Juangkan Kebenaran Walaupun Pahit...Kerana Yang Pahit itu Ubat Yang Mujarab...
"HIDUP INI SATU PERLUMBAAN", Siapa yang pantas merebutnya dengan jalan yang diredhai Allah S.W.T. akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...
created by Waris Alam 2009 at http://armadadiraja.blogspot.com
Dulu kalau nak hantar berita tulis surat, ikat kat kaki merpati, pastu lepas terbang kt destinasi, La ni pakai pos laju la antar dengan van kalau tak pun dengan kapal terbang...
Dulu kalau nak tanya khabar tulis surat, pastu pi pos, empat lima hari belum tentu sampai lagi, Tapi sekarang guna sms ja, kalau tidak pun email pun boleh...
Dulu kalau nak berjumpa kena keluar pi pekan , kalau tak pun jumpa kat kedai kopi hujung kampung, La ni nk jumpa mai tekan2 ja guna 3G, suara ada gambar pun ada...
Dulu kalau nak dengar suara guna public phone, paling beruntung kalau orang tu ada telefon kat rumah, Tapi la ni handset kat tangan, Dok tang mana pun boleh bercakap janji ada line Celcom, Maxis dan Digi...
Dulu nak sambung belajar kena tunggu posmen antar surat, La ni chek ja guna website KPT, mau tak pun send sms, tunggu sesaat dua dah tau jawapan...
Dulu mohon kerja kena pi naik turun pejabat, La ni tak susah mohon ja guna online, Silap2 esok lusa dah dapat panggilan temuduga...
Dulu kita baca surat khabar ja, kemarin punya cerita hari nie baru dapat tau, La nie surat khabar online, blog pendek kata macam2 ada, taip saja apa nak baca, semua ada...
Dulu tengok tv hitam putih, pastu tukar tv warna, La ni bukan tv skrin tampal kat dinding ja, laptop pun melambak, nak yang besar pun ada yang kecik pun ada...
Dulu kalau nak dengar kuliah agama kena pi surau takpun masjid, La nie dah ada dalam bentuk cd, mp3 pun ada gua cakap lu....
inilah bezanya dulu dan kini...Masa berubah, teknologi juga berubah untuk memudahkan kehidupan manusia, yang jauh menjadi dekat, yang dekat menjadi rapat dan yang rapat menjadi mesra, silatrurahim semakin erat, ilmu semakin mudah di dapati asalkan ada usaha dan tekad yang kuat...Apapun setiap manusia diberi akal untuk menilai yang terbaik bagi manfaat diri...Jangan tersilap memilih...Andai tersilap cepat2 lah kita kembali ke pangkal jalan...Dulu dan Kini berbeza tapi akal budaya manusia harus dipelihara...
Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.
Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.
"MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
"Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.
"Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.
"Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," katanya.
Sehubungan ini, katanya, laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.
"Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.
"Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara," tambahnya.
Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan.
Najib berkata, sebagai contoh, kerajaan akan mewujudkan proses tender yang telus dengan peraturan jelas bagi golongan bumiputera Melayu dan pribumi lain.
Katanya, secara praktiknya, pendekatan itu bermakna sokongan kepada bumiputera akan dipertingkatkan dan dilakukan berdasarkan kepada keperluan, bukannya mengikut bangsa.
Mengenai usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi, beliau berkata, keadaan itu akan juga memberi kesan kepada upah pekerja yang lebih tinggi di dalam ekonomi.
Katanya, pertumbuhan itu bukan sahaja daripada segi modal, tetapi juga produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual.
"Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, inovasi dan kreativiti, serta peningkatan kecekapan adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta," katanya.
Beliau menambah, pelaburan dan persaingan pasaran untuk mendapatkan bakat terbaik juga akhirnya akan mewujudkan suasana pembayaran upah yang tinggi.
Najib juga menegaskan, dalam memberikan rakyat kehidupan berkualiti, MEB mesti bertunjangkan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi mapan yang mengambil kira kesan ke atas persekitaran dan sumber asli.
"Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang," katanya.
_______________________________________________________________________
Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik jayakan MEB
KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:
Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
Memperkukuhkan sektor awam;
Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
Meningkatkan sumber pertumbuhan;
Memastikan pertumbuhan yang mapan.
Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.
''Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.
''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.
Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.
Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).
''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.
Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.
Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.
''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.
''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.
KUALA LUMPUR 30 Mac - Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merancakkan lagi kemasukan pelaburan pelabur-pelabur asing ke negara ini.
Penasihat Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), Datuk Jamelah A. Bakar berkata, langkah itu juga dilaksanakan tepat pada masanya bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap situasi ekonomi negara.
"Kita percaya dengan langkah mewujudkan MEB ini juga ia akan berupaya merancakkan lagi pasaran saham yang telah muram sejak selepas pilihan raya umum lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan intipati MEB antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenar melabur lebih banyak lagi di dalam aset di seberang laut.
Melalui MEB juga, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan untuk membolehkannya berfungsi dengan lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.
Jamelah berkata, melalui pelaksanaan MEB juga, sebarang langkah yang dibuat kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah amat baik.
Namun katanya, pada masa sama, rakyat tempatan haruslah diasuh untuk mengambil alih tempat pekerja asing dengan gaji yang dibayar juga perlulah bersesuaian dan tinggi bagi menarik minat mereka.
"Kita yakin apa juga yang telah dibentangkan Perdana Menteri pada MEB sememangnya bertujuan membawa rakyat dan negara ke satu tahap ekonomi yang lebih tinggi pada masa depan.
"Namun segalanya bergantung kepada pelaksanaan yang baik dan berkesan seperti kerenah birokrasi terutama dalam membawa pelabur asing masuk," katanya.
Sumber berita dipetik daripada Utusan Malaysia Online bertarikh 31 Mac 2010, www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Mac - Punca sebenar nahas pesawat Pilatus PC7 MKII milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meragut nyawa juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof semalam bakal diketahui kira-kira empat minggu lagi.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, tempoh itu diperlukan kerana terdapat kemungkinan beberapa komponen pesawat itu yang perlu dihantar ke Switzerland dan Amerika Syarikat untuk dianalisis.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya telah menubuhkan lembaga siasatan yang terdiri daripada kalangan pegawai terbaik diketuai Kolonel Lau Ing Hiong dari Pejabat Inspektorat Jeneral TUDM.
