Saturday, January 30, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian Akhir...

Sebagai generasi yang sentiasa berjuang menuntut ilmu dan sentiasa menyediakan diri sebagai generasi pelapis kepimpinan negara maka golongan ini perlu diberi peluang sebagai satu kumpulan pemikir dalam meneruskan kelansungan pembangunan negara. Ilmu dan kepakaran yang ada dalam kalangan golongan ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin agar kita tidak ketandusan idea-idea baru. Modal insan berkualiti yang wujud di IPTA dan IPTS negara ini boleh menjadi generasi penerus kepada kejayaan misi Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang dihormati oleh negara-negara lain di dunia serta aplikasi pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia menjadi rujukan kepada negara lain. Universiti sebagai gedung ilmu yang besar wajar memanfaatkan segala kelebihan yang ada di kalangan ahli akademik dan menggunakan secara optimum segala prasana dan kemudahan teknologi untuk meningkatkan lagi kualiti ilmu dan kepakaran. Kesungguhan pengurusan universiti dalam menjayakan sistem pendidikan negara di unversiti akan melahirkan golongan mahasiswa minda kelas pertama dan berdedikasi serta mempunyai kualiti kepimpinan yang berintegriti dalam menjayakan misi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu insitusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar/Mahasiswa perlu lebih kreatif dalam mencernakan idea-idea baru dalam membangunkan komuniti kepimpinan pelajar agar organisasi tersebut menjadi landasan kepada pembangunan generasi pelapis kepimpinan negara. Kualiti kepimpinan juga wajar diterapkan dalam organisasi kepimpinan pelajar serta segala aktiviti yang dirancang perlulah mempunyai nilai tambah untuk melahirkan mahasiswa yang berprestasi tinggi dalam kepimpinan, berdaya saing, berfikiran matang, berpandangan jauh serta kreatif dalam menyuarakan idea-idea baru untuk manfaat seluruh komponen masyarkat di Malaysia....Sekian Terima Kasih...

waris alam said: Selamat meneruskan perjuangan kepimpinan kepada barisan MPP baru universiti seluruh Malaysia...Laksanakan tanggungjawab, amanah dan janji anda dengan penuh dedikasi dan sentiasa menjadikan kebajikan pelajar sebagai teras perjuangan...Janganlah tuan2 dan puan2 terpengaruh dengan dakyah politik luar yang menjadi duri dalam daging sehingga memusnahkan masa depan anda sebagai mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Selamat Berjuang...

Friday, January 29, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian 2

Sebagai golongan bergelar mahasiswa, golongan ini dipandang tinggi dan sentiasa dijadikan contoh oleh masyarakat umum. Golongan mahasiswa perlu bersedia untuk menjadi golongan penggerak utama dalam menjayakan Wawasan 2020. Malaysia mampu merealisasikan impiannya untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 sekiranya kepakaran, kemahiran, pendapat dan pandangan golongan ini diambil kira sebagai pembinaan asas menuju ke arah negara maju. Golongan mahasiswa sentiasa sarat dengan pelbagai pandangan bernas serta pendapat yang membina bagi mencari idea-idea baru dan sentiasa berfikir untuk mencipta kejayaan yang akan melonjak kejayaan Malaysia di mata dunia. Kejayaan demi kejayaan akan dikaut dengan mudah sekiranya golongan ini menjadi antara kumpulan pemikir dan penggerak kepada pembangunan yang mampu memajukan Malaysia dan merubah suasana ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa dan sebagainya ke arah yang lebih baik.

TEMAN

Thursday, January 28, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian pertama...

Pada tahun 1991 bekas PM, Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan satu dasar baru negara iaitu Wawasan 2020 yang mempunyai 9 teras dalam membawa agenda baru pembangunan negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara menjelang tahun 2020. Setiap cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020 ini merupakan teras atau garis panduan dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju. Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dibuat oleh beliau ketika memegang tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri telah membawa suatu perubahan besar kepada agenda pembangunan negara serta menyediakan kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi yakni dunia tanpa sempadan. Dalam konteks mahasiswa pula peranan yang dimainkan oleh gologan ini sangatlah besar kerana golongan ini merupakan generasi yang berada di universiti dan golongan yang sangat aktif menuntut ilmu. Mahasiswa berperanan menjadi barisan hadapan dalam menjayakan dasar dan legasi yang disediakan oleh Tun Dr. Mahahthir dalam menjayakan Wawasan 2020 agar apa yang dirancangkan 20 tahun lalu dapat direalisasikan. Hal ini kerana golongan mahasiswa merupakan satu komuniti yang bergelumang dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang baru dan semasa. Pemikiran golongan ini sangat diterimapakai oleh masyarakat awam dan sering digunakan sebagai sumber rujukan..Sambungan di penulisan yang seterusnya....Jumpa lagi.

