Saturday, January 30, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian Akhir...

Sebagai generasi yang sentiasa berjuang menuntut ilmu dan sentiasa menyediakan diri sebagai generasi pelapis kepimpinan negara maka golongan ini perlu diberi peluang sebagai satu kumpulan pemikir dalam meneruskan kelansungan pembangunan negara. Ilmu dan kepakaran yang ada dalam kalangan golongan ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin agar kita tidak ketandusan idea-idea baru. Modal insan berkualiti yang wujud di IPTA dan IPTS negara ini boleh menjadi generasi penerus kepada kejayaan misi Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang dihormati oleh negara-negara lain di dunia serta aplikasi pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia menjadi rujukan kepada negara lain. Universiti sebagai gedung ilmu yang besar wajar memanfaatkan segala kelebihan yang ada di kalangan ahli akademik dan menggunakan secara optimum segala prasana dan kemudahan teknologi untuk meningkatkan lagi kualiti ilmu dan kepakaran. Kesungguhan pengurusan universiti dalam menjayakan sistem pendidikan negara di unversiti akan melahirkan golongan mahasiswa minda kelas pertama dan berdedikasi serta mempunyai kualiti kepimpinan yang berintegriti dalam menjayakan misi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu insitusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar/Mahasiswa perlu lebih kreatif dalam mencernakan idea-idea baru dalam membangunkan komuniti kepimpinan pelajar agar organisasi tersebut menjadi landasan kepada pembangunan generasi pelapis kepimpinan negara. Kualiti kepimpinan juga wajar diterapkan dalam organisasi kepimpinan pelajar serta segala aktiviti yang dirancang perlulah mempunyai nilai tambah untuk melahirkan mahasiswa yang berprestasi tinggi dalam kepimpinan, berdaya saing, berfikiran matang, berpandangan jauh serta kreatif dalam menyuarakan idea-idea baru untuk manfaat seluruh komponen masyarkat di Malaysia....Sekian Terima Kasih...

waris alam said: Selamat meneruskan perjuangan kepimpinan kepada barisan MPP baru universiti seluruh Malaysia...Laksanakan tanggungjawab, amanah dan janji anda dengan penuh dedikasi dan sentiasa menjadikan kebajikan pelajar sebagai teras perjuangan...Janganlah tuan2 dan puan2 terpengaruh dengan dakyah politik luar yang menjadi duri dalam daging sehingga memusnahkan masa depan anda sebagai mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Selamat Berjuang...

Friday, January 29, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian 2

Sebagai golongan bergelar mahasiswa, golongan ini dipandang tinggi dan sentiasa dijadikan contoh oleh masyarakat umum. Golongan mahasiswa perlu bersedia untuk menjadi golongan penggerak utama dalam menjayakan Wawasan 2020. Malaysia mampu merealisasikan impiannya untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 sekiranya kepakaran, kemahiran, pendapat dan pandangan golongan ini diambil kira sebagai pembinaan asas menuju ke arah negara maju. Golongan mahasiswa sentiasa sarat dengan pelbagai pandangan bernas serta pendapat yang membina bagi mencari idea-idea baru dan sentiasa berfikir untuk mencipta kejayaan yang akan melonjak kejayaan Malaysia di mata dunia. Kejayaan demi kejayaan akan dikaut dengan mudah sekiranya golongan ini menjadi antara kumpulan pemikir dan penggerak kepada pembangunan yang mampu memajukan Malaysia dan merubah suasana ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa dan sebagainya ke arah yang lebih baik.

TEMAN

Thursday, January 28, 2010

Wawasan 2020:Peranan Mahasiswa untuk Mengangkat Malaysia sebagai Negara Maju

Bahagian pertama...

Pada tahun 1991 bekas PM, Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan satu dasar baru negara iaitu Wawasan 2020 yang mempunyai 9 teras dalam membawa agenda baru pembangunan negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara menjelang tahun 2020. Setiap cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020 ini merupakan teras atau garis panduan dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju. Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dibuat oleh beliau ketika memegang tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri telah membawa suatu perubahan besar kepada agenda pembangunan negara serta menyediakan kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi yakni dunia tanpa sempadan. Dalam konteks mahasiswa pula peranan yang dimainkan oleh gologan ini sangatlah besar kerana golongan ini merupakan generasi yang berada di universiti dan golongan yang sangat aktif menuntut ilmu. Mahasiswa berperanan menjadi barisan hadapan dalam menjayakan dasar dan legasi yang disediakan oleh Tun Dr. Mahahthir dalam menjayakan Wawasan 2020 agar apa yang dirancangkan 20 tahun lalu dapat direalisasikan. Hal ini kerana golongan mahasiswa merupakan satu komuniti yang bergelumang dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang baru dan semasa. Pemikiran golongan ini sangat diterimapakai oleh masyarakat awam dan sering digunakan sebagai sumber rujukan..Sambungan di penulisan yang seterusnya....Jumpa lagi.