"Komponen berkenaan termasuk kotak hitam akan dihantar ke Switzerland iaitu negara pengeluar pesawat terbabit. Switzerland pula mungkin akan menghantar kotak hitam ke Amerika Syarikat kerana ia dikeluarkan negara berkenaan dan cuma boleh dianalisis di sana.
"Amerika Syarikat seterusnya akan memberi hasil analisis mereka kepada TUDM untuk diperhalusi. Hanya selepas itu, kita akan dapat mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan upacara penyerahan pesawat C130H-30 pasukan Pemeriksaan Struktur (ST) 12 TUDM kepada No. 20 Skuadron di Pangkalan TUDM di sini hari ini.
Dalam kejadian berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah semalam, Muhammed Zulrihan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan maut setelah pesawat yang dipandunya secara solo terhempas ketika melakukan latihan.
Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 11 September lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.
Mengulas mengenai pesawat berkenaan, Rodzali memberitahu TUDM tidak bercadang untuk menukarkannya dengan pesawat lain kerana ia merupakan antara pesawat latihan terbaik di dunia.
Malah, katanya, TUDM bercadang untuk membeli 14 lagi pesawat tersebut di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) termasuk dua yang diperlukan bagi menggantikan pesawat yang terhempas itu.
"Sebelum ini, kita memiliki 18 pesawat jenis itu tetapi kini sudah tinggal 16. Ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan latihan. Kita bercadang untuk beli lagi 12 dan tambah lagi dua untuk menggantikan dua yang terhempas," ujarnya.
Sementara itu, beliau turut tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan terhadap struktur organisasi Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar ekoran dua kejadian pesawat terhempas itu.
"Itu yang utama saya akan cuba laksanakan serta-merta setelah mendapat kelulusan dari Majlis Angkatan Tentera yang akan meneliti sama ada mereka yang berada di KTU itu telah menjalankan perkara-perkara asas," katanya.
sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online, www.utusan.com.my, 27 Mac 2010
Bahagian sebelah tangan mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Mac - Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.
Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama.
Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.
Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.
Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.
Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.
Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.
Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.
Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.
Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.
Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.
Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.
Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.
Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.
Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.
"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.
Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online, www.utusan.com.my, 27 Mac 2010
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota polis sebagai dorongan untuk mereka memberikan perkhidmatan terbaik.
Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat beliau ketika merasmikan sambutan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.
Insentif berkenaan ialah:
Elaun bulanan RM200 kepada 33,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas am.
Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun. Kedua-duanya berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Kerajaan mencadangkan balai-balai yang cemerlang dan terbaik diberikan penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.
Mengumumkan perkara itu hari ini, Najib berkata pemberian elaun itu akan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM84 juta setahun.
Melalui pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun perkhidmatan, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun, katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
“Inisiatif penambahbaikan ini akan melibatkan lebih 52,000 anggota lain-lain pangkat,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Najib dalam ucapannya turut mencadangkan supaya balai polis yang cemerlang diberikan penghargaan khas berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka.
“Apa yang diberikan hari ini sebagai menunjukkan sokongan dan dorongan kerajaan atas jasa anggota polis yang bertugas demi bangsa dan negara,” katanya.
Selain itu, Najib turut menekankan tiga nilai utama iaitu integriti, keberkesanan dan keberhasilan yang perlu dipegang oleh seluruh warga PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat terutama untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan selamat.
Tiga nilai itu penting terutama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah yang menjadi satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
“Mengurangkan jenayah merupakan satu misi nasional yang menjadi agenda penting kerajaan. Tugas tersebut bukan sahaja menjadi tanggungjawab polis tetapi juga Menteri Dalam Negeri serta saya sendiri sebagai ketua kerajaan yang turut bertanggungjawab kepada rakyat untuk menjayakan matlamat ini,” katanya. Najib berkata sejak NKRA diumumkan tahun lepas dengan mensasarkan penurunan kadar jenayah sebanyak lima peratus menjelang tahun 2010, ia mula menunjukkan tanda positif apabila dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, ia turun sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata permulaan ini memberi petanda serta dorongan yang baik bagi meneruskan momentum untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI). “Jika nak berjaya perangi jenayah perlu tentukan kekuatan dalam semua aspek bukan sahaja anggota dan tiga nilai yang dinyatakan tetapi juga kemahiran-kemahiran baru seperti teknologi, alat komunikasi terbaik serta dalam semua aspek,” katanya. Perdana Menteri memberi contoh balai polis bergerak yang ada perlu mempunyai kelengkapan alat komunikasi lebih efisyen agar para anggota di balai mudah berhubung dan mengambil tindakan secepat mungkin sekiranya kejadian jenayah berlaku. — Bernama
Pengiktirafan terhadap polis
Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
dan TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my
Najib Tun Razak menyempurnakan upacara pelancaran Pelan Integriti PDRM sambil diperhatikan oleh Hishammuddin Tun Hussein dan Musa Hassan sewaktu sambutan ulang tahun Hari Polis ke-203 di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR 25 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan sebanyak RM200 kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas-tugas am di seluruh negara, berkuatkuasa serta merta.
Imbuhan sempena ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 yang disambut hari ini itu melibatkan peruntukan sebanyak RM84 juta setahun kepada lebih 33,000 anggota lain-lain pangkat.
Anggota tugas-tugas am adalah mereka yang menjalankan pelbagai jenis tugas di ibu pejabat polis daerah, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Antara tugasan mereka ialah berurusan dengan orang ramai di kaunter pertanyaan, menjaga lokap, mengadakan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan bertugas dan mengawasi sesuatu acara di kawasan mereka.
Perdana Menteri pada masa yang sama turut mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meminda Pekeliling Perkhidmatan 2009 sekali gus membolehkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan atau time-based terhadap seramai 52,000 anggota PDRM pangkat konstabel, lans koperal dan koperal.
“Berikutan pindaan ini, mereka yang berpangkat konstabel akan dinaikkan pangkat sebagai lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala kenaikan pangkat lans koperal ke koperal selepas lima tahun.
“Selain itu, balai-balai polis yang cemerlang dan terbaik akan diberi penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi baik yang ditunjukkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan kedua-dua timbalan beliau, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, timbalannya, Tan Sri Ismail Omar serta pegawai-pegawai atasan PDRM.
Pengumuman Perdana Menteri ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan untuk semua anggota PDRM berpangkat konstabel hingga koperal yang turut melaksanakan tugas mereka mengawal keselamatan negara.
Hishammuddin pada 20 Mac lalu memberitahu, Perdana Menteri akan mengumumkan penyelarasan gaji anggota lain-lain pangkat sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis kali ini.
