanak-kanak serta bayi yang menjadi mangsa dera dan penganiayaan orang dewasa.
Katanya, lirik lagu tersebut dijangka siap dalam masa dua tiga hari lagi.
Dalam pada itu, S. Atan yang menggubah lagu bagi kempen tersebut berkata, projek seperti itu sepatutnya sudah lama dianjurkan.
"Saya sememangnya menyokong penuh usaha ini dan bersemangat melakukannya bersama-sama Utusan Malaysia," katanya.
Menurutnya, lagu bagi kempen tersebut yang siap digubah dalam masa dua hari sudahpun diserahkan kepada Habsah untuk digubah liriknya.

Bencana Sosial: Bayi Dibuang Seperti Sampah


Bayi dibuang diselamatkan

IPOH 21 Mac - Tindakan pantas seorang lelaki yang tidak sanggup lagi mendengar kisah menyayat hati tentang kejadian buang bayi, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi perempuan yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di sini semalam.
Ketika ditemui kira-kira pukul 6 petang, bayi yang hanya dibaluti tuala mandi itu agak lemah dan sudah tidak mampu untuk menangis lagi.
Badannya juga kebiru-biruan kerana terlalu sejuk akibat hujan lebat yang turun sebelum itu.
Dia dipercayai berketurunan Melayu atau Indonesia.
Menurut individu yang bertanggungjawab menyelamatkan bayi tersebut, Mohd. Mazran Satar, 32, dia mendapat tahu tentang penemuan bayi itu daripada seorang lelaki India yang bertanyakan di mana balai polis.
"Ketika itu saya berada di pejabat. Sebaik sahaja mengetahui ada bayi dibuang, saya bersama seorang lagi rakan bergegas ke tempat kejadian dan kami terkejut melihat kaki dan tangan bayi itu masih bergerak.
"Tanpa buang masa, saya peluk bayi yang kesejukan itu dan terus membawanya ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Mazran, jarak antara tempat pembuangan sampah itu dengan pejabatnya hanya kira-kira 500 meter.
Dia bersyukur dapat menyelamatkan bayi itu kerana sebelum ini hanya membaca kes pembuangan bayi yang disiarkan di akhbar dan televisyen.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Raimi Goon berkata, bayi seberat 2.8 kilogram itu kini berada dalam keadaan stabil.
''Berdasarkan pemeriksaan lanjut pakar di sini, dia dilahirkan cukup bulan dan dipercayai telah ditinggalkan beberapa jam di kawasan tersebut, '' katanya di sini hari ini.
Raimi turut mengesahkan bahawa bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak hospital, katanya, bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti keturunan bayi tersebut.
Bayi perempuan itu akan ditempatkan di HRPB sehingga mendapat arahan seterusnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online, 22 Mac 2010
____________________________________________________________________________

Kes buang bayi semakin menjadi-jadi...Utusan Malaysia hari ini memaparkan kes seorang bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah namun sempat diselamatkan oleh individu yang prihatin...Bayi malang yang ditemui dalam basah kuyup ini dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan berhati syaitan...Isu buang bayi ini bukan lagi perkara kecil atau hanya isu sempit dalam masyarakat tetapi merupakan bencana sosial yang membunuh sikap dan nilai kemanusiaan pelakunya...Bayi malang yang baru mengenal dunia, yang baru mula mendengar bunyi, baru melihat cahaya ini hanya berupaya menangis telah merasai titisan air hujan namun syukur umurnya masih panjang...Bayi ini berjuang untuk meneruskan kehidupannya dengan izin Maha Pencipta yang mungkin satu hari ini akan menjejak manusia yang membuangnya...
Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita andai kita mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak lengkap dengan ilmu agama yang bukan sahaja akan memberi nikmat kehidupan di Akhirat kelak, bahkan akan membentuk perilaku anak2 yang baik, positif, menjaga maruah dan bertanggungjawab ke atas diri. Anak-anak terutamanya gadis2 tidak kira sama ada yang bertudung litup mahupun tidak langsung memakai tudung terdedah dengan ancaman bencana sosial yang menghakis sifat malu. Aurat bukan sahaj didedahkan menunjukkan paha yang putih bahkan mendedahkan lurah buah dada, malahan ada yang berani sehingga memakai pakaian ketat untuk menunjukkan betapa besar payudaranya... Itu yang berlaku di Bumi Malaysia dan mungkin juga di negara lain...Ini lah punca bertambahnya anak2 luar nikah...yang dibuang, yang dibakar, yang ditanam hidup2, yang dijual...Ini senario yang ada hari ini...terlalu banyak tempat untuk pasangan bernafsu melepaskan hajat...dalam semak, di atas katil hotel, rumah sewa bahkan ada yang lebih berani di dalam kamar asrama...Kononya tanda cinta...INI BUKAN TANDA CINTA TAPI MENCARI NAHAS NAMANYA... 

Waris Alam
UUM Sintok 2010

Sunday, March 21, 2010

Hero Lombok larikan gadis lagi...

Anak dilarikan ke Lombok


Fatimah Mat dan suaminya Azmi Sulaiman menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya Ahzlina (gambar kecil) yang menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya ke Lombok Tengah, Indonesia sejak mac 2008.