Universiti Utara Malaysia: Membina Modal Insan Untuk Malaysia


Character Building (Pembinaan Perwatakan)

Character Building atau pembinaan perwatakan merupakan elemen penting dalam membina modal insan berkualiti. Masa kini kita sering menekankan tentang kesungguhan kepada menuntut ilmu serta kejayaan yang berjaya dicapai oleh seseorang individu terutamanya pelajar, tetapi kita lupa bahawa pembinaan perwatakan sangat penting dalam memastikan ketinggian ilmu tidak menjadi punca kepada keruntuhan prinsip2 kemanusiaan dan integriti individu. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya di Kolokium Pendidikan Negeri Kedah mengatakan bahawa amat penting dalam membentuk perwatakan individu terutamanya pelajar kerana gologan tersebut merupakan generasi pelapis negara dalam menerajui kegemilangan dan kecemerlangan negara. Perwatakan diri yang baik dalam diri setiap individu mampu menjadi benteng kepada perilaku dan amalan negatif. Individu yang mempunyai ilmu tinggi, pakar dalam sesuatu bidan atau lapangan jika gagal dalam membina karakter diri akan menyebabkan dirinya sering tersempit di antara dua jalan yakin baik dan buruk. Penerapan karakter yang positif dalam diri individu akan membolehkannya membuat pertimbangan untuk mengelakkan tindakan negatif menjadi pilihan kerana tindakan yang melawan norma dan undang-undang ini boleh mengundang padah di masa depan. Oleh itu, kita harus menerapkan nilai-nilai positif dan amalan-amalan baik di samping setiap ilmu dan kemahiran yang kita berikan kepada anak-anak. Kekukuhan perwatakan positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti, berintegriti, bersahsiah tinggi dan bermaruah.

Tuesday, January 19, 2010

Demi Masa...

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia...Hari nie merupakan hari ke 19 kita berada di bulan Januari 2010 dan hari nie juga kita sudah berada di hari ketiga bulan Safar...Masa berlalu dengan begitu pantas...Tidak pernah menunggu manusia yang gagal dalam menguruskan masanya dengan aktiviti bermanfaat...Setiap detik berlalu dengan sia-sia tanpa perhitungan yang betul sehingga menyebabkan manusia yang lalai dan alpa dengan kepentingan masa terus tenggelam dalam kerugiaan...Maha Suci Allah yang memberikan setiap manusia masa selama 24 jam satu hari untuk digunakan secara bermanfaat bagi menjalankan urusan dunia dan akhirat...Kita selalu lupa masa tidak pernah berpatah balik tetapi terus berlalu tanpa sebarang alasan....Allah telah berfirman dalam Surah al-Ashr ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"...Dalam Surah tersebut Allah telah menegaskan bahawa manusia yang gagal menguruskan manusia akan berada dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dengan titah perintah Allah S.W.T. yakni melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya...Disamping itu manusia juga diperintahkan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...Aku juga sering lalai dan menggunakan masa dengan baik...Setiap hari masa berlalu begitu saja tanpa aktiviti bermanfaat...Aduhai betapa ruginya masa aku yang berlalu...Mungkin hari ini permulaan untuk aku mengubah diri...Ya ini masanya untuk berubah...Kepada sahabatku di luar sana marilah kita sama-sama berhijrah dari kehidupan yang huru-hara ke kehidupan yang lebih berdisiplin dan tenang demi memperolehi kehidupan yang diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T...Kita belum terlambat untuk berubah pada hari ini, tetapi kita akan terlambat jika tidak berubah pada hari ini...Jangan kita tunggu hari-hari Terakhir kita untuk berubah...Jumpa lagi di entry akan datang...Salam Malaysia...Wassalam




Masa yang pergi tak pernah menunggu manusia...tetapi masa akan terus datang sehingga hari-hari terakhir manusia...masa juga tidak pernah berjanji untuk merugikan manusia...tetapi manusia sendiri yang mengecewakan dirinya...Waris Alam 2010,0756 AM.