Sebelum ini, pada awal Februari lalu, kerajaan mengumumkan skim gaji dan elaun baru anggota polis berpangkat sarjan ke atas.
Sementara itu, menurut Najib, kerajaan memberi jaminan akan terus menyokong PDRM dan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan misi mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
“Apabila usaha menurunkan kadar jenayah menjadi misi nasional, ia adalah agenda kerajaan termasuk polis, menteri dan saya selaku Perdana Menteri turut bertanggungjawab memastikan ia berjaya.
“Jika usaha ini gagal, saya akan turut menanggung bebannya. Namun, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu pilihan kerana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu berjuang untuk menjayakan usaha ini,” tegas Perdana Menteri.
Beliau pada masa yang sama turut melahirkan rasa bangga apabila PDRM berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 13 peratus di seluruh negara sepanjang Januari dan Februari ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Malah, kata Najib, kerajaan yakin PDRM akan membantu menurunkan kadar jenayah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu keseluruhan sebanyak 5 peratus dan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun 2010.
Menurut Perdana Menteri, cabaran yang dihadapi oleh PDRM kini semakin besar kerana perubahan persekitaran dan jangkaan rakyat selain arus permodenan.
Namun, bagi beliau, jika setiap anggota dan pegawai PDRM mengamalkan tiga nilai utama iaitu kesetiaan berdasarkan Perlembagaan, integriti serta keberkesanan dan keberhasilan, cabaran itu akan mudah dicapai, khususnya dalam mengurangkan jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan ini.
Elaun RM200 iktiraf jasa polis
Oleh SUFFIAN ABU BAKAR dan TAN MING WAI
jenayah@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pengumuman beberapa insentif baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Polis hari ini sebagai satu pengiktirafan kepada pengorbanan pasukan itu.
Insentif tersebut, katanya, akan menyemarakkan lagi semangat para anggota khususnya lain-lain pangkat untuk berbakti secara ikhlas dan jujur, sesuai dengan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan.
"Selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri, saya berasa amat terharu kerana bersetuju memberikan peruntukan tambahan sebagai ganjaran kepada pegawai dan anggota saya khususnya anggota berpangkat rendah yang bertungkus lumus selama ini menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
"Pengumuman yang membuatkan diri saya terperanjat ialah apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian elaun tambahan RM200 kepada setiap anggota polis untuk tugasan am, satu elaun yang tidak diberi selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perbarisan Perdana sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan sebanyak RM200 kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas-tugas am di seluruh negara dan skim kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan atau 'time-based' bagi anggota berpangkat konstabel, lans koperal dan koperal.
Musa berkata, pengenalan imbuhan-imbuhan baru dalam penyelarasan skim gaji baru yang diumumkan termasuk sebelum ini, diharap mampu menarik minat orang ramai terutamanya golongan bukan Melayu untuk menyertai PDRM.
Menurut beliau, skim-skim baru sedemikian akan memberi nafas baru kepada imej polis dan mengubah persepsi bahawa kerjaya polis tidak lagi menawarkan gaji rendah.
"Kita juga mahu mewujudkan peluang mengembangkan kerjaya kepada pegawai dan anggota polis agar ia memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja lebih keras untuk naik pangkat.
"Kita mahu pastikan mereka tidak kekal di sesuatu pangkat sebaliknya bergerak maju ke ke peringkat yang lebih tinggi," jelas Musa.
Hari Polis disambut penuh bersemangat
KUALA LUMPUR 25 Mac - Ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 yang diraikan hari ini disambut dengan penuh bersemangat di seluruh negara, melibatkan semua peringkat termasuk ibu pejabat polis daerah (IPD) dan kontinjen.
Sambutan utama diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini dengan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Kangar, seramai 72 orang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis negeri atas jasa mereka terhadap pasukan.
Selain itu, seramai 16 anggota, pegawai dan kakitangan awam turut menerima sijil juara disiplin.
Di Ipoh, sambutan kali ini diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof dan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Di Johor Bahru, seramai 11 anggota dari kontinjen negeri menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara.
Sijil tersebut diberikan atas sumbangan mereka menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste bermula 1 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
Selain itu, seramai 103 anggota polis termasuk orang awam menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Johor, manakala Balai Polis Gelang Patah dinobatkan sebagai Balai Polis Contoh.
Di Kuala Terengganu, sambutan Hari Polis diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil.
Di Pulau Pinang, polis negeri menjadikan sambutan Hari Polis untuk menghargai peranan yang dimainkan oleh Persatuan Keluarga Polis (Perkep).
Tujuh pegawai dan masing-masing empat anggota dan kakitangan awam menerima surat penghargaan.
Ciuman tahniah
Shawal Shaari menghadiahkan ciuman tahniah kepada isterinya, Normah Darus yang menerima kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam.
Sambutan Hari Polis ke-203 semalam, bukan sahaja diraikan dengan penuh semangat tetapi memberi makna kepada mereka yang terpilih menerima sijil penghargaan atau kenaikan pangkat.
Bagi Normah Darus, beliau mendapat dua kali kegembiraan apabila bukan sahaja dinaikkan pangkat kepada sarjan tetapi mendapat ciuman tahniah daripada suaminya, Sub Inspektor Shawal Shaari.
Normah antara 38 anggota dan pegawai dari seluruh Perlis yang menerima kenaikan pangkat tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Pasangan bahagia itu telah mendirikan rumah tangga selama 27 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara 21 dan 25 tahun.
Juliana 2 tahun bertugas, kendali 300 kes
Oleh TAN MING WAI
jenayah@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Mac - Sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 hari ini pasti manis dan bermakna buat seorang inspektor wanita muda yang baru menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tiga tahun lalu.
Jika ditolak tempoh setahun yang dihabiskan untuk menjalani latihan asas kepolisan, sebenarnya dia baru saja bertugas selama dua tahun.
Tempoh itu mungkin singkat, namun Juliana Kassim, 29, yang merupakan Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Seremban, Negeri Sembilan, boleh dikatakan seorang pegawai polis wanita yang cukup berkemampuan.
Apa tidaknya, dia telah membuka dan mengendalikan hampir 300 kertas siasatan membabitkan kes-kes dadah dalam tempoh dua tahun.