MACHANG 21 Mac - Kisah gadis yang sanggup meninggalkan keluarga atau lari dari rumah untuk membuktikan cinta terhadap lelaki Lombok nampaknya masih belum reda.
Setelah menjalani kehidupan yang sukar bersama lelaki pilihan di tempat asing, mereka mula berasa kesal dan merintih agar dibawa pulang.
Terbaru, sepasang suami isteri dari Kampung Bukit Tiu di sini merayu bantuan mana-mana pihak untuk membawa pulang anak sulung mereka Ahzlina Azmi, 22, yang dipercayai berada di Lombok Tengah sejak beberapa tahun lalu.
Fatimah Mat Nor, 62, memberitahu, dia dan suami Azmi Sulaiman, 50, simpati mendengar rayuan anaknya itu setiap kali menghubunginya untuk pulang ke negara ini kerana mendakwa hidup susah di Lombok.
''Hati saya luluh dan sedih setiap kali Ahzlina memberitahu hidup mereka susah dan ingin balik. Buat masa ini, dia dan suami yang dikenali sebagai Salleh bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit di sana.
''Hati saya belas dan meronta-ronta mahu membantu tetapi tidak berdaya kerana ayahnya hanya bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan dan tiga adiknya masih bersekolah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, anak sulung enam adik beradik itu mengikut teman lelakinya ke Lombok tanpa memberitahu keluarga terlebih dahulu.
''Sebelum dia lari ke Lombok, Ahzlina bekerja sebagai kerani di sebuah kilang kayu di Padang Tengku, Pahang. Seorang rakannya memberitahu kami hal tersebut dan saya bergegas ke tempat kerjanya tetapi mendapati Ahzlina telah berhenti dan tidak dapat dikesan.
''Kami membuat laporan polis di sana dan sejak itu Ahzlina tidak pernah balik," katanya.
Sebagai ibu, Fatimah memaafkan perbuatan anaknya itu dan berharap dapat berjumpa bagi melepas rindu sementara dia masih hidup.
Menurutnya, sebelum menghilangkan diri, Ahzlina pernah memberitahunya yang dia mengenali seorang lelaki yang bekerja di kilang berhampiran tetapi sekadar kenalan biasa.
''Hubungan antara Ahzlina dan keluarga amat rapat tetapi tindakannya sanggup meninggalkan keluarga amat mengejutkan kerana sejak bekerja di Pahang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Ahzlina pulang ke sini, sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya.
Selepas empat bulan melarikan diri, katanya, Ahzlina pernah menghubungi salah seorang adiknya memberitahu yang dia berada di Lombok Tengah, Indonesia dan telah berkahwin dengan teman lelakinya itu beberapa hari selepas tiba di sana.
''Dia minta maaf kerana berkahwin tanpa keizinan. Katanya, dia tidak sedar bagaimana boleh bersetuju mengikut teman lelakinya itu ke Lombok," katanya.
Menurut Fatimah, dia difahamkan anaknya sudah mempunyai seorang cahayamata Darwin Darlina Salleh, 2.
Sejak setahun lalu, anaknya itu kerap menghubungi keluarga untuk bertanya khabar selain mengadu kesukaran hidup di sana.
Dia berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk membawa pulang Ahzlina, suami dan anaknya kembali ke pangkuan keluarga.

sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online 22 Mac 2010

Friday, March 19, 2010

Subjek Baru di Sekolah: Pendidikan Seks

Pendedahan pendidikan seks diperingkat sekolah perlu dilaksanakan dengan bijak dan releven dengan tahap umur pelajar yang terlibat bagi mengelakkan wujudnya kesan negatif. Hal ini kerana isu berkaitan seks merupakan perkara sensitif untuk dibicarakan secara umum namun sekiranya sesuai dengan cara dan bentuk pendedahan maka hasilnya adalah baik. Walaubagaimana secara peribadi saya berpendapat, untuk menjadikan pendidikan seks sebagai satu matapelajaran baru merupakan pendekatan yang kurang bijak kerana pada masa kini para pelajar sudah terbeban dengan pelbagai subjek/matapelajaran wajib. 

Pendidikan seks lebih sesuai diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam kerana dengan pendekatan keagamaan maka pendidikan ini lebih relevan dan efektif. Dalam pendekatan agama pendidikan seks yang diajar akan lebih menjurus kepada etika pergaulan, perhubungan antara muhrim dan bukan muhrim, hubungan sosial dan juga interaksi akademik (kelas yang bercampur jantina) dan sebagainya. Perbincangan dalam pendidikan seks ini perlu lebih menjurus kepada batas pergaulan antara bukan muhrim, sentuhan badan berlainan jantina, isu sumbang mahram, batas aurat antara lelaki dan perempuan dan etika pakaian menurut perspektif Islam. Perbincangan seperti ini lebih bermanfaat untuk melahirkan peribadi yang baik dan melahirkan komuniti pelajar yang sentiasa menjaga batas pergaulan agar tidak bebas dan melampaui batas.

Walau dengan apa cara sekali pun bentuk pendedahan pendidikan seks, pendidik yang terlibat perlu bijak menyampaikannya kerana seperti yang kita maklum peringkat insan yang berstatus pelajar minda dan nafsunya ingin mencuba. Perbincangan yang dibuat dalam pendidikan seks perlu lebih ilmiah yakni menggunakan pendekatan agama agar tidak timbul isu pelajar mencuba di rumah mahupun di sekolah. 

Pendidikan seks bukanlah perkara penting yang menjadi keutamaan tetapi menjaga batas pergaulan dan maruah diri sendiri yang lebih perlu diterapkan. Batasan Pergaulan perlu dijaga terutamanya anak gadis agar tidak terlampau bebas.Fesyen berpakaian juga perlu diubah. Janganlah memakai mengikut sesedap rasa atau mencuba fesyen seksi yang mengundang padah. Dan yang paling penting jagalah tangan anda agar tidak bebas di pegang oleh individu bukan muhrim kerana dari tangan ia akan bergerak lebih jauh...mungkin lebih jauh....Dan penghujungnya akan menyaksikan anak luar nikah yang dibuang dalam tong sampah/longkang, dipam dalam mangkuk tandas, dibakar, ditanam dan dimakan binatang...