SECEBIS SENYUMAN


Monday, January 18, 2010

Resmi lebah: Madunya memberi penawar, Sengatannya membawa padah

Dalam ajaran kepada umatnya, Rasulullah S.A.W. telah menasihatkan umatnya agar selalu mencontohi resmi lebah. Lebah ialah serangga yang mepunyai tiga sifat yang mulia lagi terpuji iaitu:
  • Dimana sahaja ia hinggap, ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil daripada bunga, namun bunga dan dahan tidak pula dirosakkan.
  • Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Makanannya ialah pati bunga (madu) yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sangat tinggi khasiatnya. Inputnya yang baik, outputnya juga yang baik. 
  • Lebah tidak menggannggu haiwan atau makhluk lain. Apabila diganggu, lebah akan menuntut maruah dirinya. Walaupun haiwan atau makhluk yang mengganggunya terjun ke dalam air, lebah tetap menanti di atasnya.
Begitulah sikap yang harus diteladani oleh umat Islam pada hari ini. Di mana sahaja kita pergi, kita tidak boleh melakukan merosakkan. Ambil sesuatu yang terbaik dan berikan juga sesuatu yang terbaik. Janganlah kita menggannggu makhluk lain tetapi apabila maruah diri kita dinodai, maka tuntutlah ia walaupun di mana sahaja.

(Sumber: Abdul Rahman Mohamed. (2009).Resmi Lebah bab7 Cabaran demi Cabaran. Travelog Seorang Da'i. Telaga Biru. Selangor. 73.)

p/s waris alam: Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi..

Saturday, January 16, 2010

Sajak ke Puisi?



 BULAN dan MATAHARI

Bulan dan matahari,
tetap setia di paksinya,
mematuhi arahan yang Maha Kuasa,
tidak pernah engkar,
tidak pernah melawan,
bulan menerangi malam,
matahari memanaskan siang.

Bulan dan matahari,
tidak pernah bergaduh,
tidak juga berebut waktu,
bulan tugasnya di malam hari,
matahari memancar teriknya di siang hari,
bulan dan siang setia bertoleransi,
setia bertugas di setiap hari.


Nukilan Waris Alam
16 Januari 2010
2256 PM
247 UUM Sintok, Yayasan AlBukhary, Malaysia





Friday, January 15, 2010

Perjalanan Semalam: Kangar - Alor Setar - Kangar






Assalamualaikum...Selamat Pagi Malaysia....Hari nie dapat gak aku menulis kat blog ug dah berapa hari terbiar nie...Minggu nie sibuk sikit nak siapkan assingment...Tapi apa pun tak mula lagi...Penyakit malas la nie...Aduh tak tau la apa nak jd...Kelmarin satu hari suntuk aku gie amik bahan buat assingment...pagi2 pkul 8 dh ready nak gie Kangar..,Pi amik RT...apa itu RT ? cubalah pegi tnya kat PBT terdekat...malas teman nak campur....pegi ngan membe2...caun, cik saidah n fisoh...penat loh sebab kepas ja gie kangar terus gie Alor Setar....Pi Majlis Perbandaran Kota Setar...ingat nak cari bahan pasal projek di Gunung Keriang...tak dak plak maklumat kt situ...Pegawai tue cakap leh dapat maklumat kt UPEN...apa plak UPEN ni?...Kome cari la kat internet nanti....ha..ha...Sekali x ada lak maklumat yang kami nak tue..alih2 pegi tengok Rumah Tok Su...Rumah tradisional yang berusia lebih dari 100 tahun...Program nak buat assingmen dah jd jejak sejarah pulak...lepas tue gie makan kt Pumpong...kt depan Royal Golf Club...settle makan pi antar cik saidah n fisoh balik kampung lak kt Pantai Johor...He..he..bukan kt Johor sana tue....tapi kat Alor Setar nie jugak...Pantai? jangan kata pantai sungai pun tak berapa nak ada...ha..ha...pastu aku ngan caun patah balik gie kangar antar RT yang kami pinjam dari MPKPs....Balik UUM sampai pkul 5.30....Solat pastu gie tolong Lan ( roomate aku) angkat barang kedai...Penat lorh...cukup la kt sini....dah jauh mengarut daa...