Berikutan komitmen tinggi itu melayakkan beliau dipilih sebagai Pegawai Penyiasat JSJN Cemerlang yang diterimanya hari ini daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Juliana ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu, dia berpuas hati kerana segala titik peluh yang dicurahkan selama ini berbaloi kerana diiktiraf pucuk pimpinan.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat, beliau ternyata membuat keputusan tepat untuk menyertai PDRM.
"Anugerah ini akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk saya terus gigih menabur bakti kepada pasukan polis," katanya kepada Utusan Malaysia selepas tamat Perbarisan Perdana sempena ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Seorang lagi penerima, Tani Clace Sebastian, detektif Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, pula berasa amat bangga dan terharu kerana menerima anugerah bagi kategori itu daripada pemimpin tertinggi negara.
Dia yang telah berkhidmat selama 33 tahun bersama PDRM, juga merupakan atlet jalan kaki yang pernah mewakili PDRM ke temasya sukan polis antarabangsa dan pernah memenangi beberapa pingat emas, sekali gus mengharumkan nama negara.
"Saya berasa amat bangga dan gembira kerana pertama kali dipilih untuk menerima anugerah kecemerlangan di peringkat Bukit Aman kerana sebelum ini hanya pernah menerima di peringkat kontinjen," ujarnya.
Selain Juliana dan Tani Clace, terdapat seramai 10 lagi pemenang lain untuk pelbagai kategori.
Pada majlis hari ini juga, dua pegawai serta empat anggota dari Bukit Aman, termasuk empat daripada Unit Tindakan Khas (UTK) turut dinaikkan pangkat.
Mereka menerima kenaikan satu pangkat lebih tinggi berbanding pangkat yang dimiliki sebelumnya.
Mereka ialah pemangku Deputi Supritendan (DSP) Mohd. Zaini Mohd. Akhir dari Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan), pemangku DSP Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi - UTK; Sarjan Mohd. Hatta Taha - Cawangan Khas; Sarjan Mejar Nordin Yusoff - UTK; Sarjan Mejar Ramle Harun - UTK; Sarjan Mohd. Tarmizi Husin - UTK.
sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 26 Mac 2010
__________________________________________________________________
Sempena Hari Polis Ke-203: Integriti, profesionalisme PDRM berjaya turunkan indeks jenayah Oleh Hardi Effendi Yaacob hardi@bharian.com.my
2010/03/25
Kerjasama masyarakat perlu pastikan keamanan negara terpelihara
KETUA Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mungkin antara individu terkenal tempatan paling banyak mendapat liputan media sepanjang bulan ini berikutan timbul pelbagai ‘cerita panas’ mengenai diri dan kerjaya kepolisan beliau. Antaranya, desas-desus peletakan jawatan beliau yang dikatakan atas desakan pihak tertentu sekali gus menyaksikan rombakan besar-besaran di Bukit Aman, selain dakwaan berlaku pergeseran antara beliau dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Biarpun sudah berkali-kali Hishammuddin dan Musa menafikan, ia masih menjadi bualan hangat di kalangan pengamal media tempatan dan orang ramai sendiri. Malah ada yang tidak sabar-sabar menunggu kesudahan ‘drama polis’ itu. Namun, apa pun yang berlaku, ia langsung tidak menggugat fokus anak sulung kepada guru agama, Tan Sri Hassan Azahari, itu terhadap tugas pentingnya, termasuk dalam menjayakan usaha menurunkan indeks jenayah di negara ini, selain pembangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini terbukti dengan penurunan indeks jenayah di seluruh negara sebanyak 13.2 peratus sepanjang dua bulan pertama tahun ini, yang dilihat mampu mencapai sasaran penurunan 20 peratus dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Malah, perangkaan menunjukkan penurunan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu itu jelas menggambarkan komitmen tinggi dan semangat juang di kalangan warga kerja PDRM dalam mencapai sasaran ditetapkan kerajaan. Bagi Musa, pencapaian itu lebih dianggap sebagai ‘hadiah istimewa’ pasukan berkenaan kepada kerajaan dan rakyat sempena sambutan Hari Polis Ke-203 hari ini.
“Kali ini agak istimewa sedikit kerana saya baru dimaklumkan indeks jenayah di seluruh negara sepanjang dua pertama tahun ini menunjukkan penurunan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ini jelas membuktikan kemampuan kita mencapai sasaran itu dan mengekalkan kedudukan PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang disegani dengan adanya warga kerja yang kompeten dan berintegriti dalam menjalankan tugas secara adil serta profesional,” katanya.
Beliau yang begitu bersemangat dalam wawancara khas di pejabatnya kelmarin sempena Hari Polis Ke-203, turut memberi jaminan Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) akan diteruskan kesinambungannya, dengan dengan tumpuan kepada keperluan logistik dan sumber manusia.
Menurutnya, pelan yang dilancarkan dua tahun lalu itu amat penting dalam menunaikan janji PDRM kepada masyarakat iaitu mengurangkan kadar jenayah, selain memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
“Ia termasuk penambahan balai polis di seluruh negara, selain jumlah keanggotaan seramai 60,000 untuk tugasan lapangan bagi memastikan kehadiran polis dirasai masyarakat sekali gus mencetuskan rasa gerun kepada penjenayah.
“Seramai 20,000 anggota terbabit dalam tugasan lapangan untuk NKRA dan jumlah itu belum mencukupi. Anggota baru yang kita ambil pun baru 10,000 orang setakat ini. Masih ada banyak kekosongan yang akan diisi dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau menjelaskan masih banyak perancangannya dalam PS5T belum dapat dilaksanakan disebabkan faktor berkaitan, termasuk kekangan ekonomi.
Antaranya, pembelian sistem komunikasi berintegrasi yang dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi PDRM.
Bagaimanapun, perancangan itu diyakininya akan dilaksanakan secara berperingkat pada masa depan kerana keperluan terhadapnya memang ada.
Musa yang kontrak perkhidmatannya selama setahun dijadualkan berakhir 12 September ini turut berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan skim perkhidmatan baru yang mampu meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya kepolisan di negara ini.
Melalui skim baru itu, jawatan inspektor dinaik taraf, manakala sarjan berkelulusan diploma boleh dilantik untuk membantu tugas penyiasatan, sekali gus mengatasi beban tugas menyiasat ditanggung pegawai penyiasat (IO) ketika ini.
“Seorang IO sekarang terpaksa mengendalikan purata 15 kes sebulan hingga mendatangkan beban. Padahal, kajian yang dibuat mendapati nisbah ideal ialah lima kes bagi seorang IO. Kita berterima kasih kerana masalah ini mendapat perhatian kerajaan.