Universiti Utara Malaysia: Membina Modal Insan Untuk Malaysia


Character Building (Pembinaan Perwatakan)

Character Building atau pembinaan perwatakan merupakan elemen penting dalam membina modal insan berkualiti. Masa kini kita sering menekankan tentang kesungguhan kepada menuntut ilmu serta kejayaan yang berjaya dicapai oleh seseorang individu terutamanya pelajar, tetapi kita lupa bahawa pembinaan perwatakan sangat penting dalam memastikan ketinggian ilmu tidak menjadi punca kepada keruntuhan prinsip2 kemanusiaan dan integriti individu. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya di Kolokium Pendidikan Negeri Kedah mengatakan bahawa amat penting dalam membentuk perwatakan individu terutamanya pelajar kerana gologan tersebut merupakan generasi pelapis negara dalam menerajui kegemilangan dan kecemerlangan negara. Perwatakan diri yang baik dalam diri setiap individu mampu menjadi benteng kepada perilaku dan amalan negatif. Individu yang mempunyai ilmu tinggi, pakar dalam sesuatu bidan atau lapangan jika gagal dalam membina karakter diri akan menyebabkan dirinya sering tersempit di antara dua jalan yakin baik dan buruk. Penerapan karakter yang positif dalam diri individu akan membolehkannya membuat pertimbangan untuk mengelakkan tindakan negatif menjadi pilihan kerana tindakan yang melawan norma dan undang-undang ini boleh mengundang padah di masa depan. Oleh itu, kita harus menerapkan nilai-nilai positif dan amalan-amalan baik di samping setiap ilmu dan kemahiran yang kita berikan kepada anak-anak. Kekukuhan perwatakan positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti, berintegriti, bersahsiah tinggi dan bermaruah.

Tuesday, January 19, 2010

Demi Masa...

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia...Hari nie merupakan hari ke 19 kita berada di bulan Januari 2010 dan hari nie juga kita sudah berada di hari ketiga bulan Safar...Masa berlalu dengan begitu pantas...Tidak pernah menunggu manusia yang gagal dalam menguruskan masanya dengan aktiviti bermanfaat...Setiap detik berlalu dengan sia-sia tanpa perhitungan yang betul sehingga menyebabkan manusia yang lalai dan alpa dengan kepentingan masa terus tenggelam dalam kerugiaan...Maha Suci Allah yang memberikan setiap manusia masa selama 24 jam satu hari untuk digunakan secara bermanfaat bagi menjalankan urusan dunia dan akhirat...Kita selalu lupa masa tidak pernah berpatah balik tetapi terus berlalu tanpa sebarang alasan....Allah telah berfirman dalam Surah al-Ashr ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"...Dalam Surah tersebut Allah telah menegaskan bahawa manusia yang gagal menguruskan manusia akan berada dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dengan titah perintah Allah S.W.T. yakni melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya...Disamping itu manusia juga diperintahkan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...Aku juga sering lalai dan menggunakan masa dengan baik...Setiap hari masa berlalu begitu saja tanpa aktiviti bermanfaat...Aduhai betapa ruginya masa aku yang berlalu...Mungkin hari ini permulaan untuk aku mengubah diri...Ya ini masanya untuk berubah...Kepada sahabatku di luar sana marilah kita sama-sama berhijrah dari kehidupan yang huru-hara ke kehidupan yang lebih berdisiplin dan tenang demi memperolehi kehidupan yang diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T...Kita belum terlambat untuk berubah pada hari ini, tetapi kita akan terlambat jika tidak berubah pada hari ini...Jangan kita tunggu hari-hari Terakhir kita untuk berubah...Jumpa lagi di entry akan datang...Salam Malaysia...Wassalam




Masa yang pergi tak pernah menunggu manusia...tetapi masa akan terus datang sehingga hari-hari terakhir manusia...masa juga tidak pernah berjanji untuk merugikan manusia...tetapi manusia sendiri yang mengecewakan dirinya...Waris Alam 2010,0756 AM.