Saturday, January 9, 2010

Kosong

Assalamualaikum....hari2 di UUM masih lagi sama seperti 2,3 hari yang lalu...UUM masih dilanda krisis air...situasi nie memang bagi tekanan kat pelajar termasuk aku....hari gak aku gie meleburkan wang kt Changloon...Abis gak duit yg aku simpan dulu...tp apa nk buat benda nak guna...klu x beli xleh lak nak guna...pikiq mai pikiaq pi beli la gak..okeh aku cau dulu..sakit perut lak nie...

Friday, January 8, 2010

JOM KE MASJID



AYUH WAHAI SELURUH PEMUDA ISLAM KETIKA KE MASJID.....
  

Hijrah Yang Petama

Hijrah yang Pertama

Hijrah membawa makna yang besar,
Mempunyai nilai pengorbanan dan perjuangan,
mencari keredhaan yang Allah Maha Pencipta,
Sejarah bermula dengan kisah silam,
Yang penuh dengan ketabahan Rasulullah dan umatnya,
dari kota Mekah menuju ke Yathrib,
ketibaan rombongan pejuang Islam,
Disambut dengan gembira,
membawa sinar baru dari Yathrib kepada Madinah Yang Bercahaya.

Hijrah yang pertama
Membawa Islam menongkah kejayaan,
Islam berkembang ke seluruh pelosok dunia,
Membawa seruan mengESAkan Allah yang satu,
Memupuk semangat silaturrahim yang erat,
Menentang kezaliman dan keganasan,
Menuju jalan kebahagiaan akhirat,
Dalam mencari keberkatan hidup,
Menjanjikan syurga yang mewah dengan nikmat,

 nukilan peribadi Waris Alam
247 UUM SINTOK 1039 AM
Hijrah Pertama

Waris Alam: Aku berhasrat untuk cuba merealisasikan novel yang bertajuk " HIJRAH PERTAMA"....Semoga cita-cita ini dapat direalisasikan (ayat mcm skema ja...tp nie la ayat paling sesuai kot...bahasa jiwa bangsa..ha..ha..)




sekadar gambar hiasan..Masjid Kristal K.Terengganu, Terengganu, Malaysia



Thursday, January 7, 2010

Mandi 1 Malaysia

Pelikkan tajuk entry nie...Tapi ini lah hakikat yang sedang berlaku di DPP Yayasan Al Bukhary, UUM...Sudah 3 hari masalah air berlaku sehingga menyebabkan pihak UUM mengambil inisiatif menyediakan tong-tong air bagi kemudahan pelajar...Terima kasih kepada pihak UUM yang menyediakan kemudahan ini kepada pelajar termasuk juga pekerja2 yg bekerja keras utk memenuhkan semua tangki2 air nie...Semoga jasa baik tuan2 mendapat balasan kebaikan...Walaupun krisis ini menyukarkan pelajar namun hal ini telah membuka ruang kepada wujudnya sikap tolenransi dan saling memahami antara kalangan pelajar...Setiap pelajar tanpa mengira bangsa dan agama berkongsi tong2 air yang sama...Namun kesulitan juga tetap berlaku kepada pelajar muslim utk menjamin kebersihan dan kesucian air bagi tujuan wudhuk...Namun hal ini datasi dengan menyediakan tong2 air ug berasingan utk tujuan air minuman dan wudhuk...Hal ini kerana bagi menjaga kredibiliti muslim dalam melaksanakan ibadah agama dengan baik dan sempurna...

Namun harapan saya acara mandi beramai-ramai secara terbuka ini tidak terus berlaku kerana ianya menjejaskan kesempurnaan hidup seseorang pelajar kerana mandi ala kadar, kelam kabut dan kemungkinan boleh menjejaskan kesihatan pelajar...Pihak berwajib terutamanya Jabatan Bekalan Air Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah wajar mencari alternatif utk mengatasi masalah ini dari berlarutan kerana masalah ini menganggu konsenstrasi pelajar dalam pelajaran dan menjejaskan emosi pelajar utk menjalani kehidupan sebagai mahasiswa...Namun pelajar juga perlu menerima keadaan ini dengan sabar dan tenang serta tidak terpengaruh dengan utk melakukan sesuatu di luar batasan sebagai golongan berilmu dan matang....