“Ini juga sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan proses siasatan yang sebelum ini dipertikaikan, dengan kelemahan itu turut menyebabkan ada kes terpaksa digugurkan. Dengan pertambahan itu, tugas siasatan akan dibuat secara berkumpulan, bukan lagi secara bersendirian,” katanya.
Tumpuan juga, katanya, turut diberikan kepada pembangunan modal insan melalui program latihan berterusan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan.
“Ini termasuk pendedahan dalam perkara berkaitan hak asasi kemanusiaan. Malaysia sebuah negara demokrasi dan isu hak asasi kemanusiaan ini sentiasa dipandang serius.
“Dengan adanya pendedahan sebegini, kita dapat memastikan setiap tindakan diambil mengikut lunas undang-undang dan diterima masyarakat,” katanya.
Musa turut mengulangi amaran kerasnya tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit dalam kes salah laku dan rasuah.
Katanya, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan kerana boleh menghilangkan kepercayaan dan rasa hormat rakyat pada pasukan.
“Sebagai penguasa undang-undang, isu integriti amatlah penting. Jangan sampai keyakinan rakyat pada kita hilang hanya disebabkan kita tiada integriti.
“Justeru, jangan ada yang salah guna kuasa dan mengambil rasuah. Jika ada yang melakukannya, kita tidak akan bertolak ansur dan hukumannya sama saja dengan orang lain yang melakukan jenayah.
Tiada pegawai dan anggota polis mempunyai kekebalan dari undang-undang negara,” katanya.
Sementara itu, PDRM akan menggunakan pendekatan lebih mesra rakyat dalam melaksanakan tugas harian.
“Kita tidak mahu wujud jurang dengan masyarakat kerana kerjasama mereka amat penting dalam memerangi jenayah. Ini bertepatan dengan slogan pasukan - Tegas, Adil dan Berhemah - yang dilihat mampu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat.
“Jika semua perancangan itu dapat dilaksanakan, maka tercapai hasrat saya melihat sebuah pasukan (polis) yang mantap, yang diimpikan selama ini. Inilah yang saya harapkan dari pegawai dan anggota saya sempena Hari Polis Ke-203,” katanya.
Namun, Musa menegaskan sekiranya perancangan itu memperoleh kejayaan, ia bukan untuk dirinya sebaliknya pasukan, begitu juga rakyat Malaysia.
“Yang penting, keyakinan dan kepercayaan rakyat pada kita mesti ada. Tanpa sokongan masyarakat umum, sudah tentu usaha memerangi jenayah tidak akan berjaya kerana ia adalah tanggungjawab bersama,” katanya.
Minda Pengarang: Institusi PDRM wajar diperkukuh seiring kemajuan negara
2010/03/26
TAHNIAH diucapkan kepada seluruh pegawai dan anggota polis sempena ulang tahun ke-203 penubuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga mereka yang memahami tugas dan pengorbanan anggota keluarga dalam perkhidmatan polis. PDRM membuktikan keupayaannya menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Sepanjang tempoh kewujudannya, PDRM melalui pelbagai kemajuan dan rintangan. Selepas melalui ranjau dan duri, PDRM kini memiliki kemampuan setaraf pasukan polis di negara maju. Dalam aspek tertentu seperti membanteras kegiatan subversif dan menyelesaikan jenayah, PDRM mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tidak dimiliki pasukan lain di mana-mana negara di dunia. Setiap anggota polis menggalas tanggungjawab dengan penuh komitmen, setia dan tidak mengenal tempat atau masa.Pengorbanan dan khidmat anggota PDRM diberi pengiktirafan yang tinggi oleh rakyat. Sewajarnya anggota dan pasukan polis diberi ganjaran yang tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan sambutan Hari Polis Ke-203 di ibu negara semalam, mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota pasukan itu sebagai dorongan untuk memberi khidmat terbaik. Pengumuman elaun bulanan RM200 untuk 33,000 pegawai dan anggota yang menjalankan tugas am itu, adalah pengiktirafan dan pernyataan penghargaan kepada anggota polis. Institusi PDRM sewajarnya diperkukuh seiring dengan kemajuan negara dan pemikiran rakyat. Mereka kini menghadapi pelbagai bentuk jenayah terancang, jenayah siber dan jenayah perdagangan yang kian kompleks. Semua ini memerlukan tindakan untuk memperkasa setiap anggota dengan kemahiran, ilmu dan profesionalisme yang tinggi. Hari ini, usaha mengurangkan kadar jenayah disenaraikan dalam enam perkara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mulai 2010. Untuk mencapainya, integriti keseluruhan anggota polis perlu diperkukuhkan.
Kemahiran dan mempersiapkan dengan kelengkapan canggih mesti dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkhidmat dengan berkesan. Semua tindakan itu membantu meningkatkan persepsi baik awam terhadap keselamatan yang terletak dalam bidang, tanggungjawab serta kemampuan polis. Dalam proses melaksanakan NKRA mengurangkan jenayah, polis disarankan merumus beberapa strategi baru yang sesuai dengan tuntutan masa. Ini termasuk usaha memerangi pengedaran dadah yang sekian lama menjadi musuh utama negara dan rakyat. Selagi masalah dadah tidak diatasi, ia akan mendorong berlakunya jenayah yang lain.
Kita akui, pasukan polis tidak boleh menyelesaikan masalah jenayah seperti dilihat menerusi siri jenayah di televisyen yang mengambil masa hanya dua jam. Gerakan memburu jenayah memerlukan masa panjang, selain kemahiran dan ilmu membanteras kegiatan jenayah secara berkesan. Kita bersyukur kerana pelbagai usaha kini dilakukan untuk membanteras jenayah demi memastikan rakyat hidup aman dan damai.
Sumber Berita Harian Online, 26 Mac 2010
___________________________________________________________________
Lagu Polis
Sedia Berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
[Chorus]
Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan
[Chorus]
Budak-budak pergi sekolah
Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai
[Chorus]
Waktu kita bekerja
Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat
[Chorus]
Bila kebakaran berlaku
Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu
[Chorus]
Lagu: Polis Sedia Berkhidmat
Waris Alam mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Polis Ke 203...Semoga semua warga PDRM terus cemerlang dan gigh menjalankan tugas yang dipikul...Jasa dan bakti warga PDRM menjadikan bumi Malaysia aman tenteram dan selamat....Polis Sedia Berkhidmat... Integriti Amalan Kita...Tegas Adil dan Amanah....Selamat Maju Jaya Warga PDRM...
SINTOK: Perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebuah pesawat jenis Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.
Ia menyebabkan suasana di Stadium UUM ketika majlis yang dirasmikan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan turut dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi gempar berikutan bunyi letupan kuat diikuti asap hitam keluar dari kawasan hutan tempat pesawat itu terhempas.
Suasana majlis perasmian itu menjadi gamat apabila kira-kira 500 hadirin, terutama pelajar menjerit kerana terkejut dengan kemalangan itu.
Dua jentera dengan 14 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengambil masa kira-kira sejam untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa yang ditemui beberapa meter dari pesawat. Selain bomba, operasi turut dibantu pihak TUDM dan UUM.
Mangsa dikatakan maut akibat terhempas selepas dipercayai melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam, manakala separuh dari badan pesawat musnah.
Mayat juruterbang dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Mangsa yang tinggal di Taman Desa Bukit Tinggi Kepala Batas, Alor Setar, berasal dari Kampung Pasir Kasar Sering, Kota Bharu, Kelantan dan sudah berkeluarga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad, ketika di temui di sini, semalam. berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 15 meter dari pesawat dan dipercayai sempat melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam ke dalam hutan.
Saksi kejadian yang juga seorang pelajar, Norhalida Wafi Ramli, 22, berkata beliau pada mulanya tidak menyangka kejadian itu kerana fikir ia adalah sebahagian daripada gimik persembahan.
"Saya nampak pesawat itu melakukan formasi pusingan sebanyak dua kali sebelum menjunam ke dalam hutan.
"Saya sedar ia adalah kemalangan selepas mendengar bunyi letupan sebanyak dua kali diikuti asap tebal hitam," katanya.
Sementara itu, TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan Khas bagi mengenal pasti punca kejadian.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
INFO
Kronologi pesawat Pilatus terhempas
11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.
16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.
27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.
12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.
12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.
12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.
31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.
'Adik beradik pelik pertama kali Zulrihan ajak main PS2'
2010/03/26
KOTA BHARU: Perubahan sikap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, (kanan) yang pertama kali mengajak adik beradiknya bermain permainan komputer (PS2) ketika pulang ke kampung baru-baru ini, terpahat sebagai kenangan terakhir ahli keluarganya.
Muhammad Zulrihan yang juga anak sulung kepada sembilan beradik itu cukup terkenal dengan sikap tegasnya dan tidak pernah bermain PS2 sebelum ini, dikatakan tiba-tiba mengajak adik beradiknya bermain bersama buat pertama kali ketika bertemu pada perkahwinan adik keenamnya, Muhammed Zuhairi, 28.
Adik bongsunya, Muhammed Zulerwan, 18, berkata kenangan bermain PS2 bersama abang sulungnya akan dikenang memandangkan beliau antara adik paling rapat dengan arwah abangnya itu. "Memang pelik sebab dia tidak pernah main PS2 selama ini, tiba-tiba hari itu, dia pula mengajak kami bermain bersama-samanya. Ketika itu, kami tidak menyangka apa-apalah, cuma sekadar berhibur bersama keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Muhammed Zulrihan terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas dalam hutan berhampiran Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani, 38, dan tiga orang anak iaitu Nor Atirah, 11, Mohd Amirul, 7, dan Nor Hidayah, sembilan bulan.
Ayah Allahyarham, Jusoh Yassin, 62, berkata, beliau tidak menyangka panggilan daripada anak keduanya, Muhammed Zuraidi, 38, yang bekerja di Johor Bahru, Johor, membawa khabar sedih kepada keluarganya.
"Ketika dimaklumkan mengenai kemalangan itu, saya kelu dengan kesedihan yang sukar untuk digambarkan.
"Kali terakhir dia pulang ke kampung pada 19 Mac sebelum kembali ke Kedah pada Ahad lalu selepas membantu menguruskan perkahwinan adiknya. Ketika itu dia cuma banyak tersenyum dan tidak banyak bercakap," katanya.
Jenazah Muhammed Zulrihan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Petani di sini, sejurus tiba dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan pesawat Charlie 130.
sumber dipetik dari Berita Harian Online, www.bharian. com, 26 Mac 2010
Detik-detik cemas sebelum pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik TUDM terhempas di Hutan UUM sintok...Pesawat kendalian Mejar TUDM Mohammed Zulhiran Yusof sebelum kejadian tersebut sempat melakukan beberapa aksi akrobatik udara sempena majlis peramian Karnival Konvokesyen UUM Ke 23 di Kampus UUM Sintok
sumber gambar dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 26 Mac 2010.
sumber gambar dipetik daripada Berita Harian Online, www.bharian.com.my, 26 Mac 2010.
Anak bersikap lebih manja sebelum ajal - Bapa
25/03/2010 10:09pm
KOTA BAHARU, 25 Mac — Juruterbang pesawat Pilatus PC-7 Mark II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut setelah pesawatnya terhempas di Sintok, Kedah hari ini, bersikap lebih manja dengan ahli keluarga ketika pulang bercuti di kampungnya di sini sebelum ini.
Bapa kepada Mejar Muhammed Zulrihan iaitu Yusof Yatim, 62, memberitahu anak sulongnya itu kelihatan gembira dan kerap tersenyum sepanjang berada di kampung sehingga Rabu lepas.
"Beberapa hari kami bersamanya, kami nampak kegembiraannya, dia sebenarnya seorang yang tegas dan jarang senyum dengan adik beradik yang lain tetapi sepanjang bersama kami dia lebih mesra,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sering dekat sini hari ini.
Yusof yang juga pesara tentera berkata, anaknya itu juga tidak mahu pulang ke rumahnya di Mulong, meskipun isterinya Wizana Abdul Ghani, 38, dan tiga anak mereka telah pulang.
Allahyarham sebaliknya mahu menghabiskan masa bersama ibu bapa dan adik beradiknya. — Bernama
sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 26 Mac 2010.
sekadar gambar hiasan. Model pesawat yang sama terhempas di Hutan berhampiran Kampus UUM Sintok.
Juruterbang Terbunuh Pesawat TUDM Terhempas Di Hutan Sintok
ALOR SETAR, 25 Mac (Bernama) -- Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis. Juruterbang pesawat itu, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Setar, meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan, pesawat tersebut berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas, dekat Alor Setar pukul 10.03 minit pagi untuk tujuan latihan apabila kejadian itu berlaku. Jenazah Mejar Muhammed Zulrihan ditemui pasukan mencari dan menyelamat TUDM berdekatan pesawat yang terhempas dan dibawa keluar dari hutan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri. Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat, kata kenyataan itu. Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani dan tiga orang anak. Allahyarham menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 dan berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di kolej itu sejak 1 Januari 2008. Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. "Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak serta semua ahli keluarga Allahyarham. "TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu. -- BERNAMA
sumber dipetik daripada www.bernama. com, 25 April 2010
Pesawat Pilatus TUDM Terhempas, Juruterbang Maut
PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dusun dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok awal pagi ini.
Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.
Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.
Sebelum itu, TNC UUM, Prof. Dr. Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.
Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukkan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.
sumber dipetik daripada www.mstar.com.my, 25 April 2010
Waris Alam mengucapkan takziah kepada keluarga Mejar Muhammed Zulhiran Yusof yang kembali kerahmatullah akibat pesawat kendaliannya yang terhempas di Sintok...Semoga rohnya dicucuri rahmat...Jasa dan Pengorbanannya dalam pasukan tentera akan dihargai seluruh rakyat Malaysia dan warga UUM Sintok...
Waris Alam mengucapkan Tahniah kepada semua mahasiswa yang bakal menerima Ijazah Sarjana muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Istiadat Konvokesyen UUM Ke 23. Konvokesyen ini membuktikan bahawa dengan usaha yang bersungguh dan tekad yang tinggi anda mampu mengengam kejayaan yang anda cita-citakan...Selamat Menempuhi Hidup Baru sebagai graduan yang berkarisma, berintegriti, berilmu dan bersahsiah tinggi... Semoga Kejayaan terus mendampingi anda...Selamat Berjaya...Setinggi Tahniah atas kejayaan anda semua....Kejayaan Anda Kebanggaan Kami...UUM: FIRST CHOICE UNIVERSITY....
waris alam: selepas ini giliran aku la pulak....he..he...
Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32).
JAUHI MAKSIAT.....JAUHI
PENZINAAN.......JAUHI SUMBANG
MAHRAM.........ANDA SEDANG DIPERHATIKAN....
p/ s waris alam: pesanan untuk diri sendiri...berkasih dan bercinta hanya apabila anda telah melafazkan aku terima nikahnya......di depan wali dan bersaksikan dua orang saksi....
KUALA LUMPUR 21 Mac - Gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi, mendorong akhbar Utusan Malaysia dan karyawan tanah air berganding bahu menggerakkan kempen Kami Prihatin.
Projek amal itu bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat tentang gejala-gejala sosial yang menyebabkan berlakunya perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Ia juga bermatlamat mengajak masyarakat tampil membantu mengurangkan kes-kes sebegitu dengan cara menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa melaporkan sebarang perbuatan mendera dan menganiaya kanak-kanak.
Melalui projek itu, satu klip video yang memaparkan lagu dengan lirik bertemakan kasih-sayang dan kesedaran terhadap nasib kanak-kanak yang didera dan diabaikan serta bayi yang dibuang akan dihasilkan.
Komposer terkenal, S. Atan dan penulis lirik yang tidak asing lagi, Habsah Hassan telah bersetuju menyumbangkan idea kreatif mereka secara percuma bagi menghasilkan lagu khas itu.
Sementara itu, beberapa artis tempatan juga menyatakan kesediaan menyumbang tenaga dan suara bagi menjayakan projek amal tersebut.
Menurut Habsah, beliau terpanggil menyokong kempen tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Katanya, media terutama yang mempunyai pengaruh besar seperti Utusan Malaysia mampu bertindak sebagai ejen membangkitkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak dan bayi mempunyai hak untuk hidup bahagia di dunia ini.
"Keadaan yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Memang wajar kita memberi perhatian kepada apa yang berlaku ini," katanya.
Ditanya mengenai ilham lirik yang bakal ditulis, Habsah berkata, beliau akan cuba menyelami suara hati dan perasaan kanak-kanak serta bayi yang menjadi mangsa dera dan penganiayaan orang dewasa.
Katanya, lirik lagu tersebut dijangka siap dalam masa dua tiga hari lagi.
Dalam pada itu, S. Atan yang menggubah lagu bagi kempen tersebut berkata, projek seperti itu sepatutnya sudah lama dianjurkan.
"Saya sememangnya menyokong penuh usaha ini dan bersemangat melakukannya bersama-sama Utusan Malaysia," katanya.
Menurutnya, lagu bagi kempen tersebut yang siap digubah dalam masa dua hari sudahpun diserahkan kepada Habsah untuk digubah liriknya.
IPOH 21 Mac - Tindakan pantas seorang lelaki yang tidak sanggup lagi mendengar kisah menyayat hati tentang kejadian buang bayi, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi perempuan yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di sini semalam.
Ketika ditemui kira-kira pukul 6 petang, bayi yang hanya dibaluti tuala mandi itu agak lemah dan sudah tidak mampu untuk menangis lagi.
Badannya juga kebiru-biruan kerana terlalu sejuk akibat hujan lebat yang turun sebelum itu.
Dia dipercayai berketurunan Melayu atau Indonesia.
Menurut individu yang bertanggungjawab menyelamatkan bayi tersebut, Mohd. Mazran Satar, 32, dia mendapat tahu tentang penemuan bayi itu daripada seorang lelaki India yang bertanyakan di mana balai polis.
"Ketika itu saya berada di pejabat. Sebaik sahaja mengetahui ada bayi dibuang, saya bersama seorang lagi rakan bergegas ke tempat kejadian dan kami terkejut melihat kaki dan tangan bayi itu masih bergerak.
"Tanpa buang masa, saya peluk bayi yang kesejukan itu dan terus membawanya ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Mazran, jarak antara tempat pembuangan sampah itu dengan pejabatnya hanya kira-kira 500 meter.
Dia bersyukur dapat menyelamatkan bayi itu kerana sebelum ini hanya membaca kes pembuangan bayi yang disiarkan di akhbar dan televisyen.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Raimi Goon berkata, bayi seberat 2.8 kilogram itu kini berada dalam keadaan stabil.
''Berdasarkan pemeriksaan lanjut pakar di sini, dia dilahirkan cukup bulan dan dipercayai telah ditinggalkan beberapa jam di kawasan tersebut, '' katanya di sini hari ini.
Raimi turut mengesahkan bahawa bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak hospital, katanya, bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti keturunan bayi tersebut.
Bayi perempuan itu akan ditempatkan di HRPB sehingga mendapat arahan seterusnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online, 22 Mac 2010
Kes buang bayi semakin menjadi-jadi...Utusan Malaysia hari ini memaparkan kes seorang bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah namun sempat diselamatkan oleh individu yang prihatin...Bayi malang yang ditemui dalam basah kuyup ini dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan berhati syaitan...Isu buang bayi ini bukan lagi perkara kecil atau hanya isu sempit dalam masyarakat tetapi merupakan bencana sosial yang membunuh sikap dan nilai kemanusiaan pelakunya...Bayi malang yang baru mengenal dunia, yang baru mula mendengar bunyi, baru melihat cahaya ini hanya berupaya menangis telah merasai titisan air hujan namun syukur umurnya masih panjang...Bayi ini berjuang untuk meneruskan kehidupannya dengan izin Maha Pencipta yang mungkin satu hari ini akan menjejak manusia yang membuangnya...
Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita andai kita mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak lengkap dengan ilmu agama yang bukan sahaja akan memberi nikmat kehidupan di Akhirat kelak, bahkan akan membentuk perilaku anak2 yang baik, positif, menjaga maruah dan bertanggungjawab ke atas diri. Anak-anak terutamanya gadis2 tidak kira sama ada yang bertudung litup mahupun tidak langsung memakai tudung terdedah dengan ancaman bencana sosial yang menghakis sifat malu. Aurat bukan sahaj didedahkan menunjukkan paha yang putih bahkan mendedahkan lurah buah dada, malahan ada yang berani sehingga memakai pakaian ketat untuk menunjukkan betapa besar payudaranya... Itu yang berlaku di Bumi Malaysia dan mungkin juga di negara lain...Ini lah punca bertambahnya anak2 luar nikah...yang dibuang, yang dibakar, yang ditanam hidup2, yang dijual...Ini senario yang ada hari ini...terlalu banyak tempat untuk pasangan bernafsu melepaskan hajat...dalam semak, di atas katil hotel, rumah sewa bahkan ada yang lebih berani di dalam kamar asrama...Kononya tanda cinta...INI BUKAN TANDA CINTA TAPI MENCARI NAHAS NAMANYA...
Penulis merupakan pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia dan merupakan pengasas blog Medan Bicara Waris Alam. Blog ini mula diwujudkan pada September 2009 dan merupakan hak milik peribadi penulis. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk penulis meluahkan pendapat, pandangan,sumbang saran, idea dan memaparkan isu-isu semasa yang menjadi pilihan berdasarkan kriteria pemilihan isu yang ditetapkan penulis secara peribadi. Blog ini wujud bukan atas dasar menentang, mengugut, menfitnah,menghasut dan menciplak. segala penerbitan dalam blog ini adalah berstatus peribadi kecuali kenyataan akhbar, artikel dan lain-lain bahan yang telah dinyatakan sumbernya oleh penulis...Sekian Terima Kasih...Waris Alam 2009 (Pengasas Medan Bicara Waris Alam)
Sebelum lidah berbicara berfikirlah dengan akal yang matang dan bijak... Biar miskin harta, Usah miskin budi bahasa....Seseorang itu tidak jatuh maruahnya kerana secebis senyuman ikhlas untuk orang lain....Andai hari ini bermulanya sebuah sejarah kehidupan, Biarlah sejarah itu menjadi sebuah kebanggaan...Biarlah akal matang dan bijak, berbicara dengan hati luhur dan ikhlas.
Waris Alam, Sintok, Malaysia
Waris Alam Holding.
Kata Bermadah Bermaksud, Bernilai untuk Difikirkan
Biar Renggang Difana Dunia, Biar Hina Dimata Manusia, Biar Semangat Semakin Tua, Biar Harta Semakin Tiada, Biar Akal Semakin Berusia, Biar Jauh Kedudukan Kita, Biar jurang Pangkat Kita, Jangan Tergadai Silaturrahim Antara Kita......
Ada ketika mata silap memandang, Telinga silap mendengar, Lidah terlanjur berkata, Fikiran khilaf menafsir, Hati Silap menduga, Namun jangan biar ada sengketa antara kita......
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan budi bahasa, Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa, Walau tangan tak terjabat, Walau mata tak bertentang, Silaturrahim tetap terikat antara kita......
Bila hati berjuang keranaNYA, Dugaan itu tempat bersinggah, Keperitan ditelan sebagai juadah, Kejayaan dianggap satu mimpi indah, Andai ditakdirkan rebah, Hati tetap redha kerana Allah......
Lidah ibarat keris dipersembah kata, Sehalus mata menghunus terluka, Setajam bahasa berpantun bicara, Berseni bermaksud, Bernilai estetikanya, Tak kena berlaga badan binasa...Biar akal berbicara, Biar hati menimbang tara...Kepetahan berkata mempersona hati, kebijaksanaan akal memimpin jiwa......
Waris Alam:Manusia ini terus berada dalam kebaikan selagi mereka tidak dengki mendengki...(HR. at-Tabrani)
Bermulanya Satu Pengembaraan Dimensi Pemikiran Pembangunan...Menerjah Arus Global...Merentas Sempadan Perdana...Mengharungi Badai Kehidupan...Menuju ke Pelabuhan Kebahagian...
Peringatan untuk diriKU !!!!!!!
"Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Surah Al-Ashr Ayat 1-3
________PERSAHABATAN_________ Persahabatan adalah janji yang dilafazkan di dalam hati...Tak bersuara...Tak tertulis...Tak terputus walaupun berjauhan...Tak berubah walaupun masa berlalu...Lahir dari hati yang tulus dan ikhlas...Mengikat silaturrahim antara insan...
Sebaris Pesanan, Sekilas Pandangan...
- Sekadar gambar hiasan- Pandangan mata, sifatnya menipu...Pandangan akal (fikiran) pula boleh keliru...Pandangan nafsu selalu melulu...Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah pandangan MATA HATI............(Dipetik daripada Majalah Solusi: Motivasi dan Fardu Ain,isu no.9)
Welcome to My Blog...Ada kalanya kita akan basah dek air kesusahan dan kesengsaraan...Namun Terik sinar mentari kebahagian akan mengeringkannya...Malah sinar pelangi juga membawa keindahan kehidupan...Harus diingat sinar pelangi muncul akibat biasan cahaya dan air...Hargailah nikmat kehidupan kita...Bersama membina Kegemilangan dan Ketamadunan Bangsa Melayu