Tuesday, January 5, 2010

Sekadar Pesanan



Jagalah dirimu wahai anak2 gadis...Jangan kau biarkan dirimu hanyut dalam cinta seorang lelaki yg akan menggelapkan masa depanmu...Jangan engkau tewas dengan pujuk rayu lelaki yg mendayu-dayu menagih bukti cinta dari mu...Jangan engkau biarkan mereka menjadikan tubuhmu pemuas nafsu...Carilah yang terbaik untuk dirimu,supaya kelak kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi pendampingmu...Waris alam 2010...

Krisis Air: Menyusahkan Pelajar

Hari nie merupakan hari ke 5 dalam tahun 2010 yakni 05.01.2010...Siot betul...Bangun ja pagi tadi pegi nak amik wudhuk...Sekali kat portion A,B,C xde air...Apa lagi menjelajah la sampai ke portion D nu...Mujur ada air, tp ramai ler orang mcm menunggu nak beli tiket perlawanan bola sepak Piala Emas Raja2 dulu...Pergh dugaan hari nie...Sabar je lah...Masalah air nie bukan masalah baru, tapi masalah lama yg sentiasa berulang2...Hampir setiap semester masalah ini akan berlaku dan menyebabkan pelajar sering menghadapi tekanan...Masalah ini bukan sahaja melibatkan beberapa kolej kediaman bahkan seluruh kampus UUM...Masalah ini sering mengundang kesulitan kepada pelajar untuk ke kuliah dan aktiviti lain...Masalah air ini akan jadi semakin teruk bila mana semua portion tiada air dan hanya bilik air di satu portion ja boleh digunakan...Keadaan ini sering mengundang kesesakan di tandas...Masalah ini menyebabkan pelajar2 terpaksa menghabiskan masa yg panjang untuk mengambil giliran menggunakan tandas...Saya sendiri hairan bagaimana masalah ini kerap berlaku sehingga kadang2 memakan masa yg lama untuk kembali seperti sediakala...Ketiadaan air ini mengundang rasa tidak selesa kepada muslim untuk mengambil air wudhuk, tandar berbau busuk dan kotor disamping menjejaskan aktiviti harian seperti mandi, air minuman dan membasuh pakaian...Saya sangat terkilan kerana masalah ini kerana ianya sering berulang...Pihak yg terlibat wajar memastikan masalah ini diatasi segera bagi memastikan kehidupan pelajar tidak terganggu dengan masalah remeh temeh ini...

Monday, January 4, 2010

Memori 2009



Perggh nie ada lawak apa yg pakat senyum sampai telinga....


Meh menjamu selera....

bersama haqi (Ustaz/pakar Matematik), Faizal (bakal Inspektor Polis) dan juga Hazarul@Caun (bakal jadi perancang bandar)

buat masa nie ini ja dpt aku upload....Internet lak buat hal....waris alam 2010

Pena Waris Alam

  • Baru2 nie saya ada terbaca berita tentang tangkapan khalwat yang dibuat oleh pihak berkuasa agama pada malam sambutan tahun baru 2010...Saya sebagai seorang insan sangat kecewa dengan berita tersebut...
  • Dimanakah golongan ini meletakkan akal mereka ? Tidakkah mereka terfikir betapa buruknya perlakuan maksiat seperti itu? Kemana mereka buang maruah mereka? Tidak terfikirkan mereka akan perasaan ibubapa yang membesarkan mereka bila dapat tahu anak melakukan ZINA dan Ditangkap Khalwat
  • Perbuatan maksiat ini telah menular menjadi Bencana Sosial yang wajar dipandang serius oleh pihak terlibat termasuk masyarakat...Kita harus peka dan sentiasa berusaha mencegah perkara ini dari berterusan menjadi penyakit dalam agama dan bangsa kita...Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kes pembuangan bayi di dada2 akahbar...Bayi bukan sahaja dibuang di rata2 tempat bahkan ada yg sanggup membunuh dengan mengepam bayi ke dalam lubang tandas...Perbuatan yang bermula dengan keseronokkan membuat maksiat berterusan dengan sikap tidak berperikemanusiaan seperti Membunuh...
  • Ini lah harga yang perlu kita tanggung kerana meresapnya budaya pergaulan bebas....Pergaulan tanpa kawalan ini mampu membunuh perilaku baik, merosakkan akhlak dan menghancurkan maruah mereka...Kesilapan memilih kawan dalam pergaulan mereka mendorong mereka untuk terpengaruh menjadi sebahagian daripada golongan yang hilang pedoman ini...Keseronokan dan kegembiraan dunia telah menggelapkan masa depan mereka bahkan ada yang hanyut lebih jauh sehingga wujudnya kes2 Murtad... 
  •  Generasi muda terutamanya harus mengawal diri anda dari terjebak dalam bencana sosial ini...Sebagai insan berakal kita harus bijak mengasingkan antara yang baik dan buruk...Kita haru berfikir secara matang baik buruk tindakan yang akan kita buat...Janganlah kita terlalu terburu-buru dan mengikut telunjuk orang lain yang ingin membawa kita ke arah jalan menjahanamkan diri...Pertimbangkan lah dulu akibatnya kepada diri kita,keluarga,bangsa dan agama kita...Janganlah kita musnahkan diri kita kerana perkara yang tidak bermanfaat ini dan mengundang padah yang lebih besar... 
  • Bagi mereka yang telah terpesong jauh,kembalilah ke pangkal jalan...Cari lah keluarga anda atau individu yang dapat membantu anda untuk kembali ke jalan yang benar...Jangan biarkan diri kita terus hanyut mengejar keseronokkan dunia...Kembalilah wahai sahabatku...Masih ada sinar kebahagiaan di hadapan kita...Kembalilah....Mungkin kita tersilap satu ketika dahulu dan jangan biarkan diri kita terus menerus melakukan kesilapan....Masih ada yang sayangkan dirimu...Kembalilah
  • Saya sebagai seorang generasi muda merasakan bahawa apa yang berlaku sekarang ini wajar ditangani segera agar kita tidak menjadi pak turut dan hanyut dalam syurga dunia yang bakal menjanjikan kesengsaraan di ahkirat...Golongan cerdik pandai dalam agama perlu turun padang untuk mendekati golongan2 ini dan berusaha keras membawa mereka ke pangkal jalan yang benar dan mengembalikan akidah mereka yang terpesong...Jangan lah kita hanya sedap duduk di kerusi empuk, menghayati kesejukkan air cond sahaja...Hari ini saya lihat hanya beberapa tokoh sahaja yang berusaha keras dalam menghadapi masalah ini tanpa sebarang bayaran bahkan ada seselintir orang awam yang mewujudkan pusat pemulihan dan perlindungan bagi golongan yang bermasalah bagi mengembalikan mereka ke jalan yang benar...
  • Marilah kita sama2 berganding bahu mencurahkan tenaga,wang ringgit, ilmu dan pelbagai lagi kemampuan kita agar kita dapat melahirkan kembali maruah dan kredibiliti agama yang kita sayang ini yakni Islam....Jangan biarkan Islam dicemari dengan pelbagai bencana sosial yang meruntuhkan kekuatan rohani dan jasmani umatnya....Berjuanglah kita menuju kejayaan seperti mana yang dilaungkan oleh Muazzin setiap kali berkumandangnya azan...Semoga usaha kita semua mendapat balasan syurga diakhirat kelak.... 
nota penulis:aku x ada idea menarik nak menulis...tiba2 teringat pasal isu nie..sekadar menulis untuk meluahkan pendapat...

Sunday, January 3, 2010

Pilihan

  • Persimpangan antara dua pilihan seringkali berlaku bilamana wujudnya sesuatu konflik yang memerlukan komitmen kita untuk membuat pilihan yang terbaik...Persimpangan antara dua pilihan ini mengajar manusia untuk berfikir secara matang, kreatif dan tidak berputus asa...Setiap pilihan akan disenarai pendek untuk memudahkan kita membuat pertimbangan secara serius dan wajar...Pilihan yang kita pilih akan menentukan hala tuju kehidupan kita sama ada ianya bersifat positif atau negatif....

  • Pilihan ini memerlukan risiko keberanian dan kejujuran diri sendiri agar apa yang dipilih tidak menjadi suatu halangan atau kegagalan...Namun harus diingat pertimbangan yang dibuat bukanlah dengan merampas hak orang lain atau mencabuli kepercayaan orang lain kepada kita...Setiap pilihan yang dibuat harus kita yakin dan percaya dengan kebolehan yang ada...Andai kata berlakunya kegagalan atau kekecewaan dalam pilihan kita itu, ianya bukan menjadi titik akhir atau halangan kepada  kita tetapi kita harus berusaha sehingga sebarang pilihan yang dibuat membawa kesan positif dan kebahagian...

  •  Keyakinan dan kepercayaan kepada kebolehan diri akan merangsang minda untuk menjadi positif dan melahirkan sifat berani....Kedua-dua elemen ini akan menjadi asas kekuatan kepada keberkesanan setiap usaha kita dalam merealisasikan setiap pilihan...

  • Selepas membuat pertimbangan pilihan, berusaha keraslah untuk merealisasikannya dengan tujuan positif dan kemudian BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH S.W.T
nota penulis: Entry ini sekadar pendapat penulis secara peribadi sahaja....Yang baik diambil, yang tidak baik diabaikan.....

Saturday, January 2, 2010

Perginya seorang Tokoh

Takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Mohamed Rahmat....Semoga rohnya bersemadi dengan aman dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman....Al Fatihah....

Tok Mat meninggal tiga hari sebelum ulang tahun ke-72









KUALA LUMPUR 1 Jan. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat (gambar) meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara dekat sini pagi ini, tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin ini.
Allahyarham yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dilaporkan meninggal dunia sewaktu tidur kira-kira pukul 8 pagi ini.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, tiga orang anak iaitu Datuk Nur Jazlan, Nur Jazman dan Nur Jasni serta lima orang cucu.
Salbiah ketika ditemui memberitahu menyedari suaminya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu telah tiada ketika cuba mengejutkannya dari tidur bagi menghentikan rawatan dialisis hariannya yang dilakukan sejak pukul 10.30 malam tadi.
''Beliau meninggal dalam tidur, apabila saya cuba mengejutkannya saya dapati beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.
Salbiah memberitahu, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang kelakuan ganjil sebelum meninggal dunia.
Sementara itu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai memberitahu, ayahnya kelihatan ceria selepas buku UMNO: Akhir Sebuah Impian tulisannya dilancarkan pada 12 Oktober lalu.
''Beliau nampak ceria dan gembira sepanjang seminggu ini, tiada tanda-tanda seperti hendak pergi," jelasnya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 5.45 petang ini.
Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berkhidmat sebagai Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu pada 1978 hingga 1982 ketika kepimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan dari 1987 hingga 1999 semasa era Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Semasa menyandang jawatan itu, Allahyarham memperkenalkan Program Setia Bersama Rakyat (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.
Ketegasannya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan pula terserlah apabila mengarahkan penyanyi genre rock tempatan memotong rambut jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Allahyarham juga pernah memegang jawatan penting dalam parti iaitu sebagai Setiausaha Agung UMNO sejak 1988 hingga 1996 dan Setiausaha Agung BN dari 1988 sehingga 1999.
Antara sumbangan besarnya kepada parti adalah apabila berjaya menyatupadukan kembali UMNO selepas diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah pada 1988.

(Dipetik dari Utusan Malaysia, 2 Januari 2010)

Friday, January 1, 2010

Coretan Hari Pertama 2010

  • Alhamdulillah...Hari adalah hari pertama di bulan pertama tahun 2010...Harapan dan impian dibina untuk mencari kehidupan yang bermakna dengan penuh hikmah dan keinsafan...Permulaan hari yang baik di mana 1 Januari 2010 yang jatuh pada hari Jumaat yakni penghulu segala hari membawa seribu erti untuk diterokai manusia secara bijaksana...Harapan saya semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dan menjadi titik tolak kepada satu penghijarahan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T...
  • Aku ready nk gie masjid...Lepas ja gie beli makan terus gie mandi and siap pakai baju...Pastu turun gie tunggu bas ka Muamalat...Sekali bas takde lak...Dengar kata Unic Symbol dah tamat kontrak...tengah tunggu nak reniew kontrak baru...Hampeh betul....Hampir setengah jam tunggu bas tak muncul2 lagi...Hati pun panas gila...Dah macam gunung berapi tunggu nak meletus ja...Tumpang membe la gie masjig naik motor...Sekali sampai kt kolej TM tetiba lak minyak motor habis...Malang betul la...Nasib badan la...Dua kali malang hari nie...Petang nie plan nak gi joging kalau tak ada hal